Kuih lompat tikam merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih lompat tikam mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan tepung yang biasanya bewarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang bewarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air nisan atau gula kabung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan