Rabu, Januari 27, 2010

SK Zainab 2 - Sekolah Berprestasi Tinggi



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengumumkan 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), membabitkan 10 sekolah berasrama penuh, empat sekolah menengah harian dan enam sekolah rendah seluruh negara.

SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa.

Sekolah Kebangsaan Zainab (2) merupakan satu- satunya sekolah yang berada di negeri Kelantan terpilih di kalangan 20 buah SBT. Sekolah ini terletak di Jalan Telipot, Kota Bharu.

3 ulasan:

  1. sharifah syafina25 November 2010 4:15 PG

    wow.... it's my school...

    BalasPadam
  2. kami nk buat lawatan kerja ke sana bleh..? dari SK Sg retang..area jerantut..

    BalasPadam
  3. WOW ! SEOLAH SAYA PUN ADA JUGA DEKAT SINI :D
    BESTNYA... :D
    MAJU TERUS SK ZAINAB 2 !!! ~~ ('o')

    BalasPadam