Pemaju hartanah tempatan, Haji Ali Homes Sdn Bhd (HAHSB) melabur RM35 juta bagi membangunkan kompleks perniagaan Saidina Ali (KPSA), di Kok Lanas, Kelantan.
Kompleks ini yang terletak di tepi jalan utama dari Kota Bharu ke Kuala Krai ini merupakan satu Bandar baru yang dibina di atas tanah seluas 18 ekar yang akan menempatkan pasar baru Kok Lanas dan 127 unit umah kedai 2 & 3 tingkat. Ia dibina secara usahasama dengan Majlis Daerah Ketereh sebagai pusat tarikan komersil utama yang menjamin kemajuan kawasan ini.
Projek yang bernilai 35 juta ini akan menempatkan semula peniaga kecil dari pasar lama yang tidak mampu menampung jumlah peniaga yang bertambah ramai. Ia juga bertujuan menampung keperluan perniagaan selaras dengan pertambahan penduduk setempat yang pesat.
Papan tanda KPSA dalam pembinaan
Bangunan masih dalam pembinaan
Khamis, Januari 07, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan