Sabtu, Mac 05, 2011

Karnival Volkswagen terbesar Pantai Timur April ini



Kelab Volkswagen Klasik Kelantan akan menganjurkan Karnival Kereta Volkswagen dan Kereta Klasik yang disifatkan terbesar di Pantai Timur pada 1 April ini.

Pengerusi kelab itu, Ahamad Jusoh berkata, karnival selama dua hari itu akan berlangsung di pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV di sini.

Beliau berkata, sebanyak 100 buah kenderaan jenama Volkswagen pelbagai bentuk dijangka menyertai karnival tersebut.

"Karnival itu dijangka turut menarik penyertaan pemilik kereta Volkswagen dari Brunei, Singapura dan Thailand.

"Kelab Kereta Klasik dari Thailand telah bersetuju untuk membawa kira-kira 40 buah Volkswagen klasik termasuk jenis limousin pada karnival tersebut," katanya sempena pelancaran kain rentang karnival itu di kawasan Istana Balai Besar di sini semalam.

Ahamad berkata, sekiranya mendapat penyertaan lebih 400 buah kenderaan, pihaknya bercadang menyenaraikan karnival tersebut dalam Malaysia Book of Records.

Beliau berkata, sebelum ini, ahli-ahli kelab sering menyertai pelbagai karnival di dalam dan luar negara.

"Sudah sampai masanya, karnival itu diadakan di Kota Bharu bagi memberi peluang kepada orang ramai melihat kereta klasik yang dikeluarkan seawal 1900," katanya.

Katanya, mereka yang berminat menyertai karnival itu boleh mendaftar melalui laman sesawang kelab iaitu clubcarvolkswagen@yahoo.com atau hubungi talian 010-9299422 untuk maklumat lanjut.

1 ulasan:

  1. nama event ini overrated! karnival vw ASEAN, tapi tak ada nampak kereta dari s'pura. dari dalam m'sia pon tak seberapa.

    dari selatan saya rasa tak sampai 4 biji. dari KL tak sampai 8.

    lain2 semua dari kelatan. Thailand ada lah 3? 4?.

    tak patut guna nama Karnival VW ASEAN. pakai Karnival VW Pantai Timur lagi cantik.

    sangat overrated.

    terus terang saya agak keciwa setelah sampai. sebab sebelom pergi saya letak "high expectation" sebab nama ASEAN.

    hanya pendapat pribadi.

    BalasPadam