Rabu, Ogos 12, 2009

Kertok



KELANTAN yang mendapat jolokan nama negeri Cik Siti Wan Kembang ialah sebuah negeri yang kaya dengan alat-alat muzik tradisional.
Antara yang tersohor ialah gendang, rebana ubi, kertok, gong, serunai dan rebab.
Mungkin ramai yang tidak mengenali kertok. Ia merupakan sejenis alat muzik tradisional yang diperbuat daripada kayu merbau yang menggunakan alat palu untuk mengetuk belira. Belira adalah sejenis kayu yang diletak di atas lubang kertok untuk menghasilkan bunyi.
Penggunaan kayu yang baik untuk menghasilkan belira dikatakan mempengaruhi bunyi yang dihasilkan selain pengalaman pemain muzik itu sendiri.
Alat muzik tradisional ini pada asalnya diperbuat daripada buah kelapa sebelum ditukar kepada kayu merbau.
Pada zaman dahulu, kertok digunakan oleh golongan tertentu untuk memanggil penduduk kampung atau orang ramai supaya berkumpul sebelum menyampaikan sesuatu berita atau pengumuman penting.

( Semakin ramai anak muda bermain kertok, sejenis alat muzik tradisional yang diperbuat daripada kayu merbau )

Selain itu, kertok juga digunakan dalam pertandingan yang disertai penduduk kampung terutama selepas musim menuai padi. Lazimnya, pertandingan tersebut diadakan pada waktu malam.
Dalam pertandingan kertok pula, setiap pasukan mempunyai enam set kertok dengan 12 pemain alat muzik iaitu dua orang bagi satu kertok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan