Jumaat, Oktober 09, 2009

Menara Jam Taman Bendahara


Menara Jam Taman Bendahara merupakan sabagai satu tugu peringatan, sumbangan dari bekas tentera Jepun (veteran perang) sempena mengingati peristiwa pendaratan pertama mereka di Pantai Padang Pak Amat @ Pantai Sabak, Malaya semasa Perang Pasifik (Perang Dunia II di timur). Pendaratan ini berlaku sejurus selepas tengah malam, pada 8 Disember 1941, sejam sebelum serangan ke atas Pearl Harbor berlaku. Pihak tentera Jepun mendarat sejurus selepas tengah malam, dan disambut dengan periuk api dan tembakan sengit oleh pasukan India British yang mengawal pantai.

Tapak pendaratan sebenar telah terhakis ke laut disebabkan hakisan yang menghanyutkan kubu kotak (pillboxes) (kubu menembak yang diperbuat daripada konkrit) yang dibina sepanjang pantai sebelum perperangan meletus. Kubu kotak terakhir dipercayai dihanyutkan sekitar akhir 1990. Kini tembok batu telah dibina bagi memperlahankan hakisan.

Menara Jam Taman Bendahara ini dibina berhampiran lapangan terbang Pengkalan Chepa, tidak jauh dari tapak pendaratan pertama Jepun dahulu, dan telah disiapkan sekitar 1988. Padanya terdapat tulisan yang meluahkan "penyesalan" mereka terhadap bahana peperangan dan penjajahan serta mendoakan agar dunia akan terus aman dan bebas.

Beberapa langkah sahaja dari menara jam tersebut pernah terdapat sebuah kubu kotak (pillbox) tinggalan askar British dari era perang dunia ke-2 semasa mereka mempertahankan Malaya dari serangan Jepun.

Dan kini, kawasan tersebut telah dibangunkan, dari sebuah kawasan lapang terbiar kecuali menara jam ini, kepada Taman Orkid Tengku Anis dan akhirnya kepada "Taman Bendahara" - sebuah pusat membeli belah yang menempatkan rumah kedai dan sebuah hypermarket. Kubu kotak ini bagaimanapun telah dimusnahkan bagi memberi laluan kepada projek "Taman Bendahara" berkenaan.

1 ulasan:

  1. Tahniah saudara.

    Entri yang menarik ..

    Memang best kalu copy and paste dari entry orang lain, pastuh baiki sikit2 kasi biar nampak sendiri bikin, lebih lebih lagi gambar tu plak kasi hitamkan signature yang sepatutnya ada kat situ setelah ianya diambil tanpa izin dan tanpa kredit dari halaman asalnya :

    http://raykinzoku.fotopages.com/?entry=605085

    Bagus lah dan amalkan !!

    BalasPadam