Isnin, Februari 15, 2010

Roti Canai Red Warrior

SEORANG peniaga roti canai yang juga peminat pasukan Kelantan, Mohd. Ramli Abdul Rahman, 41, menjual roti canai Red Warriors di gerai makannya di pekarangan Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu.

Gerai makan Mohd. Ramli yang mesra dengan panggilan 'Abang Ya' popular dengan roti canai cotek dan roti tisu.

Sebagai tanda sokongan kepada pasukan kesayangannya itu, Mohd. Ramli menjual roti canai cotek dan roti tisu berwarna merah untuk dinikmati pelanggannya.

"Saya menggunakan pewarna sirap untuk menjadikan tepung gadung yang diadun untuk membuat roti canai berwana merah," katanya ketika ditemui semalam.

Malah beliau juga memakai jersi The Red Warriors ketika menyediakan roti canai tersebut manakala isterinya, Norizan Abd. Rahman, 38, yang membantunya berniaga juga memakai berwarna merah.

Mohd. Ramli yang telah berniaga di pekarangan stadium itu berkata, harga roti canai 'Red Warriors' sama dengan roti canai biasa.

Katanya, roti canai cotek dijual dengan harga 1.50 sekeping manakala roti tisu pula pada harga RM1.

KOSMO 16/2/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan