Jumaat, Disember 31, 2010

Selamat Tahun Baru 2011





Selamat menyambut tahun baru 2011 kepada semua pembaca blog Sekilas Pandang. Semoga catatan kehidupan kita lebih menggembirakan di tahun 2011. Jadikan segala peristiwa serta kenangan manis dan pahit tahun 2010 sebagai panduan untuk tahun yang akan mendatang.

Fenomena Tsufahmi



Selepas kejayaan pasukan Malaysia merangkul piala AFF Suzuki, nama penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat terus menjadi bualan seluruh negara. Walaupun kejayaan negara hasil daripada semua pemain dan pengurusan pasukan, namun sumbangan Khairul Fahmi Che Mat dianggap pencetus kepada kejayaan pasukan negara. Ketangkasan beliau menyelamatkan sepakan penalti ketua pasukan Indonesia di awal permainan selain sumbangannya sepanjang kejohanan pemangkin kepada kejayaan pasukan Malaysia.

Ironinya, sebelum ini tiada siapa mempedulikan bakat anak muda dari Kampung Dusun Raja, Kota Bharu ini. Bermula sebagai penjaga gol ketiga Kelantan di awal musim, beliau lantas menunjukkan kecekapan selaku benteng terakhir pasukan Kelantan setelah diberi kepercayaan menggalas tugas penjaga gawang utama akibat kecederaan yang menimpa Halim Napi dan kemerosotan prestasi Syed Adney. Kesabaran beliau duduk di bangku simpanan selama ini akhirnya berbaloi apabila diberi peluang bermain akhirnya dan seterusnya memastikan gawang Kelantan menjadi miliknya.

Justeru itu, walaupun usianya masih muda dan mempunyai banyak masa lagi di persada bolasepak Kelantan dan Malaysia, penulis mengganggap beliau adalah ikon bolasepak Negara dan Kelantan.

Khamis, Disember 30, 2010

Tahniah Malaysia



Sekalung tahniah untuk skuad bolasepak Malaysia kerana berjaya merangkul piala AFF Suzuki buat julung kali. Malaysia menang ke atas Indonesia dengan agregat 4-2. Sekalipun tewas 1-2 di Jakarta, namun bekalan jaringan 3-0 hasil kemenangan di Bukit Jalil sudah cukup untuk menobatkan pasukan Malaysia adalah yang terbaik di rantau Asia Tenggara.

Isnin, Disember 27, 2010

Norshahrul Arkitek: Rajagobal



Jurulatih bolasepak Malaysia, K Rajagobal menyebut betapa fungsi Norshahrul Idlan Talaha adalah arkitek yang menyumbangkan kepada malam manis buat skuad negara menewaskan Indonesia, malam tadi.

“Norshahrul memang seorang pemain yang istimewa,” kata jurulatih skuad kebangsaan yang beranggapan penyerang Kelantan itu mencipta semangat kepada rakan sepasukan apabila merencanakan dua gol awal pada babak kedua.

Rajagobal akur betapa pengantin baru itu memainkan peranan penting dengan mencipta dua gerakan yang menghasilkan gol bagi membantu skuad negara membaham Indonesia 3-0 dalam final pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Bagaimanapun beliau menganggap semua pemain menjalankan tugas masing-masing dengan cemerlang lantas mengucapkan tahniah kepada semua pemain kerana persembahan menakjubkan untuk negara.

K Rajagobal mengakui jaringan 3-0 itu adalah bekalan selesa kepada skuad bimbingannya bagi menghadapi perlawanan kedua di Gelora Bung Karno, Rabu ini tetapi tetap berwaspada terhadap ancaman lawan.

“Kita tidak akan bermain secara bertahan di Jakarta nanti. Mungkin kita juga akan turun dengan strategi agresif dan menyerang bagi memburu jaringan awal sekali gus memadamkan terus impian lawan,” katanya.

P/S: Petikan berita harian 27 Disember 2010

Ahad, Disember 26, 2010

Malaysia Selangkah Menggengam Kejuaraan Piala AFF Suzuki 2010



Rasa bangga penulis sebagai rakyat Malaysia yang cintakan bola sepak apabila pasukan Malaysia selangkah lagi untuk menggengam piala AFF Suzuki apabila berjaya menjinakkan pasukan Indonesia 3-0 pada final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil. Gol pertama dan kedua negara yang dijaringkan oleh Safee Sali dan Ashaari Shamsuddin hasil lorongan bijak pemain Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha. Walaupun Shahrul Idlan tidak menjaringkan gol pada perlawanan ini, namun kelibatnya memecahkan keampuhan benteng Indonesia bagi membolehkan 2 gol awal terhasil cukup mempersonakan. Gol ketiga Malaysia sekali lagi hadir menerusi penyudah hebat penyerang Selangor, Safee Sali. 29 Disember adalah detik yang ditunggu-tunggu oleh 27 juta rakyat Malaysia, di mana final kedua bakal dilangsungkan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.Apakah bekalan 3 gol yang dibawa ke sana sudah memadai untuk kita menjulang kejuaraan buat kali pertama. Sama-samalah kita saksikan nanti. Ayuh rakyat Malaysia, berikan sokongan anda kepada wira-wira negara ini. Semoga kejuaraan menjadi milik Malaysia.

Khamis, Disember 23, 2010

PMR 2010 : SMK Bachok Terbaik



Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bachok diumumkan sebagai sekolah harian paling cemerlang bagi keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussain Awang semalam, sekali gus berada pada kedudukan pertama antara sekolah harian di negeri ini.

Pegawai Pelajaran Daerah Bachok, Saupi Majid berkata, kecemerlangan yang dicapai dalam PMR kali ini menyamai kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebelum ini.

Daripada keseluruhan 95 calon PMR SMK Bachok, 43 daripadanya mencatat keputusan keseluruhan mata pelajaran A.

Rabu, Disember 22, 2010

Yati Ayam Percik



Yati Ayam Percik merupakan salah satu restoran makanan berasaskan ayam yang tersohor di Kelantan.Walaubagaimanapun terdapat juga juadah lain yang dijual di restoran ini seperti kuih muih tempatan dan sebagainya. Terletak di Jalan Long Yunus. Restoran ini dibuka setiap hari bermula dari tengahari hingga ke pukul 11.30 malam.

Restoran New Horizon



Restoran ini terletak di Jalan Kuala Krai. Bersebelahan dengan simpang empat ke Pasir Mas dan juga Pasir Hor.

Jumaat, Disember 17, 2010

Barisan Red Warrior 2011



Skuad kelantan 2011 menampilkan hampir 90% pemain kelahiran Kelantan sendiri. Tiada lagi nama-nama besar dalam skuad 2010 seperti Kapten, Indra Putra mahyuddin, Akmal Rizal Rakhli, Nor Farhan Muhammad, Azizi Mat Rose, Syed Adney dan wira Piala Malaysia, Hairuddin Omar. Kelantan 2011 menampilkan semula bekas penyerang 2009 iaitu Khalid Jamlus disamping menyenaraikan 2 bekas pemain Johor Fc kelahiran Kelantan iaitu, Wan Rohaimi Ismail dan Nurul Azwan Roya. 2 lagi pemain baru yang menyertai Kelantan ialah bekas pemain KL Plus iaitu Aziz Ismail dan Khairan Ezuan Razali, juga kelahiran Kelantan. Sementara itu, 2 pemain mualaf iaitu, Mohd Sallehuddin Abdullah @ K. Soley dan Danial Fazly Abdullah @ Wirat Nom merupakan pemain luar yang baru disenaraikan. Nicolas Chan ( Kelahiran Malaysia) , Pemain kelab liga perdana Inggeris, Cardiff City turut disenaraikan untuk kuota 25 orang pemain. Semoga barisan baru ini bakal menyinar dan dapat membawa kejayaan kepada pasukan Kelantan.

