Kondominium Pelangi Riverview merupakan rumah tamu yang menawarkan perkhidmatan penginapan bagi tetamu atau pelancong yang berhasrat bertandang ke Kota Bharu. Terletak di pinggiran aliran tenang sungai Kelantan di Blok B bangunan Pelangi Mall yang merupakan mercu tanda terbaru kota Bharu, amat mudah untuk dilihat bagi mereka yang pertama kali berkunjung ke ibu negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Pelangi Riverview Kondominium terletak di aras 21 menghadap ke sungai kelantan. Ia disediakan dengan kemudahan ruang tamu, ruang makan, serta dapur yang dilengkapi dengan kabinet. Tersedia dengan kemudahan 4 bilik tidur serta 3 bilik air bakal menyediakan ruang secukupnya kepada tetamu. Dengan keluasan lantai keseluruhan melebihi 1500 kaki persegi, ia menjanjikan keselesaan kepada para tetamu bekeluarga mahupun berkumpulan.
Lokasi
Rumah tamu (guest house) Pelangi Riverview Kondominium berada dilokasi yang amat berdekatan dengan kemudahan-kemudahan utama seperti medan selera, pusat tarikan pelancongan, klinik, shopping kompleks, pasar besar dan sebagainya. Bagi pelancong, pusat tarikan utama hanyalah berada dalam linkungan jarak berjalan kaki sahaja. Untuk ke medan selera Tambatan Di-raja jaraknya hanyalah 2 minit, masjid Muhammadi, Padang Bank, Bank Kerapu - 5 minit. Pasar Siti Khatijah, The Store, Pantai Timur, serta bank-bank utama (CIMB, BIMB, HSBC, RHB) - 10 minit berjalan kaki. Apa yang penting juga, rumah tamu (guest house) Pelangi Riverview Kondominium Apartment boleh dicapai dengan mudah melalui beberapa jalan alternatif untuk mengelakkan kesesakan sewaktu musim-musim perayaan dan juga musim cuti sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan