Rabu, Mac 31, 2010

Keputusan Perlawanan Persahabatan Kelantan Lawan PKNS FC ( 1 - 1)





Kegagalan barisan hadapan Kelantan menyudahkan peluang jaringan masih lagi ketara sehinggakan pemain gantian yang bermain di posisi pertahanan yang menjaringkan gol.

Menyusur Sungai Dabong


Burung Raja Udang

Bagi pelancong yang menginginkan lawatan berkonsepkan alam semulajadi apa kata mencuba aktiviti menyusur Sungai Dabong . Bermula di pekan Kuala Krai, lawatan menyusur sungai atau 'River Cruise' ini bergerak melewati hutan hujan dara menghala ke hulu sungai hingga sampai ke pekan Dabong. Pelbagai rahsia dan keindahan hutan akan tersingkap sambil anda menikmati kecantikan hutan hujan tropika dan masyarakat yang tinggal di hulu sungai.

Anda mungkin dapat melihat hidupan liar yang jarang kelihatan. Burung raja udang, helang dan kenyalang mudah dilihat di sini serta pelbagai jenis monyet. Gajah juga pernah dilihat di kawasan ini.

Hotel Renaissance



Terletak di lokasi utama di Kota Bharu, Renaissance Kota Bharu adalah satu-satunya hotel bertaraf lima bintang di bandar ini. Beroperasi bersebelahan bangunan Kota Sri Mutiara yang menempatkan pasaraya Billion.

Jalan Temenggong



Anda gemar membeli-belah? Jika benar, pastikan anda membawa bersama sebuah beg kosong ke sini untuk mengisi barang-barang yang dibeli.

Sepanjang Jalan Temenggong di penuhi deretan kedai yang menjual barangan kraf termasuk barang perhiasan emas dan perak, kain, barangan loyang dan ukiran kayu. Semua barangan yang dijual di sini dihasilkan oleh tukang ukir tempatan.

Tapi anda perlu bersedia untuk tawar-menawar di sini untuk mendapatkan harga yang paling murah. Dan jangan lupa meninjau semua pilihan yang ada!

Selasa, Mac 30, 2010

Perlawanan Persahabatan Red Warrior 2010



Datanglah beramai-ramai menyaksikan aksi perlawanan persahabatan pasukan Kelantan menentang PKNS fc dan Perlis. Dua perlawanan ini bertujuan mengukur prestasi terkini pasukan Kelantan bagi menghadapi cabaran Pasukan Negeri Sembilan pada 17 April nanti.

Sabtu, Mac 27, 2010

Penduduk Pauh Lima gempar temui ikan Yu iras wajah manusia

Penduduk di sini gempar selepas menemui ikan Yu dipercayai mempunyai iras manusia di gerai ikan di sini, kelmarin.

Pemilik gerai berkenaan, Rosli Jusoh, 38, berkata, kejadian itu disedari apabila seorang pelanggannya yang ingin membeli ikan Yu berkenaan yang dikenali Yu Mejan dan melihat ikan tersebut mempunyai mata dan mulut seperti manusia.

“Ketika ingin menimbang ikan tersebut, pembantu saya meletakkannya dalam keadaan terbalik, dan pelanggan berkenaan terkejut dan memberitahu tidak mahu ikan berkenaan kerana seperti wajah manusia.

“Pembantu saya kemudian melihat ikan berkenaan dan ternyata dakwaan itu benar apabila ikan yang mempunyai mata di bahagian atas, turut mempunyai sepasang lagi mata di bahagian bawah perutnya,“ katanya ketika ditemui Sinar Harian di gerai ikan miliknya di sini.

Rosli berkata, ikan seberat 1.2 kilogram itu diambil dari pengkalan Tok Bali sebelum di pasarkan di gerainya yang dibuka dari jam 10 hingga 6 petang.

Katanya, ini kali pertama dai berdepan kejadian pelik itu sejak empat tahun menjalankan perniagaan berkenaan.

“Kebiasaannya ikan Yu ini dijual sebanyak RM5 sekilogram, tetapi ikan ini mungkin kami simpan buat sementara waktu, kerana tidak ada yang sanggup untuk membeli dan memakannya,“ katanya.

Jumaat, Mac 26, 2010

Hotel Grand Riverview





Hotel Grand Riverview ini sebelumnya dikenali sebagai Hotel Diamond Puteri. Terletak di tepi sungai kelantan yang memberikan pandangan yang menarik terutamanya ketika air pasang. Kedudukannya juga berhampiran dengan pusat membeli belah, bank, pejabat dan bangunan bersejarah. Hotel Grand Riverview ini diberi taraf hotel 4 bintang.

Kesedar Inn





KDSB ditubuhkan pada 18 Februari 1981 dengan jumlah pelaburan RM1.1 juta. Aktiviti utamanya adalah perhotelan dan restoran disamping berfungsi sebagai tempat latihan/kursus KESEDAR dan lain-lain agensi kerajaan dan swasta.

Aktiviti :-
* Perhotelan
* Restoran
* Pakej Seminar / Kursus
* Pakej ‘Eco-tourism’
* Pakej Pelancongan (melalui KESEDAR Travel & Tour Sdn Bhd)
* Bilik & Restoran

Terdapat 2 jenis bilik penginapan disediakan di KISB iaitu kelas Ekonomi sebanyak 32 bilik dan Kelas Eksklusif sebanyak 40 bilik. KISB juga menyediakan kemudahan 2 kelas restoran iaitu Restoran Sri Wangi bagi kelas ekslusif dan Sri Ketil untuk kelas Ekonomi.

Khamis, Mac 25, 2010

Nasi Kukus




Kini terdapat banyak kedai, restoran atau gerai yang menjual nasi kukus di Kelantan ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Pilihlah yang mana satu premis yang menjual nasi kukus dan yang pastinya nasi kukus Kelantan mempunyai rasa yang sungguh enak dan menyelerakan.

Selasa, Mac 23, 2010

Pondok Limbat



Dalam sejarah pendidikan Islam di Malaysia, Kelantan terkenal dengan perkembangan pendidikan yang melahirkan ulama berwibawa.

Kelantan dipercayai di antara negeri yang mula mewujudkan sistem pondok. Pondok pertama didirikan pada 1820 oleh Abdul Samad Abdullah (Tok Pulai Chondong), diikuti Pondok Tok Bachok (1900), Pondok Haji Abdul Malik Tumpat (1907), Pondok Haji Yusuf Pulau Ubi, Geting Tumpat (1908), Pondok Kubang Pasu Kota Bharu (1900), Pondok Sungai Budor, Pondok Kampung Banggol, Pondok Tuan Padang dan Pondok Tok Semian yang diasaskan oleh Wan Abdul Samad Mohd Salleh atau lebih dikenali Tuan Tabal.

Antara pondok yang mendapat sambutan `dan mempunyai murid yang ramai selepas 1930 ialah Pondok Terusan Pasir Tumbuh yang ditubuhkan pada 1954.

Pondok ini dinamakan Madrasah Diniah Bakriah yang juga dikenali dengan nama Pondok Terusan Limbat, Pasir Tumboh.

Ia terletak kira-kira 11 km dari Bandar Kota Bharu dan jaraknya dari jalan utama Kota Bharu-Pasir Puteh pula ialah sebanyak 1 km. Pondok ini juga berdekatan dengan perumahan Desa Darulnaim dan juga mini MRSM Pasir Tumboh.

Isnin, Mac 22, 2010

Kuliah Jumaat Tok Guru



Jika berkunjung ke bandar Kota Bharu pada pagi hari Jumaat, anda akan melihat satu hal yang menarik dimana Menteri Besar memberikan kuliah agama. Kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat masih mampu meneruskan ceramah mingguannya ( jika beliau tidak uzur )pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad, Bangunan PAS yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu. Begitulah uniknya negeri Kelantan Darul Naim.

Mydin Mall Kubang Kerian



PASAR Raya Besar Mydin yang keempat telah dirasmikan di Kubang Kerian, Kelantan. Sebelum ini tiga pasar raya besar Mydin terletak di Subang Jaya, Selangor; Terengganu dan Melaka.

Dengan pembukaan pasar raya besar ini juga, Mydin kini mempunyai 50 rangkaian pasar raya di seluruh negara. Mydin memperuntukkan RM60 juta bagi membuka pasar raya di Kubang Kerian yang terletak di kawasan seluas 135,000 kaki persegi.

Dengan pembukaan pasar raya ini juga, ia memberi peluang pekerjaan kepada 550 rakyat tempatan.

Jom Heboh Akhirnya Ke Kelantan



Penduduk negeri ini bakal merasai kemeriahan Jom Heboh kelolaan TV3 selepas kerajaan negeri memberi kebenaran kepada stesen penyiaran itu mengadakan karnival tersebut buat pertama kalinya di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, karnival yang akan berlangsung pada 26 dan 27 Mac ini telah dipersetujui dengan bersyarat termasuk tidak melibatkan penyanyi wanita.

Katanya, ia akan diadakan mengikut garis panduan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Kelantan 1998.

Jelasnya, konsep karnival berkenaan akan diubah termasuk penambahan beberapa slot aktiviti keagamaan termasuk al-Kuliah yang membabitkan ceramah agama oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

''Jom Heboh kini bukan sekadar karnival hiburan tetapi ia turut berkonsepkan kekeluargaan dan kesihatan selain penganjuran bersempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan pada 30 dan 31 Mac ini,"

Ahad, Mac 21, 2010

Penjenamaan baru pekan Rantau Panjang



Pekan Rantau Panjang yang sebelum ini terkenal sebagai pusat membeli belah di kalangan pelancong diberi penjenamaan baru iaitu sebagai kawasan yang terkenal dengan sukan berkuda.

Pengerusi Yayasan Pembangunan Rantau Panjang, Datuk Mohd Zain Ismail berkata, penjenamaan dan pengenalan kepada sukan berkuda ini di Rantau Panjang dipercayai dapat memberi satu kelainan dalam kawasan Rantau Panjang.

Menurutnya, sukan berkuda bukanlah sesuatu yang baru di kalangan masyarakat Rantau Panjang tetapi tidak mempunyai kawasan yang sesuai serta masalah lain menyebabkan sukan ini kurang diberi pendedahan.

“Kita percaya dengan adanya penganjuran sukan berkuda di kawasan Rantau Panjang dapat memberi kelainan dan pembaharuan kepada pelancong yang berkunjung di sini.

“Ini juga satu usaha untuk membawa nama Rantau Panjang sebagai sebuah pusat pelancongan yang bukan sahaja menyediakan barangan tetapi juga pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat orang luar terutamanya untuk melancong di sini,” katanya.

Jumaat, Mac 12, 2010

Keputusan TM Liga Super 2010 : Kelantan 0-0 Selangor







"Peluang berjuta tetapi telur ayam juga yang dapat". Itulah antara kata-kata rakan yang pulang dari stadium bilamana keputusan perlawanan berakhir dengan seri tanpa jaringan. Entah bila akan berakhir kebuntuan jaringan pasukan Kelantan ini.

Selasa, Mac 09, 2010

Kore



Kukur kelapa atau lebih dikenali sebagai kore di Kelantan sudah semakin jarang digunakan. Malahan generasi baru barang kali sudah tidak kenal kore. kewujudan mesin kukur kelapa yang lebih cepat dan mudah digunakan menyebabkan kore semakin dilupakan. Dahulu boleh dikatakan setiap rumah memiliki kore ini.

Ahad, Mac 07, 2010

Homestay Kampung Bukit Jering



Homestay Kampung Bukit Jering, Jeli adalah merupakan homestay yang pertama di Jajahan Jeli ini. Ia terletak di jalan utama Jeli. Kemudahan pengangkutan awam dari Bandar Jeli juga tersedia untuk kemudahan pengunjung mengunjungi Homestay Kampung Bukit Jering ini.

Kampung ini adalah merupakan perkampungan yang dibangunkan dengan tersusun dengan mengekalkan elemen tradisi masyarakat setempat. Kebanyakan penduduk asalnya adalah dari sekitar kampung-kampung di Daerah Jeli.

Segala kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, dewan, masjid dan kemudahan lain lagi ada di kampung ini. Kedudukan rumah penduduk yang tersusun dan strategik dekat dengan segala kemudahan juga membantu penduduk setempat dalam menjayakan program homestay ini.

Dan yang menjadi elemen utama Homestay Kampung Bukit Jering ini ialah keramahan dan kemesraan penduduk yang pasti akan membuatkan pengunjung berasa gembira dan selesa bila berada di kampung ini.

Untuk ke Homestay Kampung Bukit Jering ini, pengunjung bolehlah menghubungi: Puan Ramlah binti Hj. Hamat : 012-2048876 / 03-80230848 Hj. Hamat bin Mat Jaih : 019-9041774 / 09-9361241

Pusat Kraftangan Dan Pameran Orang Asli Jeli





Pusat ini terletak di Bandar Jeli bersebelahan dengan Balai Bomba Jeli. Pusat ini dikelolai oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) ia dibuka kepada orang ramai untuk datang melawat dan mengetahui dengan lebih dekat cara hidup masyarakat Orang Asli di Jeli khasnya dan Malaysia amnya. Pusat ini dibuka untuk lawatan pada hari Sabtu hingga Khamis bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Masuk percuma.

Sabtu, Mac 06, 2010

Taman Santuari Tasik Pergau



Taman Santuari, Tasik Pergau Jeli terletak di Batu 16 Jalan Raya Timur Barat. Ia merupakan taman yang terletak di sebuah pulau di Tasik Pergau yang dahulu dikenali sebagai Pulau D.O. Pulau ini telah dimajukan oleh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) pada tahun 2003 dan mula dibuka kepada pelawat pada awal tahun 2004 dan dikenali sebagai Pulau Santuari. Di sekitar Pulau Santuari ini terdapat beberapa pulau-pulau kecil.

Panorama alam dan kehidupan flora dan fauna di sekitar hutan dan perairan di Tasik Pergau dapat dinikmati sepenuhnya oleh pengunjung yang mengunjungi Pulau Santuari ini. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan di pulau ini seperti chalet terapung, dewan, musalla, tapak perkhemahan, bot dan kayak untuk disewa dan pelbagai kemudahan lain untuk keselesaan pengunjung yang mengunjungi pulau ini.

Lokasi

Terletak 32 km dari Jeli dan 98 km dari Kota Bharu. Kira-kira 30 minit perjalanan dari bandar Jeli melalui Lebuhraya Timur-Barat akan menemui papan iklan khas Tasik Pergau dan dari situ, 4 km ke hadapan adalah simpang masuk ke tarikan.

Pusat Rekreasi Taman Rehlah





Pusat Rekreasi Taman Rehlah yang terletak di pantai Bisikan Bayu merupakan pusat rekreasi yang paling awal dibangunkan di Pantai Bisikan Bayu. Pusat ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk aktiviti dalam bilik (in-door) dan luar bilik (out-door). Antaranya ialah dewan, asrama, restoran, chalet, bilik mandi, padang bola sepak pantai, hari keluarga, jungle -tracking, abseiling, flying fox dan berkayak. Bilik penginapan yang ditawarkan juga amat berpatutan.

Antara aktiviti yang dijalankan di sini ialah memancing ikan dan udang galah, berbulan madu, berkelah, berkhemah, kursus/seminar dan sebagainya.

Keputusan TM Liga Super 2010 : T-Team 0-1 Kelantan







Akhirnya kemarau gol dan kemarau kemenangan di tempat lawan terungkai sudah. Gol tunggal jaringan Azizi Mat Rose sudah cukup memberikan 3 mata penting kepada pasukan Kelantan. Tahniah

Jumaat, Mac 05, 2010

TM Liga Super 2010 : T-Team Lawan Kelantan



Malam ini pasukan Kelantan akan berentap dengan pasukan T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah, Kuala Terengganu. Diharap pada perlawanan ini pemain bola sepak Kelantan mampu memecahkan belenggu tanpa gol dan tanpa kemenangan di tempat lawan dan seterusnya membawa pulang tiga mata ke Kota Bharu. Kemenangan pada malam ini pasti membangkitkan semangat pemain dan penonton menjelang perlawanan 12 Mac nanti iaitu menentang pendahulu Liga Super 2010, Selangor di Kota Bharu.

Rabu, Mac 03, 2010

Keputusan Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Ke -2 Kelantan Lawan Balestier Khalsa FC ( 1 - 1)





Pusat Sumber Kandis



Lokasi
Terletak di Kg. Kandis kira-kira 13 km dari bandar Bachok melalui jalan tempatan D 11 ke Tok Bali. Mini Pos Kandis adalah tanda simpang masuk ke KRC sejauh 1 km melalui kawasan perkampungan Kandis dan perkuburan.

Tarikan
Diasaskan oleh Allahyarham Nik Rashiddin Nik Hussein dan ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2000. KRC banyak menyimpan khazanah seni ukiran Melayu yang berorientasikan seni langkasuka seperti batu nisan kubur, rehal, mimbar, hiasan dinding, senibina masjid dan istana daripada pengaruh pantai timur Malaysia dan Patani, Thailand yang unik dengan motif-motif tersendiri. Keunikan KRC ditambah dengan mempunyai sebuah rumah asli Terengganu yang berusia lebih daripada 100 tahun yang dijadikan galeri pameran.

Perlawanan Persahabatan Antarabangsa ke 2 (2010)



Siri perlawanan persahabatan antarabangsa kali kedua bagi pasukan Liga Super Kelantan
Malam ini menyaksijan pasukan Liga Super Kelantan akan menentang kelab Balestier Khalsa FC dari Singapura yang bakal menyajikan aksi menarik bagi kedua-dua pasukan.

Isnin, Mac 01, 2010

Joget Kelantan



Lagu Joget Kelantan dinyanyikan oleh Nora