Sabtu, Januari 30, 2010

Keputusan TM Liga Super 2010 : Kelantan 3-1 Penang

Tahniah Red Warrior







TM Liga Super 2010 : Kelantan Lawan Penang



Perlawanan Ke - 7, Penentu nasib The Red Warrior samada mampu bersaing di kelompok atas liga atau sebaliknya.

Jumaat, Januari 29, 2010

Gua Cha



Gua ini terletak kira-kira 40 km dari Bandar Gua Musang tetapi melalui jalan balak.

Tempat ini merupakan kawasan penempatan awal manusia di zaman batu kira-kira 10,000 tahun sebelum masihi.

Tempat ini juga banyak terdapat barang-barang peninggalan sejarah.

Sungai Nenggiri



Sungai Nenggiri merupakan rangkaian utama sistem saliran sungai di Jajahan Gua Musang yang menawarkan aktiviti lipur diri kepada pengunjung khususnya bagi aktiviti berkayak dan berakit selain aktiviti memancing. Ia mempunyai lebih daripada 40 buah jeram (rapid) dan amat sesuai untuk aktiviti berakit dan berkayak berteraskan eko-pelancongan.

Sungai Nenggiri dan anak sungainya menjadi sistem perhubungan utama bagi petempatan di kawasan pedalaman saperti perkampungan orang asli Pos Brooke, Pos Mering dan Pos Pulat, Kg. Kuala Jenera, Kg. Kuala Penep dan sebagainya. Antara aktiviti yang dijalankan bagi menarik pelancong ialah `Nenggiri River Cruise’ iaitu perjalanan sejauh 50 kilometer dengan menaiki bot / rakit yang bermula di pengkalan jeti Kuala Betis hingga Kg. Setar.

Selain daripada itu, pihak KESEDAR dengan kerjasama Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan dan Majlis Belia turut menganjurkan acara tahunan `Nenggiri Challenge’ iaitu acara berkayak yang melibatkan bukan sahaja peserta tempatan tetapi peserta luar negara saperti Switzerland, Thailand, Singapura dan Indonesia. Ia bermula di pengkalan jeti Gua Cha dan berakhir di Kg. Setar termasuk bermalam di Pos Pulat.





Rabu, Januari 27, 2010

SK Zainab 2 - Sekolah Berprestasi Tinggi



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengumumkan 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), membabitkan 10 sekolah berasrama penuh, empat sekolah menengah harian dan enam sekolah rendah seluruh negara.

SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa.

Sekolah Kebangsaan Zainab (2) merupakan satu- satunya sekolah yang berada di negeri Kelantan terpilih di kalangan 20 buah SBT. Sekolah ini terletak di Jalan Telipot, Kota Bharu.

Selasa, Januari 26, 2010

Keputusan TM Liga Super 2010 : Perak 0-0 Kelantan







Barisan serangan Kelantan masih lagi buntu untuk menjaringkan gol di tempat lawan.

Sabtu, Januari 23, 2010

Keputusan TM Liga Super 2010 : Kelantan 4 - 1 Johor FC









Tahniah Red Warrior. Teruskan rentak kemenangan di Ipoh pula

Jumaat, Januari 22, 2010

TM Liga Super 2010 : Kelantan Lawan Johor FC



Ayuh beramai-ramaai ke Stadium Sultan Mohd Ke IV untuk memberi sokongan padu kepada pasukan bolasepak Kelantan dalam perlawanan kelima Liga Super 2010. Kekalahan kepada Kedah tempoh hari tentunya merisaukan peminat setia The Red Warrior. Harapan peminat pada perlawanan ini Kelantan kembali bangkit dan menunjukkan permainan yang terpuji. Sekembalinya penjaga gawang tersohor , Halim Napi ke pangkuan skuad Kelantan diharap mampu memberi tonik semangat kepada setiap pemain untuk berjuang mengembalikan Kelantan ke landasan kemenangan.

Halim Napi Kembali


Kelantan membuat kejutan apabila menyenaraikan semula penjaga gol berpengalaman Halim Napi untuk menjaga gawang apabila meredah awal musim ini dengan langkah tidak menyakinkan.

Kemasukan Halim itu dilihat sebagai langkah berjaga-jaga ekoran aksi 'kurang cermat' Syed Adney ketika perlawanan menentang Kedah Selasa lalu yang menyebabkan Kelantan tewas.

Ternyata pengalaman luas Halim, 39, yang dilantik sebagai jurulatih skuad Piala Presiden dalam kancah bola Malaysia masih diperlukan dan masih sukar ditandingi.

Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, Halim yang dipanggil semula membarisi The Red Warriors dijangka turun beraksi menentang pasukan Johor FC, Sabtu ini.

"Tugasnya sebagai jurulatih akan digantikan bekas pemain Kelantan dan kebangsaan era 80-an iaitu Hamid Ramli yang pernah melatih skuad Melaka, ujarnya di sini, semalam.

Annuar menambah, bagi menghadapi Johor FC, beliau telah mengarahkan Ketua Jurulatih, B. Sathianathan, untuk menurunkan barisan terbaik pada perlawanan tersebut.

"Kelantan dijangka turun dengan formasi yang berbeza bagi mengembalikan semula moral pasukan dan penyokong setia.

"Saya melihat pertemuan ini bukanlah satu perlawanan mudah, ini kerana Johor FC adalah pasukan yang terkuat musim ini. Rekod musim lepas membuktikan bahawa kita tewas dalam kedua-dua pertemuan dalam Liga Super," jelasnya

Annuar menjelaskan, dalam pertemuan semalam, kesemua pemain telah beriikrar akan berjuang habis habisan dan dijangka akan mempamerkan persembahan lebih mantap sabtu ini.

"Indra, Farhan, Hairuddin dan S. Chanturu dijangka turun bagi mengepalai jentera serangan kelantan yang dilihat agak tumpul sebelum ini, tegasnya dalam satu kenyataan.

Beliau juga memberitahu, satu solat hajat akan dilakukan di Masjid Tuan Haji Musa, Bukit Marak Bachok, Jumaat in.

Rabu, Januari 20, 2010

Selasa, Januari 19, 2010

Keputusan TM Liga Super 2010 : Kelantan 0-1 Kedah



Kekalahan kali pertama dicatat di Stadium Sultan Mohd Ke IV. Gol hasil jaringan bekas pemain kelahiran Kelantan sendiri, Azlan Ismail memusnahkan rekod tiga perlawanan tanpa kalah dan tanpa bolos Kelantan. Ayuh Red Warrior jadikan kekalahan ini sebagai pengajaran untuk kembali bangkit selepas ini.



Isnin, Januari 18, 2010

TM Liga Super 2010 : Kelantan Lawan Kedah


Jom beramai-ramai memenuhi Stadium Sultan Mohd Ke IV untuk menyaksikan perlawanan ke 4 liga super 2010 antara skuad sang kijang bertemu sang kenari.

Mee Kg Pek



Sudah banyak cawangan mee Kg Pek yang wujud di negeri Kelantan ini tetapi kalau hendak merasai yang asal kenalah pergi ke kampung Pek yang terletak di Restoran Haji Ramli Batu 32 Kg Pek dalam daerah Machang. Restoran ini mudah dikunjungi kerana terletak di sebelah tepi kanan jalan menghala ke Kuala Krai.

