Memaparkan catatan dengan label Pakaian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pakaian. Papar semua catatan

Rabu, Februari 17, 2010

Songket Che Minah Kampung Penambang





Kampung Penambang memang telah terkenal dengan industri tenunan kain songket sejak dahulu lagi. Bahkan pasaran kain songket Kelantan sepertimana pasaran kain songket Terengganu sudah terkenal di seluruh negara Malaysia, sehingga melampaui sempadan ke luar negara. Di kampung Penambang nama Hajjah Che Minah Songket adalah nama yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi tentan kehalusan dan kesenian tenunannya yang memang indah hasil buatan keluarganya. Hajjah Che Minah Songket turut membina galeri songketnya sendiri untuk memudahkan pelanggannya melihat sendiri koleksi kain songketnya dan selepas itu bolehlah membuat pilihan yang terbaik sebelum membelinya.

Songket Kelantan masih popular


AHMED KAMEL menunjukkan antara songket dan kain tenun yang dijual di Galeri Cik Minah Songket, Kota Bharu baru-baru ini. __________________________________________________
KOTA BHARU - Lambakan fabrik moden dalam pasaran tempatan tidak menjejaskan perniagaan songket di negara ini malah kesenian fabrik tradisional itu terus diminati dan mendapat sambutan tinggi.

Perusahaan songket di Kelantan juga berkembang dengan gaya tersendiri berikutan permintaan terhadap fabrik tradisional tersebut yang sering dikaitkan dengan golongan pembesar dan bangsawan.

Pengurus syarikat pengeluar songket dan kain tenun, Che Minah Songket, Ahmed Kamel Huseein berkata, beliau berbangga apabila generasi muda masih berminat untuk memperagakan fabrik tradisional itu pada majlis-majlis rasmi dan keraian.

Menurutnya, syarikatnya berjaya memasarkan lebih 2,000 helai songket dan 30,000 helai kain tenun sepanjang tahun lalu.

Sabtu, Ogos 08, 2009

Semutar


Perkataan semutar ialah perkatan bermaksud pakaian kepala/ikat kepala bagi kaum lelaki Kelantan. Biasanya kain semutar menggunakan ikatan kain batik lepas. Pada masa kini pemakaian semutar amat jarang kelihatan terutama bagi generasi baru. Ia hanya kelihtan di pakai oleh pesilat-pesilat pulut dalam majlis-majlis sahaja.

Semutar Kelantan berbeza dengan tanjak atau tengkolok. Bisanya tengkolok atau tanjak dipakai oleh golongan atasan atau untuk majlis-majlis berperetij. Nama-nama tengkolok juga adalah lebih hebat dan berprestij berbanding nama-nama semutar.

Pemakaian semutar dalam masyarakat Kelantan melambangkan pekerjaan sipemakainya. Biasanya semutar akan dibuka semula untuk menyapu peluh atau pun digunakan untuk mengipas-ngipas badan apabila berehat dari bekerja. Berbeza sekali dengan tengkolok yang telah dibuat kekal untuk menampakkan kehebatan ikatannya.