Dia buta huruf kerana tidak berpeluang untuk belajar di sekolah ketika zaman kanak-kanak, namun sentuhan Che Mud Che Awang, 70, dalam menghasilkan jebak puyuh amat terbilang sehingga melayakkannya menerima pengiktirafan oleh kerajaan kerana kegigihan memartabatkan seni warisan Melayu yang semakin pupus itu.
Dianugerahkan Adiguru Kraf Jebak Puyuh pada 1989 oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, namun Che Mud tidak pernah riak sebaliknya semakin ‘galak’ menghasilkan kraftangan yang dianggap unik itu.
Apa yang pasti, Che Mud,dari Kampung Bunohan, Tumpat adalah satu-satunya pembuat jebak puyuh yang ada di negara ini selepas beberapa rakan seperjuangannya meninggal dunia, menyebabkan dia rasa bertanggungjawab untuk mempertahankan seni warisan Melayu itu daripada terus berkubur.
Apa Nama Atuk Itu Yer Saya Nak guna untk kerja seni sya
BalasPadamChe mud
Padam