Isnin, Januari 31, 2011

Liga Super 2011 : Kelantan Lawan Terengganu



Kepada semua peminat bolasepak Kelantan, datanglah beramai-ramai memberikan sokongan padu kepada pasukan The Red Warrior pada malam esok dalam pertembungan derbi Pantai Timur antara Kelantan dan Terengganu di Stadium Sultan Muhammad Ke 4.

Pasukan Kelantan yang masih lagi segar dengan kejayaan merangkul Piala Sumbangsih buat kali pertama perlu melipat gandakan usaha untuk memenangi perlawanan ini bagi mengukuhkan kedudukan di tangga teratas liga.

Selamat maju jaya kepada pemain-pemain Kelantan. Doa rakyat Kelantan mengiringi perjuangan anda semua.

Sabtu, Januari 29, 2011

Kejayaan Kelantan Di Dada Akhbar

Kejayaan pasukan bolasepak Kelantan menjuarai piala sumbangsih menjadi tajuk utama di muka hadapan beberapa akhbar di Malaysia hari ini.



Kelantan Juarai Piala Sumbangsih 2011





Pasukan Kelantan menyingkap tirai 2011 dengan nota gemilang. Menjuarai Piala Sumbangsih buat kali pertama dalam penampilan pertama di pentas final.

Disebalik rentetan masalah yang melanda pasukan Kelantan sebaik berakhir saingan musim lalu, Kelantan bangkit dengan semangat juang yang tinggi untuk menjulang kejuaraan.

Memperoleh gol seawal babak pertama melalui sepakan penalti, Norshahrul Idlan Talaha dan gol kedua menyusul di babak kedua melalui sepakan percuma lencong ketua pasukan Badhri Radzi menceritakan kehebatan Kelantan.

Untuk menambah kegembiraan di kem Kelantan, penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.


Penjaring Gol Kelantan : Norshahrul Idlan Talaha Dan Badhri Radzi

Tiga mata berharga dikutip di Shah Alam diharap menjadi batu loncatan kepada pasukan Red Warrior untuk terus melakar sejarah gemilang untuk negeri Kelantan yang kita cintai. Insyaallah.


Pemain Terbaik Perlawanan : Khairul Fahmi Che Mat

Khamis, Januari 27, 2011

Piala Sumbangsih 2011 : Selangor Lawan Kelantan



Mampukah skuad bolasepak Kelantan memenangi perlawanan ini dan seterusnya membawa satu lagi kejuaraan ke negeri Cik Siti Wan Kembang? Pertarungan di Shah Alam Sabtu ini akan menyaksikan 2 pasukan terbaik negara berentap. Kelantan yang dirundung malang dek tindakan FAM yang melaksanakan penggantungan 6 bulan ke atas ketua jurulatih, B.Sathianathan pasti akan memastikan kemenangan dalam perlawanan ini sebagai hadiah untuk bekas pengedali itu. M. Karathu yang baru mengambil alih tugas jurulatih daripada B.Sathianathan pasti tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk merencanakan strategi pasukan, namun dengan barisan pemain yang ada, tidak mustahil Selangor akan ditundukkan di laman mereka. Insyaallah.

Rabu, Januari 26, 2011

Karathu Kembali Selepas 18 Tahun



Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) melantik bekas jurulatih Perak, Datuk M Karathu sebagai Ketua Jurulatih Kelantan yang baru musim ini berkuat kuasa serta-merta bagi menggantikan B Sathianathan yang menjalani hukuman penggantungan selama enam bulan.

M.Karathu pernah membimbing Kelantan pada tahun 1993 dan membawa pasukan Kelantan ke separuh akhir piala Malaysia tahun berkenaan.

Isnin, Januari 24, 2011

Happy penaja utama Kelantan



Kelantan melengkapkan persiapan untuk mengharungi Liga Super musim 2011 dengan mengumumkan penaja-penaja yang akan bersama pasukan itu dengan syarikat jenama prabayar Happy sebagai rakan kongsi dan penaja utama dengan tajaan bernilai jutaan ringgit.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa memberitahu, selain Happy, enam lagi penaja, Al-Hamra Group, TRW Station, Umbro, Al-Jabbar, Sinar Harian dan Yusmira Trading turut bersama-sama memberikan sumbangan dalam usaha mengukuhkan lagi dana The Red Warriors.

Khamis, Januari 20, 2011

Kelantan Juara Piala Shahidan Kassim Buat Kali Kedua Berturut-Turut



Kelantan meraih piala sulung tahun 2011 apabila muncul juara piala Shahidan Kassim yang diadakan setiap tahun antara pasukan Kelantan dan Perlis. Kelantan menang 2-0 hasil jaringan 2 pemain Kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha dan S. Chanthuru.

Sabtu, Januari 08, 2011

Red Warrior Dan Cardiff City Jalin Kerjasama



DALAM usaha membentuk sebuah pasukan yang mantap, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan bekerjasama dengan kelab bola sepak England, Cardiff City dalam semua aspek termasuk pengurusan.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, buat permulaan, pihaknya akan meminta bantuan daripada pemilik kelab England itu, Datuk Chan Tien Ghee untuk membantu mereka bentuk stadium baru KAFA.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, hubungan di antara The Red Warriors dengan pasukan yang berada di tangga kedua Divisyen 1 England itu adalah atas dasar persahabatan dan belum ada hubungan secara rasmi lagi.

Jumaat, Januari 07, 2011

Sekitar Majlis Memperkenalkan Pemain Kelantan 2011







Petang tadi berlangsung majlis memperkenalkan pemain bolasepak Kelantan 2011 dan memperkenalkan jersi baru musim 2011 di KB Mall.

Selasa, Januari 04, 2011

Fahmi Dapat Durian Runtuh



Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, menerima khabar gembira apabila kerajaan negeri mengumumkan pemberian hadiah sebuah rumah di atas kecemerlangan beliau membantu Malaysia muncul juara Piala Suzuki AFF 2010 minggu lalu.

Pemberian hadiah itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bangga di atas kecemerlangan Khairul Fahmi pada kejohanan tersebut.

Sabtu, Januari 01, 2011

Apex Jadi Hero



Inilah tajuk muka surat pertama akhbar sinar harian edisi Kelantan 2 Januari 2011. Berita mengenai Khairul Fahmi Che Mat terus menjadi topik hangat selepas kehebatan beliau membantu skuad bolasepak Malaysia muncul juara piala AFF Suzuki buat kali pertama. Ikutilah berita ini di dalam akhbar sinar harian edisi Kelantan hari ini.