Khamis, Mac 31, 2011

Kupik Hangit



SATU pagi di pejabat sebuah syarikat ....

Din: Staf semua tengah buat collection ni, bagilah sikit.

Lan: Collection? Siapa meninggal?
Din: Sara ….

Lan: Sara?? ... Sara Ismail, budak comel yang jaga sistem IT tu ke? Isy! ... macam tak percaya pulak, baru dua tiga hari lepas aku jumpa dia … dia tolong tengok komputer aku yang buat hal. Innalillah … sakit apa? Bila simpan??

Din: Innalillah?? Eh! Siapa pulak yang meninggal dunia? Aku tak tau pun!!

Lan: Siapa pulak lagi ... Sara lah!! Kan ke kau yang buat collection?!
Din: Bila pulak aku ada cakap dia meninggal dunia?!

Lan: Yang kau buat collection ni untuk apa?

Din: Bukan meninggal dunia ….

Lan: Bukan? Bukan mati le yek?! Boleh pulak mati ni jadi tak jadi?! Isy!! Pelik betul, tadi mula-mula kata mati, sekarang dah tak jadi mati pulak.

Din: He he he ....

Lan: Eh! Ketawa pulak dia … ni perkara serius tau! Perkara hidup mati ni bukan boleh buat main-main!!

Din: Bukan meninggal dunia, tapi meninggalkan kita kat sini ... dia berhenti, … berhenti kerja!!

Lan: Berhenti?! Laa …. Siapalah pulak nanti nak tolong kita bila komputer dan sistem buat hal, dia ni senang berkira, tak banyak songeh. Dia nak kawin ke? Siapalah lelaki bertuah yang dapat dia tu?! Dah le comel, lawa, baik pulak tu … hmmm.

Din: Dia dapat kerja lain … bukan kahwin!!

Lan: Oooo … apat kerja lain. Alhamdulillah … ada lagi peluang aku, hehehhe .…

Din: Dapat kerja kerajaan, untung le di …. Dapat tetap, ada pencen!

Lan: Tu la …. Bos kita ni kupik hangik!!

Din: Eh! Lan …. Mana kau tau kopik dia hangit? Kau pernah cium ke? Kau ada skandal dengan dia yek?

Lan: Eh! Kau jangan tuduh aku yang bukan-bukan … kang biru biji mata tu aku kerjakan!!

Din: Kau yang kata kopik dia hangit……kalau kau tak pernah cium, macam mana kau tau?

Lan: Bukan kopiklah!! Kau ni mencarut aje yang kau tau! Aku kata kupik hangik!

Din: Kupik hangik? Apa tu? Bukan bau kopik ke?

Lan: Orang kampung aku kata kupik hangit … orang macam bos kita ni la, kedekut ya amat!

Din: hahaha .... Orang kedekut ke? Laa … apa tak cakap dari awal. Aku ingatkan bos kita tu kekasih gelap kau tadi. Hehehe ….

Lan: Dia ni memang kupik hangit, tu pasal ramai pekerja tak boleh lama kerja sini, gaji dah le kecil, overtime tak ada … perubatan pun tak ada!! Aku pun kalau dapat peluang lain … memang cabut punya!

Din: Masa aku minta sumbangan untuk jamuan perpisahan Sara ni kat dia tadi … kau tau berapa dia bagi?!

Lan: Kau tak bagi tau ... macam mana aku nak tau!

Din: Dia boleh dengan selambanya bagi sepuluh hengget je!! Macam tak percaya aku ….

Lan: Sepuluh hengget? Hahahaha …. Memang sesuailah kita panggil kupik hangik! Hehehhe ….

Din: Eh! Kau ni pulak macam mana?

Lan: Apa yang macam mana?

Din: Buat-buat tak tau pulak … sumbanganlah, nak buat jamuan perpisahan nih! Bagilah sikit … boleh buat makan-makan sikit dan beli hadiah untuk dia.

Lan: Nah ….

Din: Haik!! Sepuluh hengget je??

Lan: Itu yang ada … hujung bulan!!

Din: Huh!! Kupik hangik jugok!!


Glosari

Kupik hangik (dialek Kelantan) - kedekut, sangat kedekut
Kopik (dialek Perak) - buah dada
Hengget (slanga) - ringgit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan