Sabtu, November 14, 2009

Maahad Muhammadi


Maahad Muhammadi merupakan sebuah Sekolah Agama Negeri (SAN) milik kerajaan negeri Kelantan dan dikelolakan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK). Maahad Muhammadi telah melahirkan ramai ulama di seantero Malaysia.


Sejarah

Nama Maahad Muhammadi memang tidak dapat dipisahkan lagi daripada sejarah pendidikan dan penyebaran keilmuan di Kelantan khususnya dan nusantara amnya. Ia merupakan sebuah institusi pendidikan ugama yang berpengantar Bahasa Arab yang terulung dan tertua di negeri ini. Ianya telah mengeluarkan ribuan ulama', cendikiawan, negarawan, usahawan, teknokrat, penulis dan ahli-ahli politik yang matang dan berjaya. 1 April 1937 merupakan tarikh keramat bagi warga Maahad Muhammadi kerana tarikh tersebut merupakan tarikh penubuhan Maahad Muhammadi. Maahad Muhammadi ditubuhkan pada hari Khamis bersamaan 20 Muharram 1356 dengan ampuni perkenan dan titah Baginda Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Al-Sultan Muhammad IV, Al-Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darulnaim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan