Taman Santuari, Tasik Pergau Jeli terletak di Batu 16 Jalan Raya Timur Barat. Ia merupakan taman yang terletak di sebuah pulau di Tasik Pergau yang dahulu dikenali sebagai Pulau D.O. Pulau ini telah dimajukan oleh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) pada tahun 2003 dan mula dibuka kepada pelawat pada awal tahun 2004 dan dikenali sebagai Pulau Santuari. Di sekitar Pulau Santuari ini terdapat beberapa pulau-pulau kecil.
Panorama alam dan kehidupan flora dan fauna di sekitar hutan dan perairan di Tasik Pergau dapat dinikmati sepenuhnya oleh pengunjung yang mengunjungi Pulau Santuari ini. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan di pulau ini seperti chalet terapung, dewan, musalla, tapak perkhemahan, bot dan kayak untuk disewa dan pelbagai kemudahan lain untuk keselesaan pengunjung yang mengunjungi pulau ini.
Lokasi
Terletak 32 km dari Jeli dan 98 km dari Kota Bharu. Kira-kira 30 minit perjalanan dari bandar Jeli melalui Lebuhraya Timur-Barat akan menemui papan iklan khas Tasik Pergau dan dari situ, 4 km ke hadapan adalah simpang masuk ke tarikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan