Rabu, Jun 24, 2009

Kuih Netbat


Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua fasa. Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti buahulu tetapi tawar dan lebih keras. Kemudian ia akan dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan.

Pada fasa penyediaan akhir, nekbat ini akan disira dalam air gula dan dibiarkan jelira sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula tersebut. Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia akan menjadi kembang dan hancur. Islah ini juga digunakan bagi menggelar mereka yang bertubuh gempal sebagai seperti nekbat kembang.

3 ulasan:

  1. Salam...
    Sedap nyo netbattt.... keno plok dekat nok poso doh ni... sokmo sebut bule poso teringak ko netbat..hehe

    BalasPadam
  2. sekilas pandang25 Jun 2009 5:19 PG

    Memang sedap

    BalasPadam
  3. guano warna nya agak pudar....sekalonya garang sikit dgn warna oren.

    BalasPadam