Sabtu, April 30, 2011

Keputusan MSL 2011 : Kelantan 2 Kuala Lumpur 0







Kelantan kembali merampas takhta pendahulu Liga Super 2011 apabila berjaya menundukkan Kuala Lumpur 2-0. Kelantan melonjak 2 anak tangga daripada kedudukan ketiga sebelum ini apabila dua pasukan teratas, Selangor dan Terengganu seri dalam pertembungan sesama mereka. Kelantan memperoleh gol hasil jaringan menerusi gerakan solo bermula dari kawasan sendiri kapten pasukan, Badhri Radzi pada sepaaruh masa pertama. Gol kedua hadir menerusi pemain sayap yang digelar ” Kelantan Ekspress” S. Chanthuru. Tahniah Red Warrior.

Khamis, April 28, 2011

MSL 2011 : Kelantan Lawan Kuala Lumpur



Kelantan akan berdepan dengan cabaran pasukan Kuala Lumpur dalam perlawanan ke 16 Liga Super 2011. Kelantan mesti menang dalam perlawanan ini kerana kemenangan akan membolehkan Kelantan kembali menerajui kedudukan teratas liga andai pasukan Selangor seri dengan Terengganu di Kuala Terengganu. Jika salah satu pasukan itu kalah, Kelantan akan berada dikedudukan kedua liga kerana ketika ini pasukan Selangor mengutip 32 mata, Terengganu 31 mata dan Kelantan 30 mata.

Selasa, April 26, 2011

Keputusan MSL 2011 : Kelantan 1 Selangor 0







Jaringan Norshahrul Idlan Talaha pada minit kelima menjadi pemisah antara dua pasukan ini. Kelantan muncul pemenang seterusnya merapatkan jurang pendahulu Selangor kepada 2 mata sahaja. Perlawanan yang disaksikan oleh DYMM Sultan Muhammad ke V ini berlangsung dengan agak hambar pada mulanya kerana kedua-dua pasukan berhati-hati untuk mengelakkan kesilapan. Tahniah kepada semua pemain yang diturunkan kerana berjaya mencatat satu lagi kemenangan yang penting ke atas pasukan elit.

MSL 2011 : Kelantan Lawan Selangor



Perlawanan yang diibarat "El-Classico" apabila dua seteru utama bolasepak tempatan, Kelantan dan Selangor bertemu. Selangor yang sedang mendahului liga dengan kelebihan 5 mata ke atas Kelantan pasti mahu meneruskan kemenangan untuk melebarkan jurang pendahuluan. Kelantan pula mahu menewaskan Selangor bagi merapatkan jurang mata selain untuk meneruskan rentak kemenangan ke atas selangor kepada 3 perlawanan berturut-turut. Kelantan menang 3-0 pada saingan suku akhir piala Malaysia musim lalu dan juga menang 2-0 diawal musim ketika menjulang Piala Sumbangsih. Perlawanan ini juga amat menarik untuk disaksikan kerana statistik menunjukkan Kelantan masih kebal di gelanggang sendiri manakala Selangor juga kebal di gelanggang lawan. Mari kta saksikan pasukan mana yang berjaya mencalar rekod baik ini. Ayuh peminat bolasepak Kelantan, kita penuhkan stadium keramat kita dengan lautan merah. Gomo Kelate Gomo

Jumaat, April 22, 2011

Keputusan MSL 2011 : Kelantan 4 Perlis 0







Kelantan meneruskan rentak kemenangan apabila sekali lagi Perlis diamuk dengan keputusan 4-0. Pemain muda dari skuad Piala Presiden, Izwan Solahuddin menjaringkan gol keduanya dalam saingan MSL 2011 apabila membuka pesta gol Kelantan. 3 gol lagi disumbangkan oleh Norshahrul Idlan Talaha, Badhri Radzi dan "supersub" Nizad Ayub. Kelantan mendaki satu lagi anak tangga ke kedudukan ketiga apabila Perak tewas di Terengganu.

MSL 2011 : Kelantan Lawan Perlis



Tirai pusingan kedua liga super 2011 dibuka dengan Kelantan melayan kunjungan Perlis. 3 hari lepas,di Kangar Kelantan berpesta gol apabila menewaskan sang singa utara itu dengan keputusan 5-1. Mampukan Kelantan untuk terus membaham Perlis dengan jaringan yang besar lagi? Ayuh marilah kita sama-sama menyokong Red Warrior dengan hadir ke stadium untuk memberi sokongan padu.

Selasa, April 19, 2011

Keputusan MSL 2011 : Perlis 1 Kelantan 5







Kapten Kelantan, Badhri Radzi atau "Piya" menutup mulut pengkritiknya dalam 3 perlawanan sebelum ini apabila mencatat nama sebagai penjaring gol Hatrik pertama dalam liga super musim ini. 2 lagi gol Kelantan dijaringkan oleh penyerang sensasi,Norshahrul Idlan Talaha. Jelas, pemain Kelantan kembali bermain dengan watak sebenar mereka yang gagal ditunjukkan dalam perlawanan menentang Perak dan Sabah sebelum ini. Tahniah Red Warrior.

MSL 2011 : Perlis Lawan Kelantan



Kelantan bertandang ke Kangar dalam perlawanan terakhir pusingan pertama MSL 2011. Kelantan perlu bangkit dalam perlawanan yang boleh dianggap "mata penuh dalam tangan" pada malam ini. Walaubagaimanapun, Keupayaan Perlis tidak boleh dipandang mudah kerana mereka berjaya mengatasi barisan bintang-bintang Negeri Sembilan untuk mencatat kemenangan sulung pada musim ini 3 hari yang lalu. Kelantan perlu menang untuk terus mengejar pendahulu liga Selangor yang kini dibezakan dengan 5 mata. Ayuh Red Warrior. Buktikan kejaguhanmu.

Sabtu, April 16, 2011

Keputusan MSL 2011 : Kelantan 0 Sabah 0





Ketumpulan barisan serangan Kelantan menyebabkan tiada sebarang gol terhasil dalam perlawanan ini. Walaupun menguasai hampir keseluruhan permainan, penyerang Kelantan seperti Nizad Ayub dan S. Chanturu gagal memanfaatkan peluang yang diperolehi. Jelas Kelantan merindui kelibat Norshahrul Idlan Talaha. Bekas penjaga gol Kelantan, Syed Adney yang dipinjamkan ke Sabah, bermain cemerlang menafikan beberapa percubaan bekas rakan sepasukannya. Ayuh Kelantan, bangkitlah melawan kerana kedudukan ditangga keempat sudah semakin goyah. Pasukan Kedah sudah menyamai pungutan mata tetapi berkedudukan dibawah Kelantan kerana jurang gol masih memihak kepada Kelantan.

MSL 2011 : Kelantan Lawan Sabah



Mampukah Kelantan bangkit daripada kekalahan besar di Ipoh untuk mencatat satu lagi kemenangan di Kota Bharu? Kelantan pada malam ini akan turun tanpa kelibat pengempur utama, Norshahrul Idlan Talaha yang digantung satu perlawanan. Turut tidak boleh beraksi pada malam ini ialah Shakir Shaari (Digantung 1 perlawanan) dan Daudsu Jamaluddin (Kecederaan ). Ayuh warga Kelantan, berilah sokongan kepada pasukan Kelantan. Kepada semua pemain lupakan kekalahan yang memalukan di Ipoh, bangkitlah seperti mana yang ditujukkan ketika menewaskan Felda United selepas dikecewakan T Team tempoh hari.Anda Boleh!

Selasa, April 12, 2011

Keputusan MSL 2011 : Perak 4 Kelantan 0





Kelantan mengalami kekalahan ketiga musim ini yang juga kekalahan dengan jurang gol yang terbesar sejak tahun 2008. Kekalahan 4-0 ini menyebabkan status pendahulu liga kembali kepada Selangor. Kelantan terperosok ke tempat keempat bila mana pasukan Perak dan Terengganu juga berjaya mengatasi pungutan mata Kelantan.Bekas pemain Kelantan musim lalu, Akmal Rizal Ahmad Rakhli menjadi wira pasukannya apabila sering kali mengucar kacirkan benteng Kelantan. Akmal menyumbang satu gol manakala baki 3 gol lagi dijaringkan oleh Fazrul Hazli,Shafiq Jamal Dan Razali Umar Kandasamy.

MSL 2011 : Perak Lawan Kelantan



Kelantan bertandang ke Ipoh dalam misi untuk menang kerana jika kekalahan yang dialami, kemungkinan Kelantan akan terperosok ke tempat keempat. Ini kerana 3 pasukan yang mengekori Kelantan di tangga teratas iaitu Selangor,Perak dan Terengganu berupaya memintas Kelantan andai mereka berjaya mencatat kemenangan pada malam ini. Justeru itu, pemain Kelantan haruslah memanfaatkan perlawanan malam ini dengan menundukkan Perak untuk meluaskan lagi jurang perbezaan. Kepada Pemain Kelantan, Selamat Berjaya

Sabtu, April 09, 2011

Keputusan MSL 2011 : Kelantan 6 Terengganu 0







Kelantan kembali menerajui tangga teratas liga super dengan bergaya apabila membenam cabaran Felda United 6-0. Shakir Shaari menjaringkan gol pertama Kelantan yang merupakan gol padang yang pertama beliau semenjak mewakili Kelantan pada tahun lepas. Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol kedua menerusi sepakan penalti. Nizad ayub yang masuk sebagai pemain gantian menjaringkan 2 gol iaitu gol ketiga dan keempat kelantan. Danial Fazly Abdullah menjaringkan gol kelima kelantan sebelum pemain Piala Presiden, Izuan Solahuddin menjaringakan gol keenam dan gol terakhir dalam malam gemilang Red Warrior. Kekalahan peneraju liga Selangor dan Perak, membolehkan Kelantan merampas kembali kedudukan teratas liga. Syabas Red Warrior.

MSL 2011 : Kelantan Lawan Felda United


Kelantan akan meneruskan misi membenam Felda United malam ini untuk terus bersaing di kedudukan teratas liga super 2011. Kelantan akan kembali ke tangga teratas liga jika berupaya mengalahkan Felda United dan pada masa sama Selangor dan Perak mengalami kekalahan.

Selasa, April 05, 2011

Keputusan MSL 2011 : T Team 4 Kelantan 3





Bekas pemain Kelantan,Nor Farhan Muhammad dan Indraputra Mahyudin menjadi wira pasukan barunya T Team apabila mereka meledak 2 gol dalam perlawanan ini dan juga sering mengucar kacirkan benteng pertahanan Kelantan. Gol Kelantan terhasil pada lewat permainan yang membolehkan mereka mengejar kedudukan yang pada satu ketika ketinggalan 3-0. Danial Fazly Abdullah yang masuk sebagai pemain gantian menjaringkan 2 gol manakala 1 gol sumbangan "Kelantan Ekspress" S.Chanthuru. Dengan kekalahan ini, Kelantan gagal mengekalkan kedudukan di tangga teratas liga apabila dipintas oleh Selangor Dan Perak. Ayuh Pemain Kelantan, lupakan kekalahan ini. jadikan kekalahan ini medan untuk bangkit semula.

Isnin, April 04, 2011

MSL 2011 : T Team Lawan Kelantan



Kelantan bertandang ke Terengganu untuk misi melebarkan jurang kedudukan di tangga teratas MSL 2011. Pertembungan ini pasti menarik kerana ada perhitungan peribadi antara 3 bekas pemain Kelantan iaitu Indra Putra Mahyuddin, Norfarhan Muhammad dan Azizi Mat Rose. Sudah pastinya mereka mahu membuktikan kehebatan mereka ketika berhadapan dengan bekas rakan sepasukan musim lalu. Justeru, pemain Kelantan harus berwaspada dalam perlawanan ini. Kemenangan merupakan target utama pasukan. Selamat berjuang Red Warrior.

Jumaat, April 01, 2011

Keputusan MSL 2011 : Kelantan 2 Harimau Muda A 1



Kelantan memperkukuhkan kedudukan selaku peneraju liga apabila membenam cabaran Harimau Muda A dengan keputusan 2-1. Dua gol Kelantan hadir menerusi Solihin Abdullah@ K.soley dan S.Chanthuru. Kelantan berupaya memenangi perlawanan ini dengan jaringan yang lebih besar jika 2 peluang keemasan S.Chanthuru yang hanya berhadapan dengan penjaga gol Harimau Muda berjaya disudahkan. Namun begitu kemenangan ini sudah cukup melegakan barisan bimbingan Datuk M.Karathu yang diasak hebat oleh pemain-pemain muda negara ini terutamanya di separuh masa kedua. Tahniah Red Warrior

MSL 2011 : Kelantan Lawan Harimau Muda A



Skuad bolasepak Kelantan akan mempertahankan kedudukan teratas liga dengan melayan kunjungan Harimau Muda A di Kota Bharu. Hanya kemenangan pasti akan mengukuhkan kedudukan Kelantan di persada liga yang kian dihampiri oleh pasukan Felda United, Selangor dan Perak. Buat pemain yang akan diturunkan nanti, berjuanglah bersungguh-sungguh untuk mengukir kemenangan kepada pasukan Kelantan.