Selasa, Oktober 27, 2009

TM Piala Malaysia 2009 : Kelantan 2-0 Perlis ( Semi Final 1 )



Kelantan berjaya menundukkan Perlis 2-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama TM Piala malaysia 2009 di Stadium Sultan Muhammad Ke iv malam tadi. 2 gol Kelantan dihasilkan oleh penyerang sensasi Indra Putra Mahyudin pada minit ke 23 menerusi sepakan penalti manakala gol ke 2 disumbangkan oleh pemain pertahanan Rizal Fahmi Rosid pada masa kecederaan separuh masa kedua. Kemenangan ini memberi kelebihan kepada Kelantan yang akan bertandang ke Kangar pada hari Sabtu 31 Oktober ini bagi perlawanan timbal balik. Untuk makluman perlawanan tadi turut disaksikan oleh jemputan daripada KAFA iaitu Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan.

4 ulasan:

  1. Tahniah dari Pak Man. Semoga berjaya ke final dan jadi juara.

    BalasPadam
  2. Minta kebenaran tuan blog untuk copy gambar tu bagi siaran blog Pak Man.
    Tenkiu.

    BalasPadam
  3. majulah sukan..jgn rosak moral kerana sukan sudah.malam ni sokong n9!yey!

    BalasPadam