Isnin, Mac 22, 2010

Kuliah Jumaat Tok Guru



Jika berkunjung ke bandar Kota Bharu pada pagi hari Jumaat, anda akan melihat satu hal yang menarik dimana Menteri Besar memberikan kuliah agama. Kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat masih mampu meneruskan ceramah mingguannya ( jika beliau tidak uzur )pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad, Bangunan PAS yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu. Begitulah uniknya negeri Kelantan Darul Naim.

1 ulasan:

  1. kalu blh di sertakan sekali kuliah tok guru dalam bentuk mp3..terima kasih

    BalasPadam