Apa kena mengena tupai dengan negeri Kelantan? Sebenarnya tiada apa-apa pun cuma tupai ini popular di Kelantan berikutan lagu dikir barat yang dipersembahkan oleh pendikir tersohor iaitu Halim Yazid.
Buah nam-nam ini dipanggil buah katak puru. Bentuknya yang seakan-akan badan katak menyebabkan buah ini dipanggil katak puru. Bercerita tentang katak puru ini , penyanyi dikir barat Fendy menjadikan katak sebagai tajuk lagu dikir baratnya yang bertajuk "Crazy Frog"
Golok merupakan sejenis senjata yang biasa digunakan oleh masyarakat Kelantan untuk menghiris daging dan mencincang tulang lembu ketika musim kenduri atau hari raya korban. Tetapi jika disebut hendak pergi ke Golok itu bermakna penutur mahu ke Selatan Thailand iaitu ke Pekan Golok.
Biasanya bila ada kenduri majlis kahwin, penduduk kampung akan bergotong royong memasak gulai daging dengan menggunakan kawah besar.Rasa gulai daging yang dimasak dalam kawah lebih enak daripada gulai yang dimasak biasa dalam periuk.Di sesetengah tempat gulai daging ini turut di campur dengan umbut kelapa untuk menambah keenakkan daging yang dimasak. Justeru kini jika bukan musim kenduri kahwin sekalipun sudah banyak gerai atau warung gulai kawah yang wujud kerana permintaan yang tinggi dari penggemarnya.Salah satu warung gulai kawah yang tersohor terletak di tepi jalan Kampung Padang Pak Amat, Pasir Puteh. Keenakan gulai kawah juga menimbulkan idea kepada pendikir Fendi untuk merakamkan lagu dikir ' gulai kawah'
Mhene oghe kelate ni banyok baso. Timbul sebabak pah sebabak. Ada hok mero aye seramo, belale kerek, flower horn dan juga burung kukur. Kegilaan rakyat kelantan ini mencetuskan idea pendikir tersohor kelate iaitu fendi menterjemahkan hobi masa lapang rakyat kelantan ini ke dalam album dikir barat dia yang memuat beberapa lagu dikir barat seperti Belalang Kerek, Flower Horn, Ketitir tekukur dan juga ayam serama. Dikir Barat - Ayam Serama
"KELATE kito negeri bertuah, buminya luas..Tanahnya subur..Oghe Kelate rajin-rajin..bijak-bijak..Kito tak kurang apapun..Kalau orang lain boleh, kita pun boleh!.. Yang perlu ialah muafakat..Serta pemimpin yang bukan saja baik tapi bijaksana dan berprestasi.. Insyaallah kita BERJAYA"