Jumaat, November 26, 2010

Lata Rek







Lata Rek terletak 27 km dari bandar Kuala Krai. Perjalanan kira-kira 30 minit melalui Jalan Persekutuan Kuala Krai-Gua Musang akan menemui satu simpang tiga berdekatan dengan Paloh. Dari simpang tersebut, ke kiri adalah simpang masuk ke tarikan sejauh 3 km ke hadapan.

Merupakan salah satu tarikan rekreasi yang popular di Kuala Krai. Menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk melakukan aktiviti-aktiviti rekreasi seperti berkelah, mandi-manda, berehat dan sebagainya lagi. Lata Rek digemari oleh pengunjung kerana mempunyai kedalaman air yang cetek dan bersih, sesuai untuk kanak-kanak mandi-manda. Kemudahan-kemudahan asas juga tersedia untuk keselesaan para pengunjung.

Lata Kertas



Merupakan taman rekreasi tempatan di Dabong. Mempunyai kemudahan tempat berkelah. Kemudahan yang terdapat di kawasan tersebut adalah seperti wakaf, laluan pejalan kaki, tandas awam, surau dan juga sebuah kedai.

Jaraknya dengan bandar atau pekan terdekat adalah 12km dari bandar Dabong dan 56km dari Bandar Jeli, manakala dari Gua Musang pula adalah sejauh 75km dan jaraknya dengan Air Terjun Gunung Stong adalah 7km.

Untuk sampai ke sana adalah melalui jalanraya Jeli-Gua Musang hanya dengan kenderaan sendiri atau kereta tambang (Prebet Sapu) yang boleh didapati di Stesen Keretapi Dabong atau di pekan Jelawang dengan kadar bayaran RM10/orang.

Selasa, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha



Selamat menyambut hari raya korban kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga korban yang dilakukan mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T

Jumaat, November 12, 2010

Pasar Serawe





Pasar Serawe merupakan tempat mempamer dan menjual barangan antik di Kota Bharu, Kelantan. Perbadanan Muzium Negeri Kelantan (PMNK) , Muzium Kelantan bekerjasama dengan kerajaan negeri Kelantan bagi memajukan pasar ini.

Langkah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan (PMNK) memperkenalkan ‘Pasar Serawe’ (Serawang) pada setiap hari cuti Jumaat dan Sabtu mula membantu memberi ‘nafas baru’ kepada pihak muzium.

Ia bukan sahaja dapat menarik lebih ramai pengunjung malah mendekatkan institusi itu dengan masyarakat apabila ia mula melebarkan peranannya dan tidak lagi sekadar dipertanggungjawab menyimpan barangan purba yang mempunyai nilai sejarah.

Melalui pasar yang diwujudkan di pekarangan Muzium Kelantan itu, ia membuka ruang kepada anggota masyarakat mempamer dan menjual pelbagai barang-barang antik yang berada dalam simpanan mereka.

Ia sekali gus akan memberi nilai ekonomi kepada pemiliknya yang tidak lagi mahu menyimpannya kerana peluang untuk menjualnya boleh dilakukan di pasar yang bercirikan pasar lambak atau pasar bonet kereta itu.

Galeri Tengku Anis





Info Galeri Tengku Anis Dibina pada tahun 2002 dan mula dirasmikan pada tahun 2004. Geleri ini terletak di dalam kawasan Pengkalan Kubur iaitu berhampiran dengan muara Sungai Golok.

Di dalamnya menempatkan galeri nelayan serta pusat maklumat muka bumi kawasan Muara. Ia juga sesuai kepada para pelajar sekolah yang ingin membuat kajian serta untuk mendapat maklumat mengenai perkara yang berkaitan dengan nelayan dan untuk mengetahui bentuk muka bumi kawasan sekitarnya.

Kawasan galeri ini juga sesuai dijadikan kawasan rekreasi kerana mempuayai prasarana seperti kawasan permaiann kanak-kanak, tempat memancing dan juga sesuai sebagai tempat berkelah. Kawasan rekreasi ini juga disediakan kedai makan untuk para pengunjung.

Homestay Kampung Pantai Suri



Pantai Suri adalah sebuah perkampungan nelayan melayu tradisional yang terletak di dalam gugusan pulau-pulau di muara sungai Kelantan. Pantai Suri merupakan sebuah kampung dalam Jajahan Tumpat yang mempunyai 400 bilangan penduduk yang masih berpegang teguh kepada adat resam dan seni budaya asli kehidupan masyarakat melayu. suasana alam semulajadi yang indah penuh nikmat kedamaian menjadi satu tarikan utama Kampung Pantai Suri. Pengangkutan utama penduduk di perkampungan ini hanyalah motosikal dan basikal. Bagi pelancong yang mahu mengalami tinggal di perkampungan nelayan tradisional di Kelantan, Pantai Suri adalah pilihan yang terbaik.

Sumber :http://homestaynelayan.blogspot.com

Jering Rebus



Satu lagi jenis makanan yang dianggap kesukaan bagi rakyat kelantan terutamanya oleh generasi berusia. Jering rebus biasanya dimakan dengan kelapa parut bercampur gula.

Dikir Ubi Kayu


Ubi Kayu


Ubi Rebus

Musim-musim hujan ini sedap juga kalau dapat makan ubi kayu rebus cicah kelapa parut campur gula. Apapun layan dikir barat dulu

Rabu, November 10, 2010

Expo Cheng Ho



Nama Laksamana Cheng Ho, seorang pelayar Cina Muslim dari China yang berjaya mengeliling dunia akan diabadikan sempena ekspo hub halal yang akan diadakan di sini pada 21 hingga 26 November 2010 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV.

Expo Cheng Ho yang dirancang merupakan yang pertama diadakan di dunia.

Ianya akan menjadi hab pameran perdagangan antarabangsa yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Lebih 300 syarikat perniagaan dari seluruh dunia, terutamanya syarikat milik umat Islam akan mempamerkan produk-produk keluaran mereka.

Difahamkan lebih 700 gerai pameran yang disediakan. 160 buah syarikat daripada negara China, 100 buah syarikat dari Kelantan dan lebih 150 buah syarikat antarabangsa akan mempamerkan produk di dalam sebuah pavilion besar yang akan disediakan.

Manakala sekitar 300 gerai disediakan di luar dewan pameran untuk peniaga-peniaga dari Kelantan dan seluruh Malaysia.

Expo ini diadakan bersempena memperingati dan meraikan kedatangan armada laut Laksamana Cheng Ho ke Semenanjung Tanah Melayu 600 tahun yang lalu.

Apa signifikannya Cheng Ho? Cheng Ho adalah seorang Muslim yang membina jambatan diplomatik, menghapuskan lanun-lanun, membawa keamanan serantau.

Cheng Ho dikatakan mendarat lebih awal di Kelantan daripada negeri-negeri lain di Semenanjung.

Program Kahwin Perdana 2010



Unit Pembangunan Keluarga akan menganjurkan Program Kahwin Perdana Peringkat Negeri Kelantan 2010. Seramai 100 pasangan diperlukan bagi menjayakan program. Syarat kelayakan untuk menjadi peserta ialah Muallaf, Orang Kurang Upaya, Orang Asal, Ibu Tunggal dan Berpendapatan Rendah. Kepada yang berminat bolehlah ajukan sebarang pertanyaan kepada pejabat Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Kerajaan Negeri Kelantan. Borang hendaklah dihantar sebelum 15 November 2010 kepada pejabat urusetia.

Sabtu, November 06, 2010

Sisir











Di Kelantan, sikat rambut dipanggil sisir. bentuknya seperti sisir pisang menyebabkan ianya dipanggil begitu.

Rabu, November 03, 2010

3 Pemain Kelantan Terpilih Ke Sukan Asia



3 pemain bola sepak skuad Kelantan terpilih dalam senarai 20 pemain terakhir yang akan menyarung jersi Malaysia di Sukan Asia Guanzhong nanti. Semoga pemilihan ketiga-tiga pemain ini dapat membantu skuad Malaysia meraih sesuatu yang boleh dibanggakan.

Selamat Mengundi Kepada Warga Dun Galas



Esok 4 November 2010, akan berlangsung proses pembuangan undi bagi pilihanraya kecil Dun Galas. Kepada warga Galas, buatlah pilihan terbaik untuk menentukan siapa paling layak mewakili anda semua dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Selamat mengundi

Selasa, November 02, 2010

Kelantan Gondol 5 Kategori Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2010






Norshahrul Idlan Talaha : Pemain Paling Bernilai 2010 & Penyerang Terbaik 2010


Khairul Fahmi Che Mat : Penjaga Gol Terbaik 2010 & Pemain Muda Terbaik 2010


B.Sathianathan : Jurulatih Terbaik 2010

Kemeriahan tahun bola sepak kelantan 2010 diteruskan lagi pada 2 November 2010 di mana anggota pasukan bola sepak kelantan meraih 5 gelaran dalam majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2010. Norshahrul Idlan Talaha menggondol anugerah paling berprestij apabila dinobatkan sebagai pemain paling bernilai 2010.Selain itu beliau juga terpilih sebagai penyerang terbaik. Norshahrul Idlan Talaha meneruskan legasi Kelantan dalam anugerah paling bernilai setelah pada musim lepas, Indra Putra Mahyuddin menyandang gelaran ini. Penjaga gol muda, Khairul Fahmi Che Mat pula berjaya merangkul 2 anugerah iaitu selaku penjaga gol terbaik 2010 dan pemain muda terbaik 2010. Jurulatih kontroversi, B.Sathianathan dianugerahkan selaku jurulatih terbaik 2010 setelah berjaya membimbing Kelantan menjuarai Piala Malaysia dan naib juara liga super 2010. Kepada mereka, Sekilas Pandang mengucapkan tahniah.

Calon Anugerah Bola Sepak Malaysia 2010



3 Pemain dan seorang jurulatih bola sepak Kelantan dicalonkan dalam anugerah bola sepak kebangsaan 2010. Khairul Fahmi Che Mat dicalonkan dalam 2 kategori iaitu penjaga gol terbaik dan pemain muda terbaik. Azizi Mat Rose dicalonkan dalam kategori pemain pertahanan terbaik manakala penyerang sensasi, Norshahrul Idlan Talaha dicalonkan dalam ketegori penyerang terbaik. Jurulatih Kelantan, B.Sathianathan pula tercalon dalam kategori jurulatih terbaik. Untuk rekod,seorang lagi pemain Kelantan musim ini iaitu ketua pasukan, Indra Putra Mahyuddin menggondol anugerah penyerang terbaik dan pemain paling bernilai pada musim lalu.