Isnin, April 12, 2010

Kejohanan Futsal Terbuka Kok Lanas 2010.



Kelab Bola Sepak Veteran Kok Lanas dengan kerjasama Dewan Pemuda Pas Kawasan Ketereh akan menganjurkan kejohanan Futsal Terbuka Kok Lanas 2010.

Kejohanan yang dijadualkan pada 16 dan 17 April ini akan berlangsung di HTO de Futsal Kok Lanas, Pangkal Kalong.

Urusetia kejohanan, Ahmad Rokmar Abdullah berkata, kejohanan futsal ini terbuka kepada mana-mana pasukan yang berminat menyertainya.

“Pasukan yang muncul johan akan membawa pulang wang tunai RM3,000 dan seekor kambing manakala naib johan akan menerima RM2,000. Pemenang tempat ketiga dan keempat akan menerima wang tunai RM500,” katanya.

Sementara itu, bagi pasukan yang menduduki tempat kelima hingga kelapan dan tempat keempat mendapat saguhati RM200.

Menurutnya, yuran penyertaan sebanyak RM200 dikenakan bagi pasukan yang ingin menyertai kejohanan ini selama dua hari ini.

Tarikh tutup penyertaan dan cabutan undian akan dilakukan pada 14 April ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan