Jumaat, April 30, 2010

Pesta Unggas Antarabangsa Kelantan 1 Mei



Lebih 800 burung candik dan ayam serama akan diperaga dan dipertandingkan dalam Pesta Unggas Antarabangsa Kelantan 2010 di Arena Candik Sri Cemerlang di sini pada 1 Mei ini.

Pesta kali keenam ini akan melibatkan penyertaan masyarakat pelbagai kaum di negara ini yang mempunyai kegemaran serupa.

Pesta yang dimuatkan dalam kalendar pelancongan ini mempunyai daya tarikan tersendiri di kalangan pelancongan kerana keunikannya.

Pesta ini diadakan dengan kerjasama Persatuan Seni Suara Burung Candik dan Kelab Peminat Warisan Kesenian dan Kecantikan Ayam Serama Kelantan.

Lapan kategori dipertandingkan untuk ayam serama iaitu serama A (berat tidak melebihi 350 gram), serama B (berat melebihi 351 gram), serama tanpa lawi (ayam tua dan lawi tidak melebihi ekor), serama muda, serama remaja, serama induk, serama anak A dan serama anak B.

Pertandingan seni suara burung candik pula melibatkan gaya burung, air suara burung dan hujung suara burung.

Di samping itu, bagi menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negara, hidangan nasi 100, permainan kertok dan rebana serta pertandingan seni suara burung murai juga akan diadakan pada pesta itu.

Rabu, April 28, 2010

Radix Chicken House



Satu lagi cawangan Restoran Radix Chicken House telah dibuka di KOTA BHARU TRADE CENTRE.Cawangan terbaru ini telah dirasmikan pada 25/2/2010. Lokasi RCH terbaru ialah di:

MK3-068, TINGKAT 3 KOTA BHARU TRADE CENTRE,
JALAN BULUH KUBU,
15000 KOTA BHARU,
KELANTAN.

Sedikit info tentang kelebihan Ayam goreng Radix ini..

1. Ayam goreng organik dan ayam panggang RCH adalah berasaskan ayam organik HPA.
2. Ayam organik HPA mempunyai kandungan protein yang tinggi.
3. Ayam organik HPA diberi makan daun mambu yng baik untuk kesihatan.
4. Makanan ayam organik ini terdiri daripada ekstrak herba yang kaya dengan bahan
antikanser dan antioksida seperti halia, kunyit dan pandan.
5. Tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta angonist dan salbutamol.
6. Ayam organik ini juga tidak disuntik apa-apa hormon, vaksin dan antibiotik.

Kopitiam Di Kelantan

Kewujudan kopitiam kini sudah menjadi satu fenomena baru. Ia menjadi alternatif kepada kedai atau warung teh tarik mamak

Kewujudan kedai yang teratur, bersih, ceria dan lengkap dengan kemudahan wifi atau wireless ini memenuhi gaya hidup terkini. Kopitiam menjadi tempat lepak dan sembang yang popular.

Kopitiam yang bermaksud kedai kopi. Kopitiam adalah gabungan perkataan Melayu dan Hokkien, yang bermaksud kopi. Kopitiam kini bukan saja merujuk kepada kedai kopi tradisi kaum Cina yang menu khususnya roti bakar, telor, kopi dan teh tetapi sudah dipelbagaikan.

Antara kopitiam yang sudah wujud di Kota Bharu :


Hayaki Kopitiam Jalan Kebun Sultan


Emirates Kopitiam Jalan Padang Tembak


White House Kopitiam Jalan Sultanah Zainab


Kemaman Kopitiam


KBC Kopitiam Kg Chica

Barangan Red Warrior kini di Wakaf Che Yeh



Peminat The Red Warrior’s kini berpeluang mendapatkan koleksi barangan rasmi keluaran Kafa, melalui wakil jualan berdaftar dengan Kafa di Pasar Borong Wakaf Che Yeh, dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Merchandise Kafa, Azlan Mohd Yusoff berkata, mungkin ramai yang tidak menyedari tentang kewujudan wakil jualan tersebut di kawasan itu.

“Sehubungan dengan itu, kita berharap peminat bola sepak Kelantan boleh mengambil peluang ini de-ngan membeli barangan Kafa di Wakaf Che Yeh,” katanya

Azlan berkata, terdapat empat wakil jualan berdaftar dengan Kafa yang memasarkan produk keluaran Kafa di pasar borong itu.

“Peminat Kelantan tidak perlu menunggu hanya ada perlawanan di Kota Bharu untuk membeli barangan itu, kerana mereka kini boleh membeli barangan tersebut sepanjang masa di pasar borong itu,” katanya.

Azlan berkata, selain di pasar borong Wakaf Che Yeh, peminat Kelantan juga boleh membeli pelbagai barangan Kafa seperti di Proflex Marketing di bangunan astaka stadium, Sitra Batik di aras dua KB Mall dan di Bazaar Buluh Kubu.

Pengarah JKR Kelantan Kembali ke Rahmatullah.



Ybhg. Dato' Pengarah JKR Kelantan, Datuk Ir Zulkifli Ahmad yang telah kembali ke rahmatullah setelah terlibat dalam satu kemalangan di Jeli petang semalam. Allahyarham bersama Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia Ybhg Dato' Hj Mohamed Hussin serta Penolong Pengarah Projek Khas Jalan JKR Kelantan En Wan Mohd Husni Abdullah telah mengadakan lawatan bagi meninjau perlaksanaan projek di Jajahan Jeli sebelum kejadian. Kelmarin, Zulkifli maut, manakala tiga yang lain cedera ringan apabila pacuan empat roda yang dinaiki mereka dirempuh sebuah treler di Kilometer 98, Jalan Kota Bharu-Machang-Grik, kira-kira jam 2.45 petang.
Marilah semua mendoakan semuga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah S.W.T. Alfatihah.

Selasa, April 27, 2010

Sekalung Tahniah Buat Penyokong Red Warrior



Penyokong bolasepak Kelantan menduduki carta teratas jumlah penonton teramai yang menyaksikan TM Liga Malaysia 2009. Data ini diperoleh hasil jualan tiket perlawanan yang melibatkan pasukan Kelantan pada musim Lepas. Syabas dan tahniah buat penyokong Kelantan kerana berupaya memeriahkan Liga Malaysia musim lepas. Harapan agar tahun ini lebih ramai penyokong yang menonton perlawanan di stadium kerana hasil jualan tiket tersebut sedikit sebanyak membantu kewangan pasukan Red Warrior.

Isnin, April 26, 2010

Ekspo Pertanian Negeri Kelantan 2010



Ekspo Pertanian Negeri Kelantan 2010 & Pelancaran Portal Bertani Satu Ibadah
27 April - 03 Mei 2010
Tempat: Perkarangan Stadium Sultam Muhammad ke IV
Masa: 10.00pagi - 11.00 malam
- Orang Ramai Dijemput Hadir -
Pelbagai acara menarik menanti anda

Amaran kebangkitan Kelantan



SENTUHAN Nurshahrul terus berbisa apabila berjaya meledakkan dua gol ketika Kelantan membenam KL Plus 3-0 di Stadium MBPJ kelmarin.
____________________________________________________

TIGA kemenangan berturut-turut dengan sembilan gol boleh dianggap satu amaran daripada Kelantan dalam saingan Liga Super musim ini selepas agak tenggelam diawal musim.

Malam kelmarin giliran KL Plus menjadi mangsa selepas dijinakkan 3-0 melalui dua jaringan penggempur kebangsaan Nurshahrul Idlan Talaha dan jaringan menarik pemain berpengalaman, Hairuddin Omar.

Apa yang menarik untuk diperkatakan selain perlawanan yang menyaksikan Kelantan menguasai perlawanan itu adalah kebangkitan yang ditunjukkan bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Rakhli yang dilihat sudah mula menemui sentuhan.

Namanya turut tersenarai dalam catatan pengendali Kelantan, B. Sathinathan sebagai antara pemain yang perlu diberikan pujian ekoran dua aksi yang cukup memberangsangkan walaupun masih belum menyumbang gol untuk pasukan.

Menurut Sathia, Akmal Rizal sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan gandingannya bersama Norshahrul sudah menampakkan keserasian dan memberikan kesan yang cukup baik dalam misi Kelantan memburu kejuaraan.

"Saya memberinya kepercayaan dan nampaknya dia tidak mensia-siakan kepercayaan yang saya berikan itu. Dia semakin meningkat dan saya masih percaya dia mampu melakukan sesuatu untuk pasukan.

"Dia sentiasa ingin bermain bola sepak sebab itu saya lihat bagaimana dia keluar dari krisis keyakinan dan mencari kekuatan mental itu cukup luar biasa hebatnya," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, beliau menjangkakan satu perlawanan yang sengit berdepan KL Plus selepas Kelantan kehilangan dua tonggak, Shakir Saari dan S. Chanturu selain ketua pasukan, Indra Purta Mahayuddin yang tidak cergas sepenuhnya akibat demam.

Jelasnya, selepas Norshahrul berjaya memecah benteng KL Plus, beliau bertambah yakin dengan persembahan anak-anak buahnya yang bermain seperti yang telah dirancang.

"Inilah yang saya katakan, sebuah pasukan yang baik tidak hanya bergantung kepada seorang pemain dan para pemain yang ada sering bersaing untuk merebut tempat kerana peluang itu sentiasa terbuka.

"Sebagai pemain, jika anda turun bermain dengan jiwa untuk mendapatkan kejayaan, percayalah siapapun lawan anda, pasti pasukan anda akan menang dan saya sentiasa mahu melihat pemain saya beraksi dengan jiwa seperti itu," ujarnya.

Sathia mengharapkan pemain-pemainnya mampu mengekalkan prestasi yang ada untuk menempuh perlawanan yang akan datang selain sentiasa bekerja keras untuk menjamin kemenangan pasukan.

P/S : Petikan berita Kosmo 26 April 2010

Sabtu, April 24, 2010

Keputusan TM Liga Super 2010 : KL Plus 0 - 3 Kelantan









Tahniah Red Warrior. Momentum Kemenangan diteruskan lagi dengan keputusan 3-0 di Kelana Jaya. 2 gol jaringan Nor Shahrul Idlan Talaha dan 1 gol daripada Hairuddin Omar meletakkan pasukan Kelantan semakin menghampiri takhta liga yang masih di ungguli pasukan Selangor.

Jumaat, April 23, 2010

TM Liga Super 2010 : KL Plus Lawan Kelantan



Ayuh anak-anak kelantan di Lembah Klang, datanglah memenuhi ruang stadium MBPJ pada 24 April ni untuk menyaksikan perlawanan antara Kl Plus melawan Kelantan. Sokonglah pasukan Kelantan secara berhemah dan semangat kesukanan yang tinggi.

Rabu, April 21, 2010

Maahad Muhammadi (Lelaki) Pengkalan Chepa



Maahad Muhammadi Lelaki (MML) merupakan sebuah sekolah menengah agama arab terkemuka di Kelantan yang kini terletak di jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Sekolah ini kini berada di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan yang berpusat di Nilam Puri. Selama sekolah ini ditubuhkan, banyak kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai oleh warganya. Hasil dari kejayaan dan kecemerlangan tersebut telah menjadikan Maahad Muhammadi Lelaki menjadi semakin gah dan terkenal di setiap peringkat terutamanya dari segi kurikulum dan kokurikulum. Pendidikan multisistem atau lebih senang dikenali dengan istilah serampang dua mata yang dijalankan mempunyai misi penting dalam menghasilkan intektual berilmu agama di samping ilmu akademik yang membolehkan para pelajar berjaya di dunia dan akhirat.

Nama Maahad Muhammadi memang tidak dapat dipisahkan lagi daripada sejarah pendidikan dan penyebaran keilmuan di Kelantan khususnya dan nusantara amnya. Ia merupakan sebuah institusi pendidikan ugama yang berpengantar Bahasa Arab yang terulung dan tertua di negeri ini. Ianya telah mengeluarkan ribuan ulama', cendikiawan, negarawan, usahawan, teknokrat, penulis dan ahli-ahli politik yang matang dan berjaya. 1 April 1937 merupakan tarikh keramat bagi warga Maahad Muhammadi kerana tarikh tersebut merupakan tarikh penubuhan Maahad Muhammadi. Maahad Muhammadi ditubuhkan pada hari Khamis bersamaan 20 Muharram 1356 dengan ampuni perkenan dan titah Baginda Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Al-Sultan Muhammad IV, Al-Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darulnaim.

Selasa, April 20, 2010

Keputusan TM Liga Super 2010 : Kelantan 3 - 0 K.Lumpur









Tahniah kelantan. Walaupun berderet peluang yang terhidang, hanya 3 gol mampu dihasilkan oleh pemain Kelantan iaitu melalui 2 gol Norshahrul Idlan Talaha dan 1 gol oleh Badri Radzi. Apapun kemenangan ini melonjakkan Kelantan ke kedudukan ketiga carta liga yang hanya ketinggalan 4 mata daripada pendahulu iaitu Selangor.

Pesta Buku Kelantan 2010



26 April 2010 - 2 Mei 2010
Dewan Jubli Perak MPKB
Padang Perdana
Jalan Mahmood
Kota Bharu

9 Pagi - 10 Malam
Setiap Hari

Isnin, April 19, 2010

Villa Danialla Beach Resort



Villa Danialla Beach Resort merupakan sebuah resort percutian keluarga, korporat untuk mereka yang ingin menikmati keindahan pantai dan alam tropika.

Villa Danialla Beach Resort yang terletak di persisiran pantai Tok Bali, dalam jajahan Bachok, Kelantan mungkin menepati cita rasa kebanyakan kita, sama ada yang mementingkan keselesaan dan keseronokan, mahupun bagi mereka yang lebih memikirkan tentang perbelanjaan.

Resort yang mempunyai keluasan kira-kira 3.2 hektar (lapan ekar) ini dibina atas usaha gigih seorang usahawan wanita, Siti Hamidah Hamat. Beliau merupakan anak jati kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang.

Walaupun resort ini hanya dibuka secara rasmi untuk kunjungan umum pada bulan Mei tahun lalu, namun dengan usia tidak sampai setahun setelah pembukaannya, ia telah mempunyai empat jenis villa sebagai pilihan pengunjung yang merangkumi 38 bilik. Ini termasuklah Villa Hamat; sepuluh bilik, Villa Sarah; dua buah bilik, Villa Haflin; enam bilik dan Villa Matahari; 20 buah bilik.

Villa-villa ini dijual pada harga antara RM200 hingga RM600 untuk villa eksklusif semalam. Ia juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

TM Liga Super 2010 : Kelantan Lawan Kuala Lumpur



Sudah pasti peminat pasukan Red Warrior tidak sabar menunggu kedatangan skuad Warga Kota ke Stadium Sultan Mohd ke -IV setelah pasukan Kelantan berjaya meraih tiga mata berharga ke atas N.Sembilan malam Sabtu yang lalu. Diharap momentum kemenangan dapat diteruskan oleh barisan pemain yang akan diturunkan nanti.

Sabtu, April 17, 2010

Keputusan TM Liga Super 2010 : N.Sembilan 1 - 3 Kelantan







Tiga gol jaringan Indraputra Mahyudin, Daudsu Jamaludin dan Badhri Radzi cukup bermakna kepada skuad Red Warrior dalam misi mengutip mata penuh ke atas pasukan Negeri Sembilan di Paroi. Kemenangan pertama di tempat lawan pada musim ini selain berjaya memecahkan kebuntuan jaringan di tempat lawan diharap menjadi titik tolak kebangkitan skuad Kelantan dalam baki perlawanan Liga Super yang akan datang. Tahniah Red Warrior.

Jumaat, April 16, 2010

TM Liga Super 2010 : N.Sembilan Lawan Kelantan



Perlawanan ini diibaratkan Kelantan turun menebus maruah di atas kekalahan memalukan Kelantan di Final Piala Malaysia 2009. N.Sembilan pula turun dengan status baru " Juara Piala FA 2010" pastinya tidak mahu dimalukan Kelantan di arena sendiri. Saksikan perlawanan yang dijangka sengit ini di Stadium Paroi. Ayuh anak2 Kelantan terutamanya yang berada di Lembah Klang hadir beramai-ramai memberikan sokongan kepada pasukan Kelantan. Jagalah adab dan semangat kesukanan apabila berada di stadium kerana kita tidak mahu selamanya diingat sebagai pencetus pergaduhan.

Rabu, April 14, 2010

Patung Buddha Tidur



Umum mengetahui majoriti penduduk negeri Kelantan adalah orang Melayu yang beragama Islam selain di perintah oleh Kerajaan PAS, namun tidak ramai yang mengetahui terdapatnya sebuah patung Buddha yang terbesar di Asia Tenggara terletak di daerah Tumpat, Kelantan. Kuil ini diberi nama Wat Phothivihan yang terletak di kampung Jambu menjadi kebanggaan masyarakat berketurunan Siam di Kelantan dan Malaysia. Menariknya terdapat sebuah patung dalam keadaan tidur di dalam wat ini. selain menjadi tumpuan penganut agama Buddha, wat ini sering dikunjungi oleh pelbagai kaum untuk tujuan pelancongan.

Bukit Panau



Bukit Panau adalah salah satu tempat tarikan bagi pengunjung yang inginkan panorama permandangan indah dari puncak bukit. Dengan ketinggian 720 meter dari aras laut, sudah pasti bukit Panau menjanjikan suasana panorama indah ketika matahari terbit. Terletak kira-kira 20 km dari bandar Tanah Merah. Kedudukannya yang berada di tengah-tengah jalan yang menghubungkan Daerah Tanah Merah dan Pasir Mas ini memberikan kemudahan kepada pengunjung mengunjunginya.

Projek Limau Madu Chenulang



Projek ini telah dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan pada 8 Sya'aban 1423H bersamaan 15 Oktober 2002. Ia meliputi keluasan seluas 33.46 hektar (82.67 Ekar)
Projek Tanaman Limau madu ini dikawal selia oleh KESEDAR Wilayah Kuala Krai.

Projek Ternakan Lembu Kg Enggong



Projek D'Raja 2 Jajahan Kuala Krai disempurnakan pelancarannya oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan pada 19 Mac 2007

Ladang ternakan ini melibatkan kawasan seluas 85 ekar di atas rizab ragutan bertempat di Kampong Enggong Mukim Chenulang, Kuala Krai.

Sanggupal



Makanan ni dipanggil Sanggupal. Diperbuat daripada sagu yang digumpal bersama kacang hijau dan dimakan bersama kuah santan.

Telaga @ Perigi



Hari ni terbaca berita tentang seorang suri rumah di Pulai Chondong, Machang yang terpaksa menunggu lebih satu jam di dalam sebuah perigi yang airnya pada paras pinggang selepas dia terjun ke dalam perigi tersebut kononnya atas arahan satu suara ghaib.

Di Kelantan, terutamanya rumah-rumah kampung menggunakan perigi atau biasa dipanggil telaga. Dulu cara mengambil air dalam telaga dengan menggunakan timba tetapi sekarang dengan adanya mesin menyedut air, kerja menimba air sudah tidak dilakukan lagi.

Isnin, April 12, 2010

Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kelantan



Kompleks Belia dan Sukan pula yang juga dikenali sebagai KOMBES adalah sebuah agensi di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang menyediakan segala kemudahan untuk kegiatan sukan dan kecergasan untuk semua golongan masyarakat. Disamping itu juga kompleks ini menyediakan kemudahan dewan serbaguna, bilik kuliah, dan asrama untuk kemudahan mengadakan semnar, kursus, perhimpunan dan lain-lain aktiviti

KOMBES ini dibina pada 10 september 2005 dan mula beroperasi pada tahun 1997 sehinggga sekarang. Ianya terletak di kampung Panji yang beralamat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Panji 15200 Kota Bharu Kelantan. Keluasan tapak kompleks ialah seluas 14 ekar dan jarak dari pusat Bandar Kota Bharu adalah lebih kurang 5 km. Kos pembinaan untuk menyiapkan kompleks adalah sebanyak RM 4 juta. KOMBES ditadbir opleh seorang pengurus serta dibantu oleh 3 kakitangan lain

Kejohanan Futsal Terbuka Kok Lanas 2010.



Kelab Bola Sepak Veteran Kok Lanas dengan kerjasama Dewan Pemuda Pas Kawasan Ketereh akan menganjurkan kejohanan Futsal Terbuka Kok Lanas 2010.

Kejohanan yang dijadualkan pada 16 dan 17 April ini akan berlangsung di HTO de Futsal Kok Lanas, Pangkal Kalong.

Urusetia kejohanan, Ahmad Rokmar Abdullah berkata, kejohanan futsal ini terbuka kepada mana-mana pasukan yang berminat menyertainya.

“Pasukan yang muncul johan akan membawa pulang wang tunai RM3,000 dan seekor kambing manakala naib johan akan menerima RM2,000. Pemenang tempat ketiga dan keempat akan menerima wang tunai RM500,” katanya.

Sementara itu, bagi pasukan yang menduduki tempat kelima hingga kelapan dan tempat keempat mendapat saguhati RM200.

Menurutnya, yuran penyertaan sebanyak RM200 dikenakan bagi pasukan yang ingin menyertai kejohanan ini selama dua hari ini.

Tarikh tutup penyertaan dan cabutan undian akan dilakukan pada 14 April ini.

Sabtu, April 10, 2010

Gesek



Kotak Mancis ini dipanggil kotak gesek. Mungkin kerana cara menggunakannya dengan mengesekkan anak mancis di tepi kotak mancis menyebabkan ianya dipanggil gesek oleh orang Kelantan

Khamis, April 08, 2010

Loghat : Jentera Berat


Mesin Ngete @ Jentera Menuai


Kereta Sodok @ Jentolak


Kereta Giling @ Jentera Pengolek


Kereta Galo @ Jentera Pembajak

Pasar Tani pelancongan untuk rakyat



Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) memperkenalkan satu konsep Pasar Tani pelancongan memandangkan negeri Kelantan merupakan salah satu negeri yang banyak menghasilkan barangan kraf tangan.

"Kelantan mencatat jualan sebanyak RM2.5 juta tahun lepas dengan 17 buah pasar tani dan 1,210 peserta," Kata Pengerusi FAMA,Datuk Badruddin Amiruldin.

Beliau berkata pada tahun ini sebanyak 100 buah lagi pasar tani akan dibuka di seluruh negara termasuk enam di Kelantan yang dijangka melibatkan 4,000 peserta termasuk 250 orang siswazah.

Rabu, April 07, 2010

RM1 juta untuk pelajar cemerlang



Kerajaan Negeri akan memperuntukkan RM800,000 hingga RM1 juta bagi memberi sumbangan kepada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, inisiatif berkenaan akan diusahakan oleh pihak Kerajaan Negeri terutama bagi pelajar cemerlang bagi memberikan suntikan semangat kepada mereka.

“Ia sebagai hadiah daripada Kerajaan Negeri ini kepada anak-anak yang memperoleh keputusan cemerlang dalam akademik terutama mendapat 9A ke atas dalam SPM, 4 Prinsipal A ke atas dalam STPM dan sembilan markah tertinggi (mumtaz) ke atas bagi STAM.

Selasa, April 06, 2010

Peninju antarabangsa berentap di Kota Bharu

Satu Kejohanan Tomoi Antarabangsa TM-WBC bagi merebut Piala Diraja Kelantan akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu pada 7, 9 dan 10 April ini.

Kejohanan Tomoi Antarabangsa TM-WBC itu akan disempurnakan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra pada jam 8.30 malam 7 April ini.

Malaysia telah diberi penghormatan untuk menganjurkan kejohanan ini oleh Majlis Tinju Dunia (WBC). Pemilihan Kelantan sebagai lokasi kejohanan ini merupakan satu hadiah khusus untuk peminat tomoi di negeri ini.

Beberapa peninju tersohor daripada luar negara seperti Leonardo Montero (Brazil), Zidov Akuma (Croatia), Danny Kendrick (England), Sohanne Bergana (Perancis) akan turun beraksi pada kejohanan ini

Negara Thailand, Laos, Vietnam, Scotland, New Zealand dan Belgium turut menghantar peserta tinju terbaik masing-masing.

Pihak penganjur, Persatuan Muay Ke-lantan turut menyediakan cabutan bertuah berupa barangan elektrik sumbangan syarikat Kemudi Timur.

Isnin, April 05, 2010

Suluk Tok Selehor



Merupakan tempat beribadah atau pertapaan seorang Wali yang digelar Tok Selehor atau nama sebenarnya Abd. Rahman bin Othman. Lokasi perletakannya adalah di Tanah Perkuburan Kok Pasir yang dibuat seperti lubang kubur dimana saiznya hampir sama dengan kubur yang dibina untuk beribadat kepada Allah S.W.T.

Pondok ini didirikan pada penghujung abad ke 19. Beliau juga telah mendirikan sebuah madrasah untuk mengajar murid-muridnya. Tok Selehor seorang yang zuhud dan warak, beliau bimbang hatinya menjadi angkuh dan riak. Oleh itu, beliau membuat suatu lubang khas di antara perkuburan Kampung Selehor (berhampiran madrasah) untuk tempat "SULUK" agar beliau sentiasa ingatkan mati. Tempat tersebut masih kekal hingga ke hari ini.

Kini madrasah yang pernah beliau jadikan tempat mengajar ini telah dinaikkan taraf menjadi masjid dan kini dikenali dengan nama Masjid Tok Selehor.

Jumaat, April 02, 2010

Che Hussain Dilantik Pengarah Pelajaran Kelantan Yang Baru



Warga pendidik Kelantan menerima Pengarah Pelajaran Negeri yang baru bermula 25 Mac yang lalu apabila bekas Timbalan Pengarah Dasar, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran, Che Hussain Awang dilantik sebagai Pengarah Pelajaran Negeri yang baru menggantikan Datuk Mohd. Ghazali Ab. Rahman,yang akan berkhidmat di Kementerian Pelajaran, Putrajaya bermula 5 April ini.

"Saya pernah bertugas di sini dan saya faham apa yang diperlukan oleh warga pendidik dan pelajar di negeri ini.

"Saya juga telah berikrar hari ini untuk meneruskan kejayaan yang telah dilakar dan dicipta sebelum ini terutama sekali dalam bidang akademik," katanya ketika ditemui dalam upacara ringkas penyerahan tugas antara beliau dengan Mohd. Ghazali di sini hari ini.

Menurut Che Hussin, beliau akan meneruskan Pelan Pembangunan Pendidikan Kelantan yang akan berakhir tahun ini tanpa melakukan sebarang perubahan kerana ia telah terbukti berkesan.