Sebuah nama yang acapkali dixsebut "berganding" dengan Abdul Kadir Adabi dan Yusuf Hilmi. Seorang tokoh yang banyak terlibat dalam pelbagai kegiatan sastera dan budaya; mulai dari penggiat seni, pentadbir organisasi, penulis malahan aktivis politik.
Lahir di Kampung Masjid, Kota Bharu pada 25 Febuari 1905, beliau ialah abang berlainan ibu kepada Dato' Haji Muhammad Asri bin Haji Muda, bekas Menteri Besar Kelantan. Jebolan Madrasah Muhammadiyah (Melayu) Majlis Ugama Islam Kelantan pada 1919 dan murid kepada Dato' Laksamana ini sudah terdedadh kepada kegiatan seni dan penulisan sejak dibangku sekolah lagi.
Antara kegiatan yang pernah beliau ceburi ialah menubuhkan Putera Club pada 1929 (bersama Abdul Kadir Adabi) dan menjadi penolong pengarang lidah rasminya - Putera, menerbitkan majalah Kenchana pada 1930 dan menjadi pengarangnya di bawah nama samaran Siti Maryam Sa'di, mengambil peranan aktif dalam persembahan kesenian dalam acara sambutan Puja Umur al-Sultan Kelantan, terlibat dalam Setiawan Belia ( beliau pernah menjadi YDPnya), Setiausaha Dewan Bahasa Melayu Kelantan pada 1932 (dengan Tengku Mahmood Mohyideen sebagai YDP), aktif dalam politik (Naib YDP Kesatuan Melayu Muda Cabang Kelantan), menerbitkan majalah Matahari bersama Abdul Kadir Adabi dan Wan Ibrahim Mustafa, menduduki kerusi ahli jawatankuasa GEMPAR (Gabungan Melayu Patani Raya), Naib YDP Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan dan lain-lain.
Khusus dalam bidang penulisan dan kepengarangan, As'ad Shukri, selain terlibat sebagai pengarang dan penerbit majalah, juga dikenali sebagai pengarang buku-buku kamus yang menjadi minatnya yang utama. Antaranya beliau sempat menyusun kamus besar bernama Kamus Setiawan, yang merupakan projek utama Pertubuhan Setiawan Belia pada dekad 1930an, penyusun Jagat Alam (kamus negeri-negeri) dan Kamus Haiwan (kedua-duanya terbit di Singapura), Kamus Simpulan Bahasa dan Mutiara Bahasa (Pustaka Dian Press, Kota Bharu), Pandu Persuratan ( al-Ahliyah, Kota Bharu), dan Sejarah Kelantan (Pustaka Aman Press, Kota Bharu 1962).
Tokoh yang pernah merengkok dalam tahanan selepas Jepun menyerah kalah dan bekas Pegawai Penyelidik Luar Dewan Bahasa dan Pustaka ini meninggal dunia di Makkah pada 25 Januari 1971.
Sumber : http://www.kelantan.edu.my/tokoh.htm
Jumaat, Jun 19, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan