Ahad, Mac 21, 2010

Penjenamaan baru pekan Rantau Panjang



Pekan Rantau Panjang yang sebelum ini terkenal sebagai pusat membeli belah di kalangan pelancong diberi penjenamaan baru iaitu sebagai kawasan yang terkenal dengan sukan berkuda.

Pengerusi Yayasan Pembangunan Rantau Panjang, Datuk Mohd Zain Ismail berkata, penjenamaan dan pengenalan kepada sukan berkuda ini di Rantau Panjang dipercayai dapat memberi satu kelainan dalam kawasan Rantau Panjang.

Menurutnya, sukan berkuda bukanlah sesuatu yang baru di kalangan masyarakat Rantau Panjang tetapi tidak mempunyai kawasan yang sesuai serta masalah lain menyebabkan sukan ini kurang diberi pendedahan.

“Kita percaya dengan adanya penganjuran sukan berkuda di kawasan Rantau Panjang dapat memberi kelainan dan pembaharuan kepada pelancong yang berkunjung di sini.

“Ini juga satu usaha untuk membawa nama Rantau Panjang sebagai sebuah pusat pelancongan yang bukan sahaja menyediakan barangan tetapi juga pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat orang luar terutamanya untuk melancong di sini,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan