Sabtu, Mei 28, 2011

Keputusan MSL 2011: Kelantan 1 Pahang 0







Kelantan kembali menerajui takhta liga sungguhpun sekadar mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Pahang. Gol Tunggal jaringan Badhri Radzi memadai untuk Kelantan berada di kedudukan teratas liga meskipun jumlah mata yang sama dengan Terengganu. Kelantan berkelebihan 1 jaringan dengan pasukan Terengganu yang tumpas mengejut di tangan Kedah pada perlawanan di Kuala Terengganu. Kelantan sepatutnya menang dengan keputusan 2-0 andai Norshahrul Idlan Talaha berjaya menyudahkan sepakan penalti setelah Nurul Azwan Roya dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pemain Pahang. Apapun, diucapkan tahniah kepada barisan pemain Kelantan.

MSL 2011 : Kelantan Lawan Pahang



Kelantan menanti kunjungan balas pahang untuk menebus kekecewaan tumpas 2-0 pada perlawanan pusingan pertama di Kuantan. Kelantan perlu menang untuk terus bersaing dengan Terengganu bagi mengejar kejuaraan liga super 2011. Kelantan juga harus menang dengan jumlah gol yang besar memandangkan pasukan Terengganu juga memiliki jumlah jaringan gol yang banyak. Andai Terengganu kalah kepada pasukan Kedah,Kelantan boleh kembali ke kedudukan teratas liga jika menang dengan selesa kerana jumlah jaringan dan bolos diambil kira untuk menentukan pendahulu.

Rabu, Mei 25, 2011

Keputusan MSL 2011: Kelantan 1 T -Team 2







T Team mencemar rekod tanpa kalah Kelantan di gelanggang sendiri apabila berjaya mencatat keputusan 2-1 dalam satu perlawanan yang mencetuskan kontroversi. Kontroversi bermula apabila penjaga garisan membenarkan gol pertama T Team yang dilihat sudah melepasi garisan keluar sebelum bola dihantar ke dalam kawasan permainan. Indraputra Mahyuddin menjaringkan gol kemenangan T Team pada masa kecederaan buat mengecewakan pasukan lamanya. Sebelum itu pkeputusan terikat 1-1 apabila Nurul Azuan Roya menyamakan kedudukan. Dengan kekalahan ini menyaksikan pasukan Kelantan turun satu tangga ke kedudukan kedua selepas dipintas oleh pasukan Teregganu yang berpesta gol 5-0 ke atas Pahang.

MSL 2011 : Kelantan Lawan T Team



Kelantan turun dengan misi menebus kekalahan 4-3 ditangan T Team pada perlawanan pusingan pertama di Kuala Terengganu. T Team bukanlah satu pasukan yang mudah dikalahkan. Dibarisi tongak berpengalaman seperti 3 bekas pemain Kelantan, Indraputra, Nor Farhan Dan Azizi Mat Rose, T team dilihat boleh mengugat peluang pasukan Kelantan meraih 3 mata pada perlawanan ini. Ayuh Red Warrior. Buktikan kejaguhanmu. Kekalahan beerti takhta liga bakal terlepas kepada pasukan Terengganu andai mereka berjaya memungut 3 lagi mata ke atas pasukan Pahang.

Isnin, Mei 23, 2011

Keputusan MSL 2011: Harimau Muda A 2 Kelantan 2







Kelantan gagal mengambil kesempatan untuk menjarakkan diri daripada pasukan Selangor kepada empat mata setelah diikat Harimau Muda A dengan keputusan 2-2. Selangor mengalami kekalahan kedua berturut-turut apabila dimalukan Pahang dengan keputusan 2-1.Kelantan bolehlah menarik nafas lega buat seketika apabila berjaya menafikan kemenangan Harimau Muda A. Harimau Muda A yang hampir pasti membuat kejutan untuk menumbangkan pasukan Kelantan tersentak dengan jaringan penyamaan oleh Norshahrul Idlan Talaha 3 minit sebelum perlawanan tamat. Satu lagi gol Kelantan dijaringkan oleh S. Chanturu. Keputusan seri ini memaksa pasukan Kelantan berkongsi mata yang sama dengan pasukan Terengganu yang menang ke atas pasukan Negeri Sembilan 3-0. Walaubagaimanapun kelantan masih lagi kekal menerajui liga dengan berkelebihan empat jaringan daripada pasukan Terengganu.

Ahad, Mei 22, 2011

MSL 2011 : Harimau Muda A Lawan Kelantan



Kelantan akan menghadapi satu lagi cabaran getir untuk mengekalkan kedudukan selaku peneraju liga apabila berhadapan dengan Harimau Muda A di Shah Alam. Kelantan perlu menang dengan selesa untuk terus meninggalkan pencabar terdekat, Selangor dan Terengganu yang menegkori rapat dengan beza 1 dan 2 mata sahaja. Ayuh Red warrior. Buktikan kehebatanmu. Bermain di Shah Alam, ibarat medan kedua Kelantan kerana sudah pasti peminat bolasepak kelantan yang akan mendominasi segenak ruang di stadium.

Sabtu, Mei 21, 2011

Loghat Kelantan : Gesek dalam kelambu



DI sebuah pejabat selepas cuti Raya ....

Nik: Selamat Hari Raya!
Rusdi: Selamat Hari Raya! Macam mana beraya di kampung? Best tak?
Nik: Biasalah, balik Pantai Timur ... kau faham-faham ajelah trafiknya!

Rusdi: Hai! Bawa kereta baru pun mengeluh juga ke?

Nik: Apa tak mengeluhnya, penat tau ... memandu dekat dua belas jam baru sampai, jem teruk. Kalau kau nak tau, nilah pertama kali aku balik kampung memandu sendiri, selalunya naik bas je. Ingatkan seronok, enjoy ... rupa-rupanya seksa! Kalau aku tau ... lebih baik naik bas ekspress je ... boleh tidur.

Rusdi: Lain ... tak sama dengan naik bas. Kalau bawa kereta sendiri, di kampung senang nak berjalan, kalau naik bas ... patah kakilah!
Nik: Tak guna juga Rus, kat kampung pun jem teruk juga. Dah semua kereta yang ada di KL ni balik kampung, dibawanya sekali jem tu .... Nak gi kedai beli kicap pun payah, dahlah jem ... parking pun penuh. Dah jadi macam KL gak!

Rusdi: Tak palah ... janji meriah!

Nik: Meriah apanya?! Sibuk, kelam-kabut!

Rusdi: Kenapa pulak?

Nik: Kemalanganlah.

Rusdi: Kau kemalangan jalan raya ke? Tapi aku tengok kau ok je, kereta teruk ke?

Nik: Bukan kemalangan jalan rayalah!

Rusdi: Habis tu? Kemalangan apa pulak?

Nik: Raya pun jadi macam tak raya, sibuk dan kelam kabut!

Rusdi: Yalah, kenapa?

Nik: Malam raya tu, masa orang tengah sibuk takbir raya di masjid ... rumah saudara aku terbakar! Rumah tu pulak dekat dengan rumah orang tua aku. Tak kelam kabut di buatnya?!

Rusdi: Astagfirullah ... malam raya tu? Kesian ....

Nik: Habis hangus sebuah rumah dengan barang-barang sekali. Tinggal sehelai sepinggang anak beranak!

Rusdi: Ni mesti angkara main mercun ni. Orang Kelantan memang suka main mercun, mentang-mentang le senang dapat dari seberang.

Nik: Tak! Tak main mercu ... sebab tak main mercunlah yang terbakar rumah tu! Kalau main mercun mungkin tak terbakar rumah.

Rusdi: Kenapa pulak macam tu?

Nik: Anak-anak sedara aku tu memang tak main mercun, bapa mereka tu garang dan dia memang dari dulu tak benarkan langsung anak-anak main mercun. Bila dah tak boleh main mercu dan bunga api ... tapi tengok budak-budak keliling main, mereka pakat adik beradik main gesek!

Rusdi: Main gesek?

Nik: Haah ... main gesek! Dalam kelambu pulak tu. Kalau main kat luar takut bapa dia nampak. Mereka pakat masuk bilik, masuk kelambu ... main gesek.

Rusdi: Mereka gesek apa? Biola ke? Takkan gesek biola sampai berapi ...Vanessa May pun tak sampai macam tu!

Nik: Bukan gesek biola! Gesek rokoklah! Gesek apa pulak lagi.

Rusdi: Ooo ... mereka mencuri hisap rokok dalam kelambulah ni yek? Kecik-kecik lagi dah pandai hisap rokok ... budak-budak sekarang ni!

Nik: Tak lah! Tak hisap rokok, main gesek je ....

Rusdi: Eh! Aku mula tak faham apa yang kau cakap ni ... gesek apa yang boleh sampai terbakar ni?

Nik: Gesek yang biasa tu lah .. .yang orang pakai untuk hisap rokok, untuk hidupkan api tu ... gesek apa pulak lagi?!

Rusdi: Gesek apa untuk hidupkan api? Gesek kayu dengan kayu ke atau batu dengan batu? Peliklah! Macam zaman dulu pulak, macam zaman batu ... nak hidupkan api kena gesek kayu dengan kayu. Lambat tu nak hidupkan api ... aku pernah buat masa perkhemahan pengakap kat sekolah dulu, sampai sudah api tak hidup ... akhirnya pakai mancis jugak! Anak sedara kau tu main camping le gamaknya yek? Kelambu jadi khemah dan cuba hidupkan api dengan gesek kayu. Hebat tu sampai boleh menyala, tak macam aku dulu ... tak pernah jadi, berasap pun idak!

Nik: Isy! Merepek-merepeklah kau ni ... anak-anak sedara aku tu main ni hah! Ni ... gesek ni!

Rusdi: Tu mancis!

Nik: Ha laa ... mancis. Main dalam kelambu, kena sambar kelambu tu ... nasib baik sempat lagi keluar tapi rumah habislah, rumah kayu.

Rusdi: Cakaplah main mancis, tadi kau kata gesek!

Nik: Oooo ... aku lupalah orang sini tak panggil gesek. Duduk seminggu di kampung, terbiasa pulak guna bahasa orang sana ... he he he he ....

Glosari:

* Gesek - ( i ) gosok, geser
( ii ) ( Kelantan) mancis api

Jumaat, Mei 20, 2011

Keputusan MSL 2011: Felda United 1 Kelantan 3







Kelantan kembali menerajui tangga teratas Liga Super 2011 apabila menundukkan Felda United 3-1 dan pada masa yang sama, pendahulu sebelum ini Selangor kecundang 1-2 kepada T Team. Gol kelantan hadir menerusi kapten Badhri Radzi@piya dan Norshahrul Idlan Talaha @Matyo. Satu lagi gol Kelantan hadir melalui jaringan sendiri Rashid Mamud. Khairul Fahmi Che Mat bertindak cemerlang menafikan gol pendahuluan Felda apabila menyelamatkan sepakan penalti yang diambil oleh Azrul Ahmad. Kemenangan ini melonjakkan semula Kelantan ke tangga teratas liga dengan berkelebihan 1 mata. Tahniah Red Warrior.

Khamis, Mei 19, 2011

MSL 2011 : Felda United Lawan Kelantan



Kelantan yang masih segar dengan kejayaan mara ke perlawanan akhir piala FA akan berkunjung ke Cheras untuk menghadapi satu lagi perlawanan MSL 2011 menentang pasukan Felda United. Kelantan perlu menang perlawanan ini untuk terus mengejar pendahulu liga Selangor. Jika menang dan Selangor seri ataupun kalah,Kelantan akan kembali menerajui liga. Kepada pasukan Kelantan,Selamat berjuang diucapkan.

Rabu, Mei 18, 2011

Kelantan Bakal Dapat Stadium Baru



Stadium Sultan Muhammad Ke IV

Peminat bolasepak Kelantan bakal menyaksikan perlawanan bolasepak membabitkan pasukan Kelantan dalam keadaan yang lebih selesa selepas ini apabila Kerajaan Negeri pimpinan Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan Kerajaan Negeri akan membina sebuah stadium baru yang berkapasiti 40 ribu tempat duduk di tanah Kerajaan Negeri di Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Stadium tersebut bakal dinamakan dengan nama "Stadium Red Warrior". Pengumuman tentang projek pembinaan stadium ini dinyatakan oleh Menteri Besar Kelantan itu pada 18 Mei 2011, 2 hari selepas pasukan Kelantan mengesahkan tiket ke perlawanan akhir Piala FA 2011. Sesungguhnya pengumuman ini amatlah mengembirakan penyokong pasukan Kelantan.

Catatan pengumuman tersebut dilampirkan di sini :

Kerajaan negeri Kelantan akan membina sebuah stadium yang memuatkan 40,000 orang di samping ruang masjid di merata-rata bahagiannya di Bukt Merbau, Pasir Puteh.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mat dalam satu kenyataan media yang dibacakan selepas Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

“Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini.

“Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh,” kata beliau.

Katanya, kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium.

Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri.

Bagaimanapun rekabentuk secara terperinci terpulang kepada arkitek yang akan diberikan tanggungjawab ini nanti, katanya.

Menurut Nik Aziz, cadangan pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah.

“Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah,” katanya.

Karnival Halal Negeri Kelantan 2011



Karnival Halal Kelantan bakal berlangsung pada 28 hingga 30 Mei 2011 di Kompleks Islam Darul Naim, Kota Bharu. Karnival itu menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti ruang pameran dan jualan selain beberapa seminar antaranya panduan restoran halal serta pensijilan halal untuk industri perhotelan.

Karnival ini dianjurkan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Isnin, Mei 16, 2011

Keputusan Piala FA 2011: Selangor 1 Kelantan 5 ( Semi Final 2 )







Kelantan berjaya melangkah ke saingan final Piala FA 2011 bertemu Terengganu apabila menewaskan pasukan Selangor dengan agregat 6-2 meskipun hanya berupaya mencatat keputusan seri 1-1. Kelantan yang membawa agregat 5-1 selepas pertembungan pertama di Shah Alam bertindak merehatkan 4 pemain utama iaitu Farisham Ismail, Zairul Fitri, Nurul Azwan dan Norshahrul Idlan. Tempat mereka diganti dengan pemain simpanan yang persembahan mereka tidak mengecewakan iaitu Rizal Fahmi, Aziz Ismail, Azuan Solahuddin dan Khalid Jamlus. Gol Kelntan terhasil menerusi sepakan kencang Shakir Shaari dari luar kotak penalti pada minit ke 9 perlawanan. Tahniah Red Warrior.

Piala FA 2011 : Kelantan Lawan Selangor ( Semi Final 2 )



Kelantan menanti kunjungan Selangor dengan agregat 5-1 setelah menang dalam perlawanan pertama 13 Mei lepas. Boleh dikatakan Kelantan sudah berjaya meletakkan sebelah kaki ke pentas final. Adalah satu malapetaka buat bola sepak negeri Kelantan andai kelebihan ini berjaya dinafikan oleh Selangor. Selangor perlu menang dengan keputusan 5-0 jika mahu menidakkan peluang Kelantan beraksi di final buat kali kedua. Kelantan akan turun dengan beberapa pemain simpanan ekoran 2 pemain utama iaitu, Farisham Ismail dan Zairul Fitri Ishak digantung perlawananan manakala beberapa pemain regular yang lain akan direhatkan kerana sudah mengumpul 1 kad kuning.Walau bagaimanapun pemain simpanan yang akan diturunkan ini tidak menjadi masalah kerana semua pemain Kelantan pada musim ini setaraf persembahan mereka.

Sabtu, Mei 14, 2011

Keputusan Piala FA 2011: Selangor 1 Kelantan 5 ( Semi Final 1 )









Kelantan menang bergaya. Menundukkan Selangor dengan jaringan yang besar amat menakjubkan. Apatah lagi kemenangan ini dilakarkan di arena lawan dan dalam perlawanan yang penting. 2 gol Ramzul Zahini Adenan dan masing-masing satu gol sumbangan Badhri Radzi, Nurul Azwan Roya Dan Norshahrul Idlan Talaha meletakkan satu kaki Kelantan di pentas final. Tahniah Red Warrior. Tergambar kepuasan dihati penyokong setia Kelantan yang membanjiri Stadium Shah Alam. Sesungguhnya inilah wajah sebenar skuad Kelantan. Tampil garang dan bersemangat tinggi.

Jumaat, Mei 13, 2011

Piala FA 2011 : Selangor Lawan Kelantan ( Semi Final 1 )



Kelantan bertandang ke Shah Alam dalam membawa bekalan selesa ke Kota Bharu dalam perlawanan Semi Final 1 Piala FA 2011. Rasanya tiada masalah untuk pasukan Kelantan memenangi perlawanan ini berdasarkan rekod 3 pertemuan terakhir yang dimenangi Kelantan dengan bergaya. Kelantan perlu menang dengan jaringan selesa ataupun jika seri dengan menjaringkan banyak gol kerana peraturan jaringan gol ditempat lawan akan diambil kira jika keputusan kedua-dua perlawanan berkesudahan seri.

Rabu, Mei 11, 2011

Farisham Pemain Kelantan Terbaru Dipilih Rajagopal

Pemain pertahanan Kelantan, Mohd Farisham Ismail mendapat panggilan pertama daripada Ketua Jurulatih Malaysia, K. Rajagopal untuk menyertai latihan dan perlawanan persahabatan Skuad Malaysia bertemu Hong Kong pada 3 Jun ini. Rajagopal memanggil 2 orang lagi pemain Kelantan iaitu Norshahrul Idlan Talaha dan S. Chanthuru. Khairul Fahmi Che Mat tersisih untuk memberi tumpuan kepada skuad olimpik manakala Rizal Fahmi Rosid yang terpilih ketika Malaysia menentang FC Etoille tidak dipanggil untuk pemilihan kali ini. Mungkin kerana dia jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama Kelantan ketika ini. Kepada Farisham Ismail, semoga panggilan kali pertama ini menyuntik semangat baru anda untuk terus memahat nota gemilang dalam karier bola sepak anda untuk pasukan Kelantan dan Malaysia.

Keputusan MSL 2011: N.Sembilan 0 Kelantan 0





Mutu pengadilan yang amat teruk, terutamanya oleh penjaga garisan menafikan 3 mata untuk Kelantan. Selepas gol S.Chanthuru dibatalkan kerana ofside, Penjaga garisan sekali lagi mengangkat bendera ofside gol minit terakhir masa tambahan yang dijaringkan oleh Khalid Jamlus. Keputusan seri tanpa jaringan ini memaksa Kelantan turun ke tangga kedua liga yang dibezakan 2 mata oleh pendahulu liga, Selangor.

MSL 2011 : N.Sembilan Lawan Kelantan



Kelantan bertandang ke N.Sembilan dengan misi membawa pulang 3 mata. Kelantan perlu menang kerana pencabar, Selangor yang bermain awal sehari berjaya memungut 3 lagi mata menjadikan mereka pendahulu liga buat seketika. Andai Kelantan menang perlawanan ini, Kelantan akan kembali menerajui liga. Oleh itu,pemain Kelantan haruslah memastikan kemenangan dibawa pulang. Selamat Maju Jaya.

Jumaat, Mei 06, 2011

Keputusan MSL 2011 : Kelantan 2 Kedah 0







Kelantan meneruskan rentetan kemenangan kepada 6 perlawanan berturut-turut selain Khairul Fahmi Che Mat masih kebal selepas lima perlawanan berturut-turut. Khalid Jamlus menjaringkan gol pertama beliau pada musim ini untuk membawa kejayaan 2-0 Kelantan ke atas Kedah. Satu lagi gol Kelantan dijaringkan oleh S. Chanthuru. Kemenangan ini terus meletakkan Kelantan di tangga teratas liga yang diberi saingan cukup sengit oleh pasukan Selangor dan Terengganu. Tahniah Red Warrior. Semoga berjaya mengekalkan momentum kemenangan dalam aksi yang berbaki 8 perlawanan lagi.

MSL 2011 : Kelantan Lawan Kedah



Pertembungan Kelantan-Kedah pasti menjanjikan saingan yang menarik untuk disaksikan. Kelantan perlu menang untuk terus meneruskan pengusaaan di tangga teratas carta liga manakala Kedah perlu menang untuk mengelakkan jurang mata yang lebih luas dengan 3 pasukan teratas seandainya masih menaruh harapan untuk bergelar juara liga super 2011. Jika Kelantan menang pada perlawanan ini, maka kemenangan keenam berturut-turut akan dicatat dan jika menang tanpa dibolosi, bermakna Khairul Fahmi Che Mat berjaya menidakkan gawang Kelantan daripada dibolosi selama 5 perlawanan berturut-turut. Kali Terakhir belaiu dibolosi ialah ketika Kelantan menang 5-1 mengatasi Perlis di Kangar.

Selasa, Mei 03, 2011

Keputusan MSL 2011 : Johor FC 0 Kelantan 1





Badhri Radzi sekali lagi memainkan watak penyelamat apabila jaringan tunggal beliau menerusi tandukan pada separuh masa pertama membawa kepada kemenangan Kelantan. Kemenangan ini menyaksikan Kelantan kini memungut 36 mata dan berkongsi kedudukan teratas liga dengan pasukan Selangor. Walaubagaimanapun Kelantan mendahului carta liga hasil kelebihan jaringan. Tahniah Red Warrior.

MSL 2011 : Johor FC Lawan Kelantan



Kelantan bertandang ke Johor Bahru bagi pertemuan dengan Johor FC dalam misi mengekalkan kedudukan teratas liga. Adakah Kelantan berjaya mengekalkan momentum kemenangan kepada 5 perlawanan berturut-turut bakal terjawab dalam perlawanan ini. Ayuh Red Warrior. Buktikan kehebatanmu.