Selasa, Ogos 24, 2010

Tarawih di pekarangan stadium



Setiap kali tibanya Ramadan, suatu pemandangan yang berbeza dapat dilihat sekitar pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV dekat sini.

Sebaik sahaja kedengaran laungan azan, umat Islam akan mula memasuki khemah yang disediakan di pekarangan stadium untuk menunaikan solat isyak, seterusnya solat sunat tarawih

Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Ropien Hasan berkata, apa yang dilakukan oleh pihaknya adalah hasil cetusan idea Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 17 tahun lalu.

Katanya, Menteri Besar sebenarnya terkesan dengan pengalaman yang beliau alami sendiri semasa melawat Sudan di mana umat Islam di sana bersembahyang di tempat terbuka sebaik tiba waktu solat, tidak kira di mana mereka berada sama ada di celah-celah kebun atau di tepi jalan.

"Sebab itu beliau mulakan Qaryah Ramadan pada 1993 dahulu di tengah bandar berhampiran stesen bas dengan mendirikan khemah-khemah terbuka untuk solat supaya rakyat sedar kewajipan bersolat tidak kira di mana berada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan