RESTORAN Nasi Ulam Kampung Kraftangan (RNUKK) mungkin kelihatan sama seperti lain-lain kedai makan di Kota Bharu. Tetapi sebenarnya ia mempunyai daya tarikan tersendiri.
Menjamu selera di sini melengkapkan kunjungan anda ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Mengapa? Di sinilah lokasi sesuai bagi mereka yang ingin menikmati hidangan sebenar selera orang Kelantan. Walaupun menunya ringkas, tetapi ia mencabar selera sesiapa sahaja termasuk mereka yang pertama kali ke negeri ini.
Terletak di dalam kompleks Kampung Kraftangan berdekatan Dataran Padang Merdeka (letaknya rehal gergasi yang menjadi mercu tanda pelancongan di negeri ini), RNUKK tidak sukar dijejaki.
Dikenali juga dengan nama Kedai Cikgu Nasi Ulam sempena nama pemiliknya, Cikgu Hamid Idris, 58, RNUKK mula beroperasi di sini sejak enam tahun lalu. Sehingga kini, ia kekal sebagai antara daya tarikan pengunjung ke Kompleks Kraftangan dan kawasan tumpuan sekitarnya.
balik nanti insyaallah aku n kuarga nak balik makan kat cni...insyaallah
BalasPadamhanya sekadar coretan...
BalasPadamBest giler...kalau tiap2 kali kat klantan..aku x pernah miss mkn nasi ulam..
Betul3 Best gilermakan nasi ulam deat sini (>_<)
BalasPadam