LATAR BELAKANG PASIR MAS
Pasir Mas merupakan satu daripada 10 jajahan di Negeri Kelantan terletak di bahagian utara Negeri Kelantan, bersempadan dengan jajahan Tumpat di sebelah Utara, Tanah Merah di sebelah selatan, Sungai Kelantan dan jajahan Kota Bharu di sebelah Timur dan Jajahan Sungai Golok, Thailand di sebelah Barat.
Mengikut sejarah kewujudan Pasir Mas, sebuah penempatan telah dibuka oleh Che Leh Ismail atau lebih dikenali sebagai Che Leh Tok Pendekar. Beliau telah dipaksa ke Pasir Mas setelah tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan bagi tujuan membina istana. Pada masa itu, terdapat seorang guru agama dari Bachok, datang untuk mengajar kelas keagamaan di Pasir Mas.
Guru agama itu kemudiannya pulang semula ke Bachok setelah selesai mengajar tetapi selang beberapa hari setelah kepulangan guru itu, secara tiba-tiba muncul 3 biji mangkuk emas dari dalam semak. Mangkuk ini kemudiannya berpusing membentuk pusar di sekitar semak dan secara tidak langsung, penduduk yang melihat kejadian itu menjerit ‘Mas! Mas!’. Perkataan pasir terbit kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing sungai Kelantan, terdapat beberapa longgokkan pasir sehingga membentuk padang yang luas. Pasir Mas adalah cantuman dari perkataan Pasir dan Mas.
Selasa, Julai 21, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Terlalu samar dan langka cerita ini.Apa yg saya ketahui ialah nama pasir mas ujud dari keadaan atau kedapatan pasir di sungai yg berkilauan bila panas terik mentari.Bila ini menyerlah lagi bila musim kemarau di mana sungai jadi cetek dan pasir timbul. Tentang siapa yg membuka itu tidak pasti tetapi sudah lama. Ketamadunan penduduk pasir mas dgn kota bharu lebih kurang..malah setara dan lagi lebih genuine.. lloni smache
BalasPadam