Lebih masyhur dengan panggilan "Haji Ibrahim Tok Raja". Beliau adalah ayahanda kepada Dato' Haji Mohd. Nor Ibrahim, ulama dan Mufti Kerajaan Kelantan yang masyhur pada separuh bahagian kedua abad kedua puluh.
Haji Ibrahim dilahirkan di Kampung Banggol, Kota Bharu pada 1871. Murid Tuan Guru Haji Abd. Malik Sungai Pinang ini kemudiannya menyambung belajar di Mekah dan Madinah dengan ramai tokoh-tokoh guru yang ternama, antaranya termasuklah Syeikh Hasbullah, Syeikh Abd. Rahman al-Fatani (Tok Gudang), Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau, Syeikh Ahmad Yunus Lingga, Syeikh Mohd. Zain Sumbawa, Tuan Mokhtar Bogor, Tok Wan Ali Kutan, Tok Senggora dan lain-lain.
Pada mulanya beliau menjadi guru di Madrasah Muhamadiah Majlis Ugama Islam Kelantan setelah sekolah berkenaan dibuka pada 1917, sekaligus menjadi guru di Masjid Besar Kota Bharu. Pernah berdakwah ke Kemboja dan fasih berbahasa Cham.
Antara murid-muridnya termasuklah nama-nama seperti Haji Yaakub Nipah (Bachok), Haji Ismail Haji Ahmad (Gok Kapur), Haji Nik Uthman Abd.Karim (Kampung Amir, Besut), Haji Harun bin Muhamad al-Samadi (Pulau Pinang) dan Haji Wan Taib bin Haji Wan Musa (Rantau Panjang, Kelantan).
Dilantik menjadi Mufti pada awal Mac 1928, tetapi memohon untuk bersara pada bulan Jun 1941.
Tokoh yang kerap turun naik ke Mekah dan mertua kepada Tuan Guru Haji Sulung Patani ini meninggal dunia pada malam Jumaat, 2hb Jun 1955 sewaktu berusia 55 tahun.
Sumber : http://www.kelantan.edu.my/tokoh.htm
Jumaat, Jun 19, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan