Khamis, Mei 28, 2009

Terima Kasih

Terima Kasih FAM kerana menimbangkan rayuan KAFA untuk membenarkan pasukan Kelatan beraksi di Stadium Sultan Muhammad Ke IV. Dengan itu mohon rakyat Kelantan yang cintakan bolasepak, ayuh kita penuhkan kembali stadium dan sokonglah pasukan kita dengan semangat kesukanan yang tinggi. Kepada pasukan Kelantan, inilah masanya untuk anda memberikan persembahan terbaik dan kembali meletakkan pasukan di landasan kemenangan setiap kali turun beraksi. Selamat berjaya 'Red Warrior'

Rabu, Mei 27, 2009

Manchester United Atau Barcelona ?

Pasukan Mana Yang Bakal Menjulang

Piala Liga Juara-Juara Eropah Tahun Ini ?

VS

Akhirnya Red Warrior Menang Di Bukit Jalil

Mlm tadi pasukan Kelantan berjaya mencatat kemenangan pertama di gelanggang 'angkat' dengan menewaskan KL Plus dengan jaringan 1-0. Malam tadi juga mencatatkan bahawa pertama kali dalam saingan Liga Super 2009 Kelantan menang bersih tanpa dibolosi. Walaupun jumlah penyokong Kelantan yang semakin berkurangan dek ekoran lima kekalahan berturut-turut, namun masih ada lagi lebih kurang 300 penyokong yang terus setia memberi semangat kepada pasukan. Semangat inilah yang kita mahukan. Tidak kiralah ketika pasukan berada dipuncak prestasi mahupun ketika tengah merudum sekarang ini. Teruskan memberi sokongan kerana tanpa kita siapa lagi yang mahu menyokong pasukan kita. Tahniah Red Warrior. Teruskan kecemerlangan anda.

Isnin, Mei 25, 2009

Sedihnya Jika Kelantan Benar-Benar Tarik Diri

Mengikut berita yang aku baca dalam kosmo menyatakan bahawa team Liga Super Kelantan akan menarik diri daripada saingan Liga Super musim 2009 ini kerana tidak mampu menanggung kerugian setiap kali beraksi. Berikut petikan berita tersebut,

Presiden Kafa serba salah

PRESIDEN Persatuan Bola sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa mengakui, beliau kini serba salah berikutan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengekalkan penggantungan Stadium Sultan Mohammad Ke-IV sehingga tamat musim ini.

"Keadaan ini membuatkan saya berada di dalam keadaan serba salah dengan apa yang perlu dilakukannya tetapi saya akan berjumpa dengan semua pihak seperti pemain-pemain, pengurusan pasukan dan kelab penyokong bagi berbincang.

"Namun keputusan akhir mengenai tindakan seterusnya hanya akan diketahui pada mesyuarat Majlis Kafa yang akan diadakan pada Rabu ini," katanya kelmarin.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata antara pilihan yang mungkin terpaksa dibuat oleh Kafa adalah menarik diri daripada meneruskan baki perlawanan Liga Super.

Ia berikutan keputusan FAM yang mengekalkan hukuman penggantungan stadium itu sejak 9 April lepas kerana insiden rusuhan penyokong walaupun Kafa telah merayu sekali gus terpaksa menanggung kerugian RM30,000 setiap perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Malah ketika ditanya mengenai cadangan sesetengah pihak untuk mengajukan masalah itu terus kepada Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah, Annuar menjawab: "Adakah itu sistem yang diamalkan setiap kali masalah timbul.

"Apa yang saya tahu, kita perlu mengikut sistem yang telah ditetapkan. Jadi mengikut peraturan jika sesuatu hukuman dikenakan adalah dibenarkan membuat rayuan," katanya.

Mengenai kekalahan kali kelima berturut-turut Kelantan dalam saingan Liga Super malam kelmarin, Annuar berkata, perkara itu telah diduga.

"Kita terpaksa melakukan perjalanan jauh yang memenatkan, kadang-kadang latihan tidak dapat dibuat malah terpaksa berbelanja untuk penginapan dan sebagainya," katanya.

Annuar berkata, beliau yakin jika dibenarkan kembali bermain di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV, pemain-pemain Kelantan akan kembali bangkit dan bersemangat untuk bermain di hadapan penyokong tempatan.

Episod kekalahan naib juara Piala FA 2009 itu pada aksi Liga Super bermula awal bulan ini apabila tewas kepada Negeri Sembilan (2-0), Johor FC (2-1), Perlis (2-0), Perlis (2-1) dan KL Plus 2-1.

Sabtu, Mei 23, 2009

Kelantan Kalah Lagi

Hmmm... nampaknya tak kesampaian hajat aku nak tengok Red Warrior kembali mengutip 3 mata penuh. Malam ni KL Plus mengambil kesempatan atas kepincangan pasukan kelantan. KL Plus menang 2-0. Aku berada di stadium malam tadi. Mengikut pemerhatian aku, Pasukan Kelantan beraksi dibawah keupayaan sebenar mereka. Tidak seperti diawal musim yang mana Kelantan begitu hebat dengan pemain mengamalkan corak permainan yang pantas, bertenaga dan skil individu yang menarik. Aku agak faktor keletihan dan semangat yang sedikit luntur dek hukuman FAM yang tidak bertimbang rasa. Bayangkan betapa penatnya pemain Kelantan terpaksa berulang-alik dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur pada setiap minggu dan juga berulang alik dari K.Bharu ke gelanggang pasukan lain. Dengan sumber kewangan yang semakin menipis, apalah sangat yang mampu pengurusan pasukan untuk menjaga kebajikan pemain.Mungkin ini satu faktor pemain lemah semangat dan tidak dapat memberikan persembahan seperti yang mereka sajikan diawal musim sehingga membawa Kelantan ke pentas Final Piala FA buat kali pertama tahun ini. Aku berharap agar FAM lebih prihatin kepada persatuan dibawah naungannya. Jangan hanya suka menghukum tanpa mengkaji kesan kepada setiap hukuman yang dijatuhkan. Berubahlah wahai FAM @ Azzudin.

Jumaat, Mei 22, 2009

Aku Meluat Dengan FAM ( Tidak Adil )

FAM tidak layan Kafa




SELEPAS Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa meluahkan dilema yang dihadapi, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pula seperti enggan melayan kemelut yang dihadapi Kafa.

Kelmarin, setelah menyaksikan Kelantan tumbang buat kali keempat berturut-turut, Annuar akhirnya gagal menyembunyikan kekecewaannya sehingga mendedahkan kerugian yang ditanggung Kafa ekoran penggan- tungan Stadium Sultan Mohammad Ke-IV daripada saingan Liga Malaysia (Liga M).

Selain menanggung kerugian RM30,000 dalam setiap perlawanan ekoran terpaksa beraksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil, moral pemain pasukan dari Pantai Timur itu juga dilihat semakin merosot.

Justeru, Annuar memberitahu, Kafa mungkin terpaksa mengambil keputusan menarik diri daripada baki saingan Liga Super musim ini dan mengadakan perlawa- nan amal bagi mencari dana untuk beraksi dalam kempen Piala Malaysia, Oktober depan.

Biarpun luahan itu hanya didengar di dada akhbar, FAM bagaimanapun dilihat seperti enggan melayan kenyataan Annuar yang disifatkan badan induk itu sebagai 'luahan masalah pada saluran yang salah'.

"Kami (FAM) tidak boleh beri apa-apa reaksi kerana Annuar membuat luahan ini pada media, bukan pada FAM," kata Setia- usaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (gambar) kepada Kosmo! semalam.

"Sebagai presiden dan bekas menteri, beliau perlu tahu kita mengambil dan membuat sebarang tindakan mengikut perlembagaan yang dipersetujui oleh semua anggota gabungan.

"Saya tidak kata dia silap kerana meluahkan masalahnya di akhbar, itu hak dia tetapi semua ini sebenarnya berkaitan prinsip dan perlembagaan sebuah gabungan per- satuan, jadi dia perlu arif tentang ini," kata- nya lagi.

Azzuddin juga tidak bersetuju dengan cadangan untuk mempertimbangkan semula situasi yang menimpa Kelantan dengan alasan ia tidak mencerminkan ketegasan dan imej sebenar sesatu persatuan gabungan.

"Rayuan mereka (penggantungan Stadium Sultan Mohammad Ke-IV) telah ditolak dan itu saja yang saya boleh jelaskan," kata Azzuddin.

"Tiada lagi rayuan atau sebarang pertim- bangan akan kami buat kerana semuanya telah diputuskan berdasarkan perlembagaan. Kalau mereka nak juga buat rayuan, mereka boleh buat pada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

"Ini bukan mengenai selamatkan bola sepak negara kita tetapi berkaitan prinsip dan perlembagaan. Annuar dan Kafa sepatutnya tahu apa yang perlu dia lakukan, saya tidak akan jelaskannya," tegas Azzuddin.

Berita ni aku Sedut Dari Kosmo Online 22 Mei 09