Jersi
PENYOKONG Red Warriors sekitar Lembah Klang berpeluang mendapatkan jersi pasukan kesayangan mereka apabila kedai terbesarnya akan dibuka tidak berapa lama lagi.
Pengurus Permasaran KL Dagang Sdn Bhd, Wan Zariman Wan Daud, berkata selain jersi, pihaknya turut mengeluarkan barangan lain dari beg galas, mafla, topi hinggalah kepada barangan cenderahati kecil lain.
“Setakat ini kita sudah ada 25 barangan dan bercadangan untuk mengeluarkan 70 barangan lain Red Warriors dari serendah RM2 hinggalah berharga RM75,” katanya.
Kl Dagang Sdn Bhd yang dilantik Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan (Kafa) adalah pengedar tunggal barangan sukan Red Warriors Lembah Klang dan negeri-negeri pantai barat.
Beliau yakin produk The Red Warriors bakal mendapat sambutan hangat berdasarkan hampir 60 peratus anak Kelantan menetap di luar Kelantan, terutama Lembah Klang.
“Malah peminat boleh mendapatkan 25 barangan ini di HTO de Futsal, Subang Jaya mulai sekarang,” katanya.
Beliau seterusnya membuka ruang kepada mereka yang berminat untuk menjadi ejen barangan The Red Warriors dengan menghubunginya di talian 019-3219797.
“Setakat ini kami mempunyai enam ejen berdaftar di Kuala Lumpur, manakala 66 lagi seluruh negara.
Mengenai kedai pula, Wan Zariman berkata lokasinya telah dikenal pasti dan pembukaannya akan dirasmikan presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa.
Baju yang team TRW pakai jenis polo, berkolar..warna merah dan ada logo umbro di sebelah kanan dan juga logo TRW disebelah kiri ada jual dimana? Baju mcm tu sy selalu tengok dulu coach sathianathan selalu pakai...baju tu cantik untuk dipakai kemana-mana
BalasPadam