Selasa, November 24, 2009

Institut Perguruan Kota Bharu


Maktab Perguruan Kota Bharu yang kini dikenali sebagai Institut Perguruan Kota Bharu (IPKB) merupakan sebuah institut latihan perguruan di Malaysia. Ia terletak di Pangkalan Chepa, 10 km dari Kota Bharu, Kelantan.

Pembinaan maktab ini bermula dalam tahun 1952 di atas kawasan seluas 93 ekar, di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. 1954 MPKB di tubuhkan sebagai ganti maktab perguruan di Kirby, Liverpool dan di Wovehampton, England. Bird's Eye View24 Ogos 1954 Kumpulan pertama 150 guru pelatih melapor diri. Tenaga pengajar dari London.11 Ogos 1954 MPKB dirasmikan oleh Tuan Terutama Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, SIR DONALD MAC GILLIVARY. Hadir sama DYMM Sultan dan Tengku Mahkota Kelantan. 1960 MPKB mula melatih guru-guru sekolah rendah. Menerima pelatih dari Brunai dan Singapura.

Antara tahun 1954 hingga 1957 KBTC telah melatih guru sekolah menengah dengan menawarkan kursus pendidikan kesihatan, bahasa, seni lukis, kerja tangan , Hisab dan Sains, Sejarah Muzik dan sains Rumah Tangga dan Geografi. Antara tahun 1957 dan 1970 maktab telah memulakan latihan guru sekolah rendah, melatih guru sekolah menengah dijalankan oleh maktab Perguruan Pulau Pinang kerana kekurangan sekolah menengah di pantai timur untuk menjalankan latihan mengajar /praktikum.

Antara tahun 1971 hingga 1975 maktab telah menawarkan kursus bahasa Melayu kepada guru di sekolah Inggeris dan pelatih tahun akhir dihantar ke Maktab perguruan Sultan Idris atau IPSI bagi lelaki dan ke Maktab Perguruan Melayu Melaka bagi perempuan. dalam masa yang sama KBTC telah melatih guru bukan Melayu yang mengajar sekolah rendah jenis kebangsaan dan guru rakyat yang mengajar di sekolah rendah jenis kebangsaan dan guru rakyat yang mengajar di sekolah rakyat berikutan dengan pengambilalihan sekolah rakyat dan guru diserahkan kedalam perkhidmatan tetap kerajaan.

Guru Pelatih Kumpulan Pertama antara 1984 hingga 1990 maktab ini telah mengadakan kursus dalam cuti bagi guru sementara di sekolah rendah dari seluruh negara. Pada 1990-1991 KBTC menerima peserta KDC kemahiran Hidup bagi guru pelatih. Mulai 1989 MPKB diberi peranan melatih guru dalam Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) agama, Bahasa Melayu, Geografi, Sejarah dan ekonomi.

Mulai tahun 1991 MPKB mengandalikan Kursus Sijil Perguruan khas (KSPK Bahasa Melayu, Matematik dan Pemulihan kepada guru pelatih dalam dua semester. Mulai 1992 maktab mengendalikan Kursus Perguruan Asas (KPA) Pengambilan dua kali setahun lima semester dalam bidang pengkhususan Muzik, matematik dan sains diperkenalkan sebagai tambahan kepada kursus yang sedia ada.

Kini IPKB menunaikan peranan yang berlainan corak dan penekanan dalam memenuhi tuntutan PIPP negara.

MRSM Pengkalan Chepa


Pada tahun 1972, Kerajaan Kelantan telah bermurah hati untuk membenarkan MRSM kedua dibina di tapak seluas 17 ekar di Pengkalan Chepa. Di bandar kecil ini, di tapak kering yang berpasir serta berbekalkan sederet bangunan papan sebagai bilik darjah, sederet lagi untuk makmal dan dihiasi pula dengan dengan sederet pokok kecil yang cantik sebagai asrama maka lahirlah satu nama gah dalam senarai institusi pendidikan tanahair, MRSM Kota Bharu.

Berpegang kepada motto 'Berdisplin, Berilmu, Beramal' serta dengan azam kental digenggam, dengan harapan sejuta janji maka menapaklah 149 orang putera dari segenap pelosok tanah air bersama 20 orang kakitangan menjadi penghuni pertama MRSM Kota Bharu iaitu pada pertengahan bulan Januari 1973, tarikh keramat MRSM Kota Bharu bersama pelajar sulungnya.

Konsep utama MRSM iaitu pendidikan sains dan teknologi diketengahkan, ketakwaan dijana dan keusahawanan disemai.Pelajar-pelajar MRSM ini seterusnya dicanai agar menjadi pelajar serba boleh, berjiwa patriotik, kental dan mampu bersaing pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada.

Pada tahun 1975, dalam masa 2 tahun sahaja persekitaran lopak,kusam berlubang dan berbukit bukau pasir, telah berubah wajah apabila bangunan-bangunan bata merah kukuh dan tersergam indah siap dibina. Pada ketika itu ia merupakan mercu tanda yang membanggakan pekan Pengkalan Chepa. Pada 12 Ogos 1975, MRSM ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Ke Bawah DYMM Al Sultan Yahya Petra D.K,S.P.M.K. Dengan itu bermulalah imej MRSM PC dengan bangunan merah batanya.

PERHATIAN !!