Seni Silat Cantik


Seni silat merupakan salah satu khazanah bangsa Melayu yang masih wujud hingga kini. Jika dikaji terdapat beratus-ratus jenis aliran seni silat di Negara ini. Masing-masing mempunyai nama yang unik dan gaya persilatan yang hebat. Namun tahukah anda bahawa di negeri cik siti wan kembang ini juga terdapat sejenis seni silat yang amat cantik dan menarik.
Seni silat yang dimaksudkan itu ialah Seni Silat Cantik atau Silat Jatuh. Ianya menjadi sangat unik kerana hanya dapat dilihat dan dipelajari di negeri ini sahaja dan ia amat terkenal di negeri Kelantan. Namun asal usulnya masih belum diketahui dengan jelas kerana tidak ada sejarah bertulis mengenainya.
Seni silat ini mengabungkan keindahan gaya gerakan tari silat dan juga kehebatan pesilat menewaskan lawannya. Diawal pembelajaran, murid-muird akan diajar cara bertari silat dengan baik terlebih dahulu. Apabila tari sudah kemas dan cantik, diajar pula cara bertapang (tapak empat). Ia adalah cara bertari sambil melangkah dalam 4 penjuru. Setelah boleh bertari dan bertapang barulah diajar cara berlawan(bergomol). Didalam silat ini tujuan bertarung adalah untuk menjatuhkan pihak lawan. Teknik-teknik seperti tumbukan dan tendangan adalah dilarang sama sekali. Ia hanya menggunakan kebijaksanaan pesilat untuk menjatuhkan lawan mereka. Jika dilihat secara kasar ianya sama seperti seni bela diri dari jepun seperti sumo dan judo.
Silat cantik biasanya diajar di dalam bangsal yang berdekatan dengan rumah guru yang mengajar. Tempoh belajarnya pula biasanya 2-3 bulan sahaja, namun jika anak murid ingin terus menambah ilmu boleh datang berjumpa guru untuk belajar. Yang uniknya juga tentang silat ini, ia juga turut dipertandingkan. Biasanya ia diadakan apabila ada acara tomoi dilangsungkan. Pesilat akan berlawan diatas gelanggang yang sama digunakan oleh ahli tomoi. Ia secara glamornye disebut stage oleh orang-orang Kelantan. Silat cantik juga banyak dipersembahkan di majlis-majlis perkahwinan dan juga dalam upacara menyambut orang-orang kenamaan di Kelantan. Biasanya ketika majlis perkahwinan permainan silat ini kelihatan agak nakal dan lucu kerana bertujuan untuk menghiburkan tetamu yang hadir.

Sumber : http://www.kelantandarulnaim.com

Khamis, Januari 14, 2010

Pasar Gok Kapor



Nama Pasar Gok Kapor diambil sempena kegiatan pembuatan kapur di kawasan berkenaan dari dahulu dan masih wujud sehingga sekarang.

Pasar Gok Kapor dahulunya terletak dihadapan lorong masuk ke Kampung Gok Kapor yang menuju ke sungai di mana terdapatnya pengkalan pengakutan sungai yang membawa penumpang ke seberang iaitu Kg. Palekbang dan Kg. Laut.

Terletak 2 km dari bandar Kota Bharu dan keistimewaan Pasar Gok Kapor kerana makan laut serta ikan segar boleh didapati di sini dengan harga yang berpatutan serta kuih muih tradisional yang enak.

Rabu, Januari 13, 2010

Keputusan TM Liga Super 2010 : Kelantan 3-0 Johor

Tahniah Red Warrior.







Pantai Cahaya Bulan



Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan, Malaysia. Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941.

Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ini pada masa Perang Dunia Ke II.

Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih suka merujuk kepada pantai ini sebagai PCB.



Persisiran pantai ini adalah sejauh 1.2 km. Pantai ini terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang jernih. Deretan pokok ru dan pokok kelapa pula menambahkan lagi kecantikan pantai ini. Oleh itu Pantai Cahaya Bulan telah menjadi tempat perkelahan yang popular dikalangan keluarga-keluarga tempatan, khususnya pada hujung minggu.



Pantai ini lengkap dengan kemudahan untuk para pengunjung, terdapat pilihan hotel, chalet seperti PCB Resort, Perdana Resort dan kawasan perkhemahan, kedai serta gerai makannan laut dan tandas awam.



Perusahaan Keropok



Terletak di Kg. Kedai Buluh iaitu pertengahan jalan menuju ke Pantai Cahaya Bulan serta berada kira-kira 7 km dari Bandar Kota Bharu.

Kegiatan pemprosesan keropok di sini sudah lama bermula maka bersesuaian dengan aktiviti penduduk di kawasan ini ialah nelayan. Ianya memudahkan lagi bekalan ikan bagi kerja pemprosesan keropok.

Keistimewaan keropok di kawasan ini kerana keenakannya kerana ikan yang segar sahaja di gunakan sebagai salah satu ramuan membuatnya serta pelbagai jenis keropok boleh didapati serta harga yang berpatutan.

Ciri tradisional masih dikekalkan iaitu dengan menggunakan kayu api sebagai bahan bakar bagi merebus adunan keropok yang telah siap menambahkan aroma keropok.

Memorial Perang Dunia Pertama


Merupakan mercu tanda bersejarah di Bandar Kota Bharu. Nama asalnya Padang Bank dan ianya telah diberi nama Padang Merdeka sempena kemerdekaan Negara yang telah dicapai pada tahun 1957. Pengunjung-pengunjung akan dapat melihat Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama yang memberi perhargaan kepada wira-wira tempatan yang telah terkorban.

Padang Merdeka juga adalah tapak di mana mayat Pahlawan Melayu Tok Janggut, pernah digantung. Hari ini Padang Merdeka adalah lokasi bagi acara-aara perarakan dan upacara-upacara rasmi.

Muzium Kraftangan



Muzium Kraftangan (Balai Getam Guri) terletak dalam Kornpleks Kampung Kraftangan. Bangunan muzium ini adalah sebahagian daripada bangunan Kampung Kraftangan yang diperuntukan kepada Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan dijadikan Muzium Kraftangan. Keluasannya ialah 5 1.52 meter persegi dan 9.39 meter lebar. Muzium ini terletak di pusat bandar Kota Bharu, dalam kawasan Zon Budaya, Bangunan ini juga letaknya berhampiran dengan 'Pasar Buluh Kubu " yang terkenal itu. Perjalanan dari Muzium Kraftangan ke pusat bandar Kota, Bharu adalah lebih kurang 0.5 kilometer.

Bangunan Muzium Kraftangan ini terletak di sebelah Jalan Hilir Kota, iaitu bersebelahan dengan Istana Balai Besar, di hadapannya Muzium Diraja (Istana Batu) dan dibelakangnya terdapat stesen Bas Mini kepunyaan Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK).

Latarbelakang
Tapak bangunan asalnya kepunyaan Duli Yang Maha Mulia, AI- Sultan Kelantan. Kawasan ini dahulunya dipenuhi dengan rumah-rumah setinggan kemudian dibersihkan untuk dijadikan taman permainan kanak-kanak. Bangunan ini telah dibina pada 9 Mac 1991 dan kemudiannya dikenali sebagai Kampung Kraftangan

Istana Batu ( Muzium Diraja )


Muzium DiRaja (Istana Batu) ini terletak dalam pusat bandar Kota Bharu. Muzium ini amat bersejarah dan menjadi tarikan para pelancong, penyelidik dan juga penduduk tempatan untuk mengenali lebih dekat lagi tentang keluarga DiRaja. Istana ini terletak di Jalan Hilir Kota iaitu berhampiran dengan Istana Balai Besar, Muzium Kraftangan manakala bahagian belakang pula adalah Masjid Muhammadi (Masjid Negeri). Kawasan ini dikenali Zon Budaya yang meliputi bangunan-bangunan bersejarah yang lain.

Perhubungan dengan pusat bandar juga amat mudah dan berhampiran dengan pusat membeli belah iaitu Pasar Besar dan Bazar Buluh Kubu.
Dibina pada tahun 1939 dalam pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail I sebagai hadiah perkahwinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Marhum Sultan Yahya Petra dan Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Zainab II.

Istana ini diperbuat daripada Kayu Merbau Berdarah yang telah dikumpul daripada seluruh negeri Kelantan selama 3 tahun. Kseluruhan reka bentuk bangunan ini direka oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail I sendiri.

Menjadi kediaman Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Marhum Sultan Yahya Petra sehingga tahun 1960, kediaman YBM. Dato' Tengku Salwani bt Sultan Yahya Petra sehingga tahun 1969.

Tempat bersemayam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra sebagai Tengku Mahkota sehingga tahun 1972.

Pada 25 Julai 1991, Istana Batu dijadikan Muzium Diraja dan telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra ibni Al Marhum Sultan Yahya Petra bersempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang ke-41.

Muzium Negeri


Muzium Negeri telah dirasmikan pembukaannya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan pada 6 Ogos 1990. Muzium Negeri terletak bersebelahan Bulatan (Medan) Tuan Padang dalam kompleks bangunan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu. Dalam kompleks yang sama juga terletak Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (T.I.C.).

Latar belakang
Bangunan Muzium Negeri Kelantan adalah sebuah bangunan batu. Sebelum dijadikan Muzium ianya merupakan pejabat bagi Majlis Perbandaran Kota Bharu. Bangunan tersebut telah dibaikpulih dan dibuat beberapa perubahan sesuai dengan sebuah Muzium.

Tahun 1988
Bahagian dalam bangunan Muzium ini juga telah diubah dengan menambah setengah tingkat lagi dan menyediakan ruang-ruang untuk membahagikan aliran cerita yang ditetapkan bagi Muzium ini. Aliran pameran Muzium negeri ini adalah seperti berikut. Ruang awalnya mempamerkan sejarah negeri Kelantan semenjak awal hingga kepada era moden. Pada bahagian setengah tingkat di atas pula diadakan pameran mengenai Seni Budaya Negeri Kelantan; termasuklah peralatan permainan wayang kulit, rebana ubi, makyong, menora dan lain-lain. Pada bahagian bawah bangunan pula, selain daripada ditampilkan Sejarah Negeri Kelantan ditempatkan juga pejabat am Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Pejabat Pengarah Muzium dan lain-lain bahagian.

TM Liga Super 2010 : Kelantan Lawan Johor

Isnin, Januari 11, 2010

Nasi Berlauk


Nasi berlauk memang makanan ‘wajib’ kebanyakan penduduk tempatan di Kelantan, terutama untuk makan pagi. Nasi berlauk dihidangkan bersama dengan gulai ayam atau gulai ikan "aya"

Restoran Nasi Ulam Cikgu



RESTORAN Nasi Ulam Kampung Kraftangan (RNUKK) mungkin kelihatan sama seperti lain-lain kedai makan di Kota Bharu. Tetapi sebenarnya ia mempunyai daya tarikan tersendiri.

Menjamu selera di sini melengkapkan kunjungan anda ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Mengapa? Di sinilah lokasi sesuai bagi mereka yang ingin menikmati hidangan sebenar selera orang Kelantan. Walaupun menunya ringkas, tetapi ia mencabar selera sesiapa sahaja termasuk mereka yang pertama kali ke negeri ini.

Terletak di dalam kompleks Kampung Kraftangan berdekatan Dataran Padang Merdeka (letaknya rehal gergasi yang menjadi mercu tanda pelancongan di negeri ini), RNUKK tidak sukar dijejaki.



Dikenali juga dengan nama Kedai Cikgu Nasi Ulam sempena nama pemiliknya, Cikgu Hamid Idris, 58, RNUKK mula beroperasi di sini sejak enam tahun lalu. Sehingga kini, ia kekal sebagai antara daya tarikan pengunjung ke Kompleks Kraftangan dan kawasan tumpuan sekitarnya.