Projek pembinaan Lebuh Raya Rakyat yang menghubungkan Kuala Krai ke Kota Bharu bernilai RM1.8 bilion bakal menjadi satu lagi kebanggaan kepada rakyat Kelantan. Menariknya pembiayaan kos projek itu akan turut melibatkan sumbangan wang daripada rakyat.
Majlis pecah tanah pembinaan projek lebuh raya itu disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kampung Berangan Mek Nab di Machang, 28 Mei yang lalu.
Pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu bertujuan menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.