Beberapa jalan di Kelantan ditutup


KOTA BHARU – Keadaan banjir yang semakin buruk di Kelantan menyebabkan beberapa laluan ditutup kepada semua jenis kenderaan iaitu di Kilometer 8 dan 9 Lalang Pepuyu Jalan Tanah Merah-Rantau Panjang dan laluan di Aring 6,Gua Musang ke Kuala Terengganu.

Lain laluan yang turut ditutup ialah di daerah Pasir Mas iaitu laluan Kampung Kubang Rambutan ke Kampung Bagus dan Jalan Lubok Stol ke Panglima Bayu.

Selain itu, jalan utama yang ditutup kepada kenderaan ringan pula ialah laluan di Kampung Tikat ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) sementara laluan di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dan Gua Musang di kawasan Sungai Durian pula telah dibuka kepada semua kenderaan.

Paras air Sungai Kelantan dan Sungai Golok sehingga jam 8 malam semalam melepasi paras bahaya dan penduduk di kawasan berhampiran dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga.

Paras air Sungai Galas di Dabong berada di paras berjaga-jaga iaitu 35.47 meter (bahaya 38 meter) manakala paras air Sungai Lebir di Tualang pula melepasi paras bahaya iaitu 35.24 meter (bahaya 35 meter).

Paras Air Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai kini melepasi paras bahaya iaitu 26.35 meter (bahaya 25 meter), di Kusial Tanah Merah juga melepasi paras bahaya 18.52 meter (bahaya 16 meter) manakala paras air Sungai Kelantan di Jeti Kastam pula meningkat kepada 5.38 meter (bahaya 5 meter).

Sungai Golok di Jenob pula berada di paras berjaga-jaga iaitu 22.66 meter (bahaya 23.50 meter), Sungai Golok di Rantau Panjang 10.45 meter (bahaya 9 meter).

Sehingga kini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan keadaan cuaca di Kelantan mendung dengan sesekali hujan lebat melanda.

Sabtu, November 21, 2009

Pantai Irama



Pantai Irama terletak di dalam Daerah Bachok dan merupakan tempat kunjungan utama penduduk Daerah Bachok dan juga penduduk Negeri Kelantan khususnya.

Terdapat pelbagai infrastruktur yang disediakan dikawasan pantai seperti gerai jualan, tandas awam, surau, wakaf, tempat letak kerata yang sistematik, dataran, tempat menyalin pakaian dan taman permainan kanak-kanak.

Pantai ini menghadap Laut China Selantan dan telah ditambak bagi mengelakkan hakisan dari berlaku. Sering dikujungi pada hari minggu (Jumaat dan Sabtu). Seringkali dijadikan tempat mengadakan pesta dan pelbagai acara keramaian. Terletak disepanjang laluan utama Bachok – Kota Bharu.

Lokasi

Terletak di pinggir Bandar Bachok., kira-kira 20 km dari Kota Bharu melalui jalan tempatan Kota Bharu-Tawang-Bachok yang mengambil masa kira-kira 30 minit.


Pesisir Pantai

Gerai Makanan

Tempat Meletak Kenderaan Percuma

Pengkalan Petah


Pantai Pengkalan Petah merupakan sebuah jeti pendaratan ikan yang utama bagi Daerah Bachok. Terletak didalam Daerah Perupok dan bersebelahan dengan Pantai Kemayang.

Pantai ini telah dibenteng bagi mengatasi masalah hakisan yang giat melanda pesisiran Pantai Bachok. Pantai ini sering dikunjugi bagi mendapatkan bekalan hasil laut yang segar dan murah.

Suasana kehidupan masyarakat nelayan dapat dilihat disepanjang jeti pendaratan ikan. Terdapat gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman kepada pengunjung yang berkunjung ke Pantai Pengkalan Petah.

Sabtu, November 14, 2009

Maahad Muhammadi


Maahad Muhammadi merupakan sebuah Sekolah Agama Negeri (SAN) milik kerajaan negeri Kelantan dan dikelolakan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK). Maahad Muhammadi telah melahirkan ramai ulama di seantero Malaysia.


Sejarah

Nama Maahad Muhammadi memang tidak dapat dipisahkan lagi daripada sejarah pendidikan dan penyebaran keilmuan di Kelantan khususnya dan nusantara amnya. Ia merupakan sebuah institusi pendidikan ugama yang berpengantar Bahasa Arab yang terulung dan tertua di negeri ini. Ianya telah mengeluarkan ribuan ulama', cendikiawan, negarawan, usahawan, teknokrat, penulis dan ahli-ahli politik yang matang dan berjaya. 1 April 1937 merupakan tarikh keramat bagi warga Maahad Muhammadi kerana tarikh tersebut merupakan tarikh penubuhan Maahad Muhammadi. Maahad Muhammadi ditubuhkan pada hari Khamis bersamaan 20 Muharram 1356 dengan ampuni perkenan dan titah Baginda Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Al-Sultan Muhammad IV, Al-Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darulnaim

Pantai Bisikan Bayu


Pantai Bisikan Bayu, juga dikenali sebagai "Pantai Dalam Rhu", terletak di jajahan Pasir Puteh, dekat Semerak, kira-kira 50 kilometer daripada Kota Bharu. Pantai ini yang mengandungi pokok-pokok ru adalah sesuai untuk perkelahan keluarga. Kemudahan luncur angin juga disediakan di tempat persiaran ini.