Jika berkunjung ke Laman Siti Khadijah, jangan lepaskan peluang melihat keunikan pelbagai barangan antik, senjata tajam lama, batu permata dan benda-benda pelik lain yang dijual di sebuah gerai dikenali Wakaf Wali Mie Purba.
Antara barangan yang dijual di Wakaf Wali berhampiran Bazar Buluh Kubu itu adalah cekati berkepala ayam, seterika arang berkepala ayam, cupak beras tembaga, kendi tembaga, tapak sireh, bekas hantaran tembaga, keris lama, badik, lembing, batu alimi, batu ara dan pelbagai batu permata.
Selain itu, antara benda pelik yang ada dan menjadikan pengunjung teruja adalah mayang kelapa bersisik dan berkepala ular, kayu penunduk tikam kayu, suluh bertan tikam batu, buluh berpulas bercabang dua, kepah kelapa bercabang dua dan rotan songsang di mana buku ruasnya terbalik ke bawah.
Wakaf Wali Mie Purba itu dikendalikan oleh Yusoff Mohamed, 43, berasal dari Kampung Bunut Susu, Pasir Mas dan tiga rakannya sejak tujuh tahun lalu yang membeli dan menjual barangan antik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan