Khamis, Mei 06, 2010

Pak Lah Tukang Besi Tersohor Kelantan

Abdullah bin Daud antara tukang besi yang segani di seluruh negara. Belajar bertukang besi daripada ayahnya yang juga merupakan seorang tukang.Pernah mendapat pendidikan formal sehingga darjah dua. Beliau menghabiskan masa di bengkel ayahnya dengan membuat barangan kecil seperti pisau, hulu parang dan pisau kemudian dijual kepada rakan-rakan sekolah pada harga antara 20 sen hingga 60 puluh sen.

Sebagai remaja beliau pernah mencuba beberapa pekerjaan dan merantau ke Thailand dan Singapura. Akhirnya anak muda ini mengambil keputusan untuk kembali ke kampung halaman dan bertekad mengusahakan pertukangan besi sepenuh masa dan pada usia 24 tahun beliau telah mahir menempa senjata. Beliau mahir menghasilkan pelbagai jenis senjata seperti keris, pedang, parang, tukul, beliung, golok, kapak dan kerambit. Senjata istimewanya ‘Kerambit Lawi Ayam’. Keistimewaan En Abdullah yang lebih senang dengan panggilan Pak Lah ialah kemahiran beliau melakukan proses menghasilkan senjata dari memilih besi sehingga mengukir hulu dan sarung senjata. Ini adalah merupakan bakat semulajadi beliau.

Apabila perusahaannya bertambah maju beliau membuka bengkel sendiri dengan dibantu oleh ayah saudara beliau. Beliau sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan perusahaan beliau. Barangan yang dihasilkan dilakukan dengan cara pengeluaran dengan kuantiti yang banyak dan dipasarkan di Pasar Kota Bharu dan Machang. Ternyata hasil kerja beliau sememangnya mendapat perhatian penduduk- penduduk setempat, pelancong serta orang kenamaan.

DAYA KREATIVITI DAN INOVASI

Encik Abdullah lebih suka memasarkan barangan buatan beliau secara terus kepada pelanggan. Ini kerana pelanggannya dapat melihat hasil kerja tangannya yang halus serta dapat terus berurusan dengan beliau.Secara tidak langsung mereka akan mengenali beliau dengan lebih dekat lagi. Terdapat juga pelanggan yang menempah terus dari beliau dan ada juga dijual melalui pasar.

Pak Lah bukan sahaja mahir dalam membuat senjata malah beliau mampu menghasilkan hulu keris, parang dan senjata lain dengan unik sekali. Lama – kelamaan kemahiran beliau dalam petukangan besi ini telah mendapat tempat di kalangan orang ramai dan beliau mula menerima tempahan dari orang luar dan orang – orang kenamaan. Antara senjata yang dihasilkan oleh beliau adalah keris untuk Istana Besar Perlis serta peralatan lembing dari Kerajaan Negeri Terengganu.


SUMBANGAN TOKOH KEPADA INDUSTRI KRAF DAN MASYARAKAT

Kejayaan demi kejayaan mula beliau kecapi. Antaranya beliau pernah dijemput beberapa kali membuat persembahan dan demonstrasi bagi pihak Lembaga Pengalakkan Pelancongan Malaysia. Tempahan barangan senjata dari agensi – agensi kerajaan lain juga turut diterima antaranya ialah Muzium Kelantan, Muzium Johor, Muzium Terengganu dan Muzium Pekan, Pahang. Beberapa majalah, suratkhabar, dan media lainnya mula memberi publisiti kepada beliau dalam ruangan seni dan budaya.

Beliau dilantik sebagai Adiguru Kraf Pandai Besi pada tahun 1993 oleh Kraftangan Malaysia. Beliau dipilih berdasarkan beliau merupakan satu – satu pembuat senjata Melayu yang mahir membuat senjata dan mengukir hulu senjata serta komitmen beliau terhadap penduduk setempat. Di Kampung Manan, Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan beliau terkenal sebagai guru silat dan guru mengajar mengaji Al-Quran. Tidak hairanlah beliau sering menjadi pakar rujuk dan juga orang yang dihormati di tempat beliau.

7 ulasan:

  1. alamat beliau pamerkan lah

    BalasPadam
  2. ni ambil artikel dari web muzium/kraftangan kelantan kan?? jgn copy bulat2 bro...alamat paklah-kampung manan,bunut susu,pasir mas,kelantan(lorong masuk rumah paklah betul2 tepi sek men teknik pasir mas.tanya je guard sekolah tu,kompom diorang tau.aku pn penah pegi umah beliau,tapi sayang...beliau skrg tak boleh menempa lg setelah terlibat dalam kemalangan,lumpuh.tapi anak beliau masih ada.

    BalasPadam
  3. Bileh tk saya ingin megenal pacik dan no fon pacik,seb saya rasa nk menempah pedang

    BalasPadam
  4. saya Azmi anak kpd Pak Lah....Fb saya Azmi Pokloh

    BalasPadam
  5. besi apa yg terbaik untuk buat pisau sembelih golok

    BalasPadam
  6. Saya nak buat pisau lapah daging yg tak lekat lemak daging.besi apa yg bagus

    BalasPadam