Selasa, November 24, 2009
MRSM Pengkalan Chepa
Pada tahun 1972, Kerajaan Kelantan telah bermurah hati untuk membenarkan MRSM kedua dibina di tapak seluas 17 ekar di Pengkalan Chepa. Di bandar kecil ini, di tapak kering yang berpasir serta berbekalkan sederet bangunan papan sebagai bilik darjah, sederet lagi untuk makmal dan dihiasi pula dengan dengan sederet pokok kecil yang cantik sebagai asrama maka lahirlah satu nama gah dalam senarai institusi pendidikan tanahair, MRSM Kota Bharu.
Berpegang kepada motto 'Berdisplin, Berilmu, Beramal' serta dengan azam kental digenggam, dengan harapan sejuta janji maka menapaklah 149 orang putera dari segenap pelosok tanah air bersama 20 orang kakitangan menjadi penghuni pertama MRSM Kota Bharu iaitu pada pertengahan bulan Januari 1973, tarikh keramat MRSM Kota Bharu bersama pelajar sulungnya.
Konsep utama MRSM iaitu pendidikan sains dan teknologi diketengahkan, ketakwaan dijana dan keusahawanan disemai.Pelajar-pelajar MRSM ini seterusnya dicanai agar menjadi pelajar serba boleh, berjiwa patriotik, kental dan mampu bersaing pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada.
Pada tahun 1975, dalam masa 2 tahun sahaja persekitaran lopak,kusam berlubang dan berbukit bukau pasir, telah berubah wajah apabila bangunan-bangunan bata merah kukuh dan tersergam indah siap dibina. Pada ketika itu ia merupakan mercu tanda yang membanggakan pekan Pengkalan Chepa. Pada 12 Ogos 1975, MRSM ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Ke Bawah DYMM Al Sultan Yahya Petra D.K,S.P.M.K. Dengan itu bermulalah imej MRSM PC dengan bangunan merah batanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan