Rabu, Ogos 12, 2009

Etok


Etok ialah sejenis hidupan air seperti kerang yang mendiami kawasan muara dan sungai berpasir. Bentuknya kecil dan berwarna kuning gelap serta hitam. Etok salai amat digemari di kelantan. Selain disalai, etok juga boleh dimasak sup bersama batang serai. Etok salai sedap dimakan begitu saja..isinya yang lemak masin dan manis menjadikannya digemari ramai.
Etok salai biasanya boleh dibeli di gerai tepi jalan Kampung Kota ( berhampiran RTM ) Etok ini dibungkus (kelongsong) dengan kertas surat khabar dan dijual biasanya RM 2 (harga tidak tetap) setiap satu. Untuk memakannya pula kita perlu membuka cengkerangnya terlebih dahulu dengan cara menggigit ataupun dengan menggunakan pisau.
Memakan etok tanpa menghisap air isinya tidak memberi kepuasan, kerana pada air isinyalah menjelaskan kelazatan etok.

2 ulasan:

  1. Ohh...lama nyerrrr tak makan etok... sedap tu makan dengan lakso :)

    BalasPadam
  2. Lamo sangat doh dok makan etok ni...terliurlah pulok!

    BalasPadam