Rabu, Ogos 25, 2010

Loghat : Dok Rok



KAMAL dan Ali adalah rakan sebilik di asrama di sebuah IPTA. Mereka pelajar tahun pertama yang baru beberapa minggu mendaftar. Kedua-dua mereka berasal dari negeri yang berlainan. Pada satu petang...

Kamal: Penat betullah!

KAMAL dan Ali adalah rakan sebilik di asrama di sebuah IPTA. Mereka pelajar tahun pertama yang baru beberapa minggu mendaftar. Kedua-dua mereka berasal dari negeri yang berlainan. Pada satu petang...

Kamal: Penat betullah!
Ali: Penat?
Kamal: Ha laa ... penat, sibuk sangat dengan aktiviti.

Ali: Tu lah, aku ingat belajar kat universiti ni rileks je, rupa-rupanya banyak sangat aktiviti kokurikulumnya, mana nak studi lagi, tugasan lagi, rasa tak cukup dua puluh empat jam sehari. Sepatutnya sehari ada tiga puluh jam!

Kamal: Ha! Ha! Ha! Merepeklah mu ni ....

Ali: Yalah! Kalau dah sibuk sangat macam sekarang ni, tak cukup masa nak buat semua kerja.
Kamal: Hari Sabtu macam ni aku ingat boleh nak bermalas-malasan dalam bilik, rupanya kena pergi latihan juga kat pusat kebudayaan.

Ali: Latihan apa?

Kamal: Latihan nyanyi lagu asli .... ada show dua minggu lagi!

Ali: Rajin betul kau beraktiviti seni ni , ya?!

Kamal: Dah jiwa aku macam tu ....

Ali: Selalunya orang Kelantan tak minat sangat lagu asli ni ... dikir barat aje.

Kamal: Aku lain, dikir barat tu memang minat ... aku masuk juga tapi, nak cuba lagu asli pulak. Masa audition dulu tu dapat pulak, ni yang tengah latihan sungguh-sungguh ni ....

Ali: Eh! Malam ni kau pergi tak?

Kamal: Ke mana pulak?

Ali: Ala ... program persatuan Mahasiswa Islam tu!

Kamal: Ooo ... forum perdana tu ya?!

Ali: Ha! La ....

Kamal: Tengoklah dulu ....

Ali: Tengok apa pulak?

Kamal: Yalah, tengoklah keadaan dulu ... kalau rok, aku pergilah!

Ali: Tak sangka orang peminat seni tradisi macam kau ni minat lagu rock juga.

Kamal: Tak minatlah! Aku minat lagi pop dengan sentimental je ... dan lagu asli. Ha, lagu asli ni memang yang paling aku minatlah, tu sebab aku masuk kelab kebudayaan tu ....

Ali: Kalau tak minat, takkan masa forum perdana pun kau nak tengok konsert rock?

Kamal: Bila pulak aku nak tengok konsert rock? Seumur hidup aku, tak pernah aku pergi konsert rock, tau?!

Ali: Hai! Tadi kan ke kau sendiri yang cakap, kau akan pergi tengok forum perdana tu kalau ada lagu rock! Itu kira nak tengok konsert rock le tu!

Kamal: Mu ni merapulah Li, mana ada aku cakap macam tu. Aku cakap tadi tu, kalau rok, aku gi ... kalau dok rok, macam mana nak gi ....

Ali: Memanglah tak rock!

Kamal: Eh! Mana mu tau aku rok ke idak?

Ali: Apalah kau ni? Memanglah tak ada rock, kalau nasyid tu mungkinlah ada kut, tapi itupun aku tak jamin ada!

Kamal: Nasyid?

Ali: Ha la ... dah namanya pun forum perdana, takkan ada nyanyi rock pulak.

Kamal: Laa .... mu ni tak faham-fahamlah! Kan aku dah kata, bukan lagu rock tapi badan ....

Ali: Badan?

Kamal: Ha, la ... kalau badan rok gi, kalau badan dok rok ... aku tak pergilah!

Ali: Nak berpakaian ala rock pulak ke? Tak boleh! Tak sesuai langsung, kau kena pakai baju Melayu!

Kamal: Pakai rock apa pulak ni? Aku cakap rok, bukan rock! Kalau rok aku pergi!

Ali: Rok???

GLOSARI: Dialek Kelantan

* Rok - berdaya, larat, lalu.
* Dok rok - tidak berdaya, tidak larat, tidak lalu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan