Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan

Jumaat, Julai 15, 2011

Festival Makanan Antarabangsa Chengho dan Galeri Tamadun Islam (KelCheff 2011)



Sekadar Info. Yang mana berkesempatan, bolehlah menghadiri Festival Makanan Antarabangsa Chengho dan Galeri Tamadun Islam (KelCheff 2011)ini.

Khamis, Mac 31, 2011

Woh Gomok



Kuih tepung gomok atau juga dieja sebagai buah gomok, atau woh gomok atau juga dikenali sebagai Kuih buah beluru merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu.

Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut dan berbentuk bulat getel dengan inti kelapa manis. Di bahagian luar tepung gomok dilumur dengan tepung pulut / tepung kacang hijau untuk mengelakkan ia daripada melekat sesama sendiri.

Kuih tepung gomok ini popular di Kelantan dan ada terdapat dijual secara meluas secara harian. Ia amat lazat, mudah dihasilkan dan harganya juga berpatutan.

Nama gomak kurang pasti bagaimana ia dinamakan sebegitu. Kemungkinannya sempena bentuk kuih yang bulat gemuk.

Ia tepat sekali, buoh gomok (kelantanese) nama diberi kerana bentuk nya yang bulat gemuk bersalut debu tepung gandum putih berintikan kelapa

Kuih tepung gomok ini adalah popular diseluruh Malaysia. Ia banyak dibuat, dan ada dijual di mana-mana sahaja, dan tidak perlu ditempah lebih awal

Kuih tepung gomok kurang diminati dikalangan golongan muda sebagi makanan harian kerana ia merupakan sejenis kuih yang manis. Tepung pulut yang digunakan bagi menyalut bahagian luarnya juga melekit pada jari orang yang memakannya, dan mudah lerai menyebabkan seseorang itu terpaksa berhati-hati ketika memakannya, dan perlu membasuh tangan selepas memakannya.

Selasa, Februari 08, 2011

Restoran Cik Siti Wan Kembang Di KB Mall



Rangkaian Restoran Che Siti Wan Kembang menyediakan aneka jenis masakan melayu kelantan.

Bahan mentah adalah dikeluarkan sendiri dari ladang-ladang perusahaan kerajaan negeri kelantan seperti projek etrnakan kambing/lembu , projek pertanian kelantan.

Menu utama - sup tulang lembu salor, gulai daging kambing jamnapari, ikan bakar tok bali,

Isnin, Februari 07, 2011

Maggi Ketam





Maggi ketam sudah mula popular di Kelantan. Sudah banyak kedai yang menjual makanan ini. Namun, yang diketahui penulis, ada dua kedai yang tersohor menjual maggi ketam ini iaitu kedai di Pauh Lima, bachok dan di Cherang Ruku, Pasir Puteh

Gambar diambil dari blog http://cikguazemi.blogspot.com

Nasi Kukus Zakini



Restoran nasi kukus Zakini ini terletak di no 12, Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200, Kota Bharu, Kelantan. Nasi Kukus zakini ini diusahakan oleh pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Zaki dan Ani. Pasangan ini menjual nasi kukus sekitar tahun 80-an dengan cara menjaja sehinggalah mampu memiliki premis yang ada sekarang.



Cubalah rasa nasi kukus ini. Sememangnya rasa yang sedap dan menyelerakan.

Rabu, Disember 22, 2010

Yati Ayam Percik



Yati Ayam Percik merupakan salah satu restoran makanan berasaskan ayam yang tersohor di Kelantan.Walaubagaimanapun terdapat juga juadah lain yang dijual di restoran ini seperti kuih muih tempatan dan sebagainya. Terletak di Jalan Long Yunus. Restoran ini dibuka setiap hari bermula dari tengahari hingga ke pukul 11.30 malam.

Restoran New Horizon



Restoran ini terletak di Jalan Kuala Krai. Bersebelahan dengan simpang empat ke Pasir Mas dan juga Pasir Hor.

Jumaat, November 12, 2010

Jering Rebus



Satu lagi jenis makanan yang dianggap kesukaan bagi rakyat kelantan terutamanya oleh generasi berusia. Jering rebus biasanya dimakan dengan kelapa parut bercampur gula.

Dikir Ubi Kayu


Ubi Kayu


Ubi Rebus

Musim-musim hujan ini sedap juga kalau dapat makan ubi kayu rebus cicah kelapa parut campur gula. Apapun layan dikir barat dulu

Selasa, Oktober 05, 2010

Ayam Goreng Edlee



Jika anda berada Kota Bharu, Kelantan, pasti anda akan tahu mengenai Edlee Fried Chicken. Edlee Fried Chicken diusahakan oleh Encik Mohd Edlee bin Ismail.

Perniagaan Edlee Fried Chicken bermula sejak tahun 2003 yang didaftarkan sebagai Edlee Food Services. Sekarang Edlee Fried Chicken mempunyai 6 cawangan di seluruh Kelantan(di Jalan Pekeliling, Taman Indra Petra, Tanjong Chat, Wakaf Che Yeh, berhampiran pasaraya Bilal dan berdekatan dengan Perodua Tunjong). Kesemua gerai beroperasi di Kota Bharu dan akan dikembangkan ke seluruh negeri dalam waktu terdekat.




Ironinya perniagaan Edlee Fried Chicken bermula di pasar malam sekitar Kota Bharu sebelum berkembang secara jualan kios. Antara menu yang disediakan ialah mashed potato, coleslaw, mushroom soup, french fries, and pelbagai jenis minuman dan juga sedia menerima tempahan.

Isnin, September 13, 2010

Restoran Chim Chum Food Village



Jika mahu menikmati hidangan ala-ala steamboat yang diusahakan oleh pemilik MELAYU bolehlah berkunjung ke :
FOOD VILLAGE RESTAURANT LOT 1184 KG, BAUNG, JLN PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU KELANTAN.

Pernah dengar makanan "Chim Chum"? Kalau anda pernah makan steamboat, mungkin anda akan anggap ini adalah makanan yang sama. Tapi menurut pemilik restoran ini ia sama dengan steamboat tapi tak serupa. Menurut beliau juga, Chim Chum ni sukar untuk dijumpai di Malaysia kerana ia merupakan menu dari Thailand. Namun, konsepnya sama dengan steamboat.Anda hanya perlu masak sendiri diatas dapur yang disediakan.

Anda boleh bakar dan rebus daging, ayam, sotong, isi ketam, fishball, kulat, sayur-sayuran dan lain-lain yang telah dipotong halus. Kemudian cecah dengan sos manis atau pedas.

Hidangan yang disediakan adalah secara bufet. Makanlah selagi anda termampu dengan hanya mengenakan harga yang amat berpatutan.







Isnin, Ogos 30, 2010

Signatur resipi Kelantan



MEREKA yang menggemari keenakan sajian negeri Cik Siti Wan Kembang seperti nasi kerabu atau nasi dagang, Restoran Kelantan Delights boleh menjadi lokasi sesuai untuk berbuka puasa.

Lokasi yang terletak di Sooka Sentral, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur amat strategik untuk dikunjungi terutama bagi mereka yang bekerja di kawasan sekitarnya.

Tarikan utama bufet Ramadan pada tahun ini pastinya lauk pauk dan manisan dari Kelantan. Menariknya, seleksi hidangan yang tidak terlalu banyak tetapi eksklusif membuatkan anda lebih mudah untuk memilih lantas menikmatinya.

"Menu kami sentiasa bertukar. Setiap hari sebanyak 12 aneka pilihan boleh dicuba. Juadah utama yang menjadi permintaan pelanggan setia ialah nasi kerabu dan nasi dagang.

"Kalau dua menu ini tidak ada, memang pengunjung akan tertanya-tanya. Jadi saya ambil keputusan untuk mengekalkan menu tersebut sepanjang Ramadan," jelas Pengerusi Eksekutif Kelantan Delights, Juhaidi Yean Abdullah.
Dalam pada itu, Kelantan Delights turut tidak lupa untuk menghidangkan pengunjung dengan menu popular dari negeri lain.

Bagaimanapun, bagi anda yang tidak mahu menikmati kedua-dua nasi tersebut tidak perlu bimbang. Ini kerana lauk pauk lain seperti ayam masak lemak cili api, ayam goreng rempah, siakap sambal, udang sambal dan ikan bakar disediakan untuk dimakan bersama nasi putih.

Tambah membangkitkan selera apabila anda boleh menikmati seleksi mi, bihun dan kuetiau sup. Uniknya, sup tersebut menggunakan ramuan rebusan tulang lembu.

Restoran yang turut menyediakan ruang makan ala kampung seperti sudut bersila dibuka sehingga pukul 9 malam. Selain itu, bagi anda yang ingin menikmati panorama indah kota Kuala Lumpur boleh memilih berbuka di ruang luar

Selasa, Julai 20, 2010

Bachok lubuk aneka durian



Peminat buah durian kini boleh merancang destinasi percutian ke daerah Bachok di negeri ini bagi memuaskan hajat untuk menikmati kelazatan 'raja segala buah' itu.

Ini kerana, dusun-dusun durian yang diusahakan penduduk tempatan di sini mula menghasilkan buah yang dianggap oleh sesetengah peminat sebagai durian terbaik di negara ini.

Dengan dibantu oleh penanaman yang menggunakan teknologi moden, buah yang dihasilkan bukan setakat 'durian kampung' sebaliknya pengunjung akan turut disajikan dengan pelbagai pilihan daripada jenis kacukan dan hybrid.

Kampung Gunung yang terletak di pinggir Kota Bharu kini mula menuai hasil yang sangat banyak sejak dua minggu lalu malah peniaga yang membuka khemah di tepi jalan tersenyum puas dengan hasil jualan masing-masing.

Deretan khemah yang menjual buah durian dapat dilihat bermula awal pagi lagi di sepanjang Jalan Gunung-Pauh Lima-Kota Bharu dan sudah pastinya mampu menarik perhatian orang ramai yang lalu di situ.

Pesta buah makanan Thai 21-25 Julai



Orang ramai yang mengunjungi Pesta Buah-buahan dan Makanan Kegemaran Thai 2010 di Bangunan Perkumpulan Perempuan, Jalan Hamzah di sini mulai 21 hingga 25 Julai ini, berpeluang menikmati masakan ‘Melayu-Siam’ asli di pesta itu.

Sebanyak 50 peniaga dari lima wilayah di selatan negara itu akan terlibat dalam menjayakan pesta tersebut.

Antara masakan Thailand yang akan disediakan pada pesta tersebut adalah tom yam, somtam, nasi kerabu, pelbagai jenis kerabu, ayam goreng, ayam ‘kohlae’, pulut pauh dan pulut durian.

“Makanan ringan pula termasuk ikan salai, ikan kicap dan ‘namprik (cili jeruk), pisang salai dan biji gajus'.

Pelbagai hasil industri kecil dan sederhana dari wilayah itu turut dipromosikan sepanjang pesta tersebut.

“Barang-barang berkenaan termasuk kosmetik berupa sabun susu kambing serta bahan tradisional turut dijual.

Bagi pengunjung wanita pula, pelbagai barangan keperluan dan pakaian seperti jubah, kain tudung, hiasan batu permata juga boleh didapati di pesta berkenaan.

Pesta yang diadakan dengan kerjasama Pusat Pentadbiran Bahagian Wilayah Selatan dan Konsul Thai, Kota Bharu itu juga bagi merintis kerja sama perniagaan antara penduduk Selatan Thai dengan peniaga di negeri ini.

Memandangkan gaya hidup dan cara pemakanan penduduk di negeri ini dan wilayah selatan Thailand yang tidak jauh bezanya, hubungan dua hala dapat diwujudkan, seterusnya mengembalikan kegemilangan perniagaan antara kedua-dua pihak.

Selasa, Mei 18, 2010

Laksa Kelantan



Apa yang membezakan laksa Kelantan dengan laksa Penang ialah kuahnya. Laksa Kelantan dihidang bersama campuran ulam-ulaman seperti timun, kacang panjang, daun serai, tauge, daun kesum dan bunga kantan.

Rabu, April 28, 2010

Radix Chicken House



Satu lagi cawangan Restoran Radix Chicken House telah dibuka di KOTA BHARU TRADE CENTRE.Cawangan terbaru ini telah dirasmikan pada 25/2/2010. Lokasi RCH terbaru ialah di:

MK3-068, TINGKAT 3 KOTA BHARU TRADE CENTRE,
JALAN BULUH KUBU,
15000 KOTA BHARU,
KELANTAN.

Sedikit info tentang kelebihan Ayam goreng Radix ini..

1. Ayam goreng organik dan ayam panggang RCH adalah berasaskan ayam organik HPA.
2. Ayam organik HPA mempunyai kandungan protein yang tinggi.
3. Ayam organik HPA diberi makan daun mambu yng baik untuk kesihatan.
4. Makanan ayam organik ini terdiri daripada ekstrak herba yang kaya dengan bahan
antikanser dan antioksida seperti halia, kunyit dan pandan.
5. Tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta angonist dan salbutamol.
6. Ayam organik ini juga tidak disuntik apa-apa hormon, vaksin dan antibiotik.

Rabu, April 14, 2010

Sanggupal



Makanan ni dipanggil Sanggupal. Diperbuat daripada sagu yang digumpal bersama kacang hijau dan dimakan bersama kuah santan.

Khamis, Mac 25, 2010

Nasi Kukus




Kini terdapat banyak kedai, restoran atau gerai yang menjual nasi kukus di Kelantan ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Pilihlah yang mana satu premis yang menjual nasi kukus dan yang pastinya nasi kukus Kelantan mempunyai rasa yang sungguh enak dan menyelerakan.

Khamis, Februari 25, 2010

Buah Katak Puru


Buah nam-nam ini dipanggil buah katak puru. Bentuknya yang seakan-akan badan katak menyebabkan buah ini dipanggil katak puru. Bercerita tentang katak puru ini , penyanyi dikir barat Fendy menjadikan katak sebagai tajuk lagu dikir baratnya yang bertajuk "Crazy Frog"

Isnin, Februari 15, 2010

Roti Canai Red Warrior

SEORANG peniaga roti canai yang juga peminat pasukan Kelantan, Mohd. Ramli Abdul Rahman, 41, menjual roti canai Red Warriors di gerai makannya di pekarangan Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu.

Gerai makan Mohd. Ramli yang mesra dengan panggilan 'Abang Ya' popular dengan roti canai cotek dan roti tisu.

Sebagai tanda sokongan kepada pasukan kesayangannya itu, Mohd. Ramli menjual roti canai cotek dan roti tisu berwarna merah untuk dinikmati pelanggannya.

"Saya menggunakan pewarna sirap untuk menjadikan tepung gadung yang diadun untuk membuat roti canai berwana merah," katanya ketika ditemui semalam.

Malah beliau juga memakai jersi The Red Warriors ketika menyediakan roti canai tersebut manakala isterinya, Norizan Abd. Rahman, 38, yang membantunya berniaga juga memakai berwarna merah.

Mohd. Ramli yang telah berniaga di pekarangan stadium itu berkata, harga roti canai 'Red Warriors' sama dengan roti canai biasa.

Katanya, roti canai cotek dijual dengan harga 1.50 sekeping manakala roti tisu pula pada harga RM1.

KOSMO 16/2/2010