Ahad, Disember 12, 2010

Kelantan Juara Piala Emas Raja-Raja Kali Ke - 14





Pasukan Kelantan muncul juara kejohanan Puncak Piala Emas Raja-Raja edisi ke - 70. Kemenangan ini diraih selepas menewaskan pasukan Kedah 4-2 menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 sehingga masa tambahan. Kejuaraan yang diraih ini merupakan kali ke 14 untuk Kelantan. Penjaga gol Kelantan, Shahrizan Ismail menafikan dua sepakan penalti pemain Kedah. Rosairil Asrul Mohd Nor pula dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Isnin, Disember 06, 2010

Masjid Lama Mulong



Masjid Lama Mulong merupakan bekas Balairung Seri Istana Raja Dewa Tuan Zainal Abidin, putera baginda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad III.

Ia dibina sekitar tahun 1900 di Kota Bharu berhampiran Istana Balai Besar dan lama ditinggalkan kosong selepas Perang Dunia Kedua.

Kemudian, pada tahun 1958, penduduk Kampung Kedai Mulong telah membeli binaan balairung ini dengan harga RM1,000 untuk dijadikan masjid di penempatan mereka yang terletak 11 kilometer dari bandar Kota Bharu.

Pemindahan pada waktu itu dilakukan dengan lori dan struktur lantai dan bumbungnya telah dipotong dua bagi tujuan tersebut. Ia dipasang semula secara gotong-royong seperti bentuk asal balairung seri dengan penambahan ruang mihrab dan anjung masuk.

Sebagai sebuah balairung seri, bangunan ini mempunyai ukiran jejala yang halus pertukangannya termasuk mural lukisan awan larat air emas pada kepingan papan janda berhias.

Yang menariknya mural tersebut ditemui selepas pekerja pemuliharaan mengikis cat lama pada kepingan papan dinding masjid itu.

Nordin Batik



Nordin Batik Sdn Bhd adalah sebuah syarikat bumiputera yang menjalankan
perusahaan batik di negeri Kelantan. Syarikat ini adalah hak milik Tn Haji Nordin
dengan berasaskan nama Syarikat Sendirian Berhad. Syarikat ini beroperasi di
bawah naungan Tn Haji Nordin b. Mahmood yang menubuhkannya pada tahun
1993

Nordin Batik telah menjadi syarikat yang terulung di negeri Kelantan
apabila wujudnya Wisma Nordin yang terletak pada di Lot 74, Kampung Paloh
Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan yang mana bernilai lebih kurang 2 juta. Di
samping mengusahakan perusahaan batik, Tn Haji Nordin juga telah
membangunkan hotel bajet Paloh Inn yang terletak pada bangunan yang sama.

Di bangunan wisma nordin juga terletaknya Showroom Nordin Batik iaitu
merupakan sebuah pusat jualan kraftangan yang pertama seumpamanya di
Bandar Kota Bharu.

Loghat : Alat Tulis

Musim cuti persekolahan hanya tinggal 3 minggu lebih sahaja lagi sebelum sesi persekolahan 2011 dibuka pada 2 Januari 2011 di negeri Kelantan. Tentu ibu bapa sibuk membuat persiapan barangan keperluan persekolahan anak-anak seperti pakaian sekolah dan alat tulis. Bercerita tentang alat tulis, terdapat panggilan unik kepada beberapa alat tulis seperti pensel,pengasah pensel dan getah pemadam iaitu :


Kale


Gorek


Roba

Kelantan Mara Ke Perlawanan Akhir Piala Emas Raja-Raja 2010





Pasukan bola sepak Piala Emas Raja-Raja Kelantan berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja edisi ke 70 setelah menumpaskan pasukan tetangga, Terengganu dengan agregat 4-0. Menang 3-0 pada perlawanan pertama di Kota Bharu dan seterusnya melengkapkan kemaraan ke final dengan menoktahkan perjuangan Terengganu 1-0 di Kuala Terengganu. Kelantan akan berhadapan dengan finalis tahun lalu, Kedah di perlawanan akhir 11 Disember nanti. Venue perlawanan akhir dijangkakan akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke IV.

Kelantan Johan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan



KELANTAN sekali lagi dinobatkan sebagai Juara 7 Sepasukan Kebangsaan setelah mengungguli semua perlawanan Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan Piala Ung Khek Cheow di Padang Majlis Perbandaran Seremban lewat petang semalam. Kejohanan yang berlangsung selama dua hari mulai 4 Disember 2010 turut mempertandingkan Piala Remaja B19 KRM-Milo yang disertai oleh hampir semua negeri dan wilayah persekutuan.

Kelantan menepati ramalan setelah membariskan 6 pemain sukan Asia Guangzhou di dalam skuad tersebut. Dalam pertemuan akhir Piala Ung Khek Cheow, Kedah yang turun dengan harapan untuk menebus kekalahan tahun 2009 ternyata hampa setelah ditewaskan oleh Kelantan dengan lima try berbalas satu.

Kedah melakukan sepak mula mengatur serangan pantas ke atas pasukan Kelantan namun ianya gagal menyaingi kehebatan gandingan 'enam serangkai' yang baru pulang dari China akhir bulan lalu. Pemain prop kebangsaan, Mohd Shahir Ashraf Rosli berjaya melepas melakukan try pertama Kelantan seawal minit ke-2' dan dua minit kemudian pemain scrumhalf Kelantan, Mohd Saizul Hafiz Md Noor terus membenam Kedah dengan try kedua.

Kelekaan Kelantan pada minit ke-6' telah membuka peluang untuk Kedah menjaringkan try pertama mereka. Pemain sayap Kedah Nas Affie Mohd Salleh berjaya melepasi kawalan pemain back Kelantan, Mohd Saizul Hafifi Md Noor dan melakukan try di hujung penjuru kanan padang. Separuh masa pertama Kelantan mendahului Kedah 14-5.

Kelantan terus mengasak di separuh masa kedua dan berjaya melakukan 3 lagi jatuhan try pada minit ke-14', minit ke-18' dan minit ke-19'masing-masing oleh Mohd Nazreen Fitri, Mohd Khairul Azhar Md Noor dan Mohd Shahir Ashraf Rosli.

Empat tendangan konversi berjaya di sempurnakan oleh Kelantan iaitu 3 melalui Mohd Nazreen Fitri dan 1 oleh Mohd Anuar Che Wahab. Kelantan dinobat juara kejohanan ragbi 7 sepasukan kebangsaan setelah menewaskan Kedah (33-5).

Salam Maal Hijrah 1432



Selamat menyambut ketibaan tahun baru hijrah kepada semua umat Islam di seluruh dunia dan pembaca blog sekilas pandang

Khamis, Disember 02, 2010

Lebuhraya Timur-Barat



Lebuhraya Timur Barat merupakan lebuhraya yang menghubungkan Gerik di Negeri Perak dengan Jeli di Kelantan. Projek raksasa ini menelan belanja RM296 juta bagi memudahkan perhubungan darat antara pantai timur dengan pantai barat Semenanjung Malaysia.

Lebuh raya ini sepanjang 123 kilometer melibatkan 61 km di negeri Perak dan baki jarak pula di negeri Kelantan. Ia menjadikan perjalanan lebih pantas dan membantu pertumbuhan ekonomi, bukan sahaja di Perak malah di seluruh negara. Operasi membalak lebih mudah. Kawasan penempatan baru dibuka di sepanjang lebuh raya. Sebelum lebuh raya ini dibuka pada 1 Julai 1982, jarak perjalanan dari Alor Setar ke Kota Bharu adalah melebihi 1,000 km tetapi dengan adanya lebuh raya ini, jarak perjalanan telah dipendekkan sebanyak beberapa ratus kilometer.



Lebuhraya Timur-Barat mula dibina pada tahun 1967. Proses pembinaannya kerap kali terganggu akibat perbuatan khianat pengganas komunis yang sering sahaja menyerang hendap pekerja binaan sepanjang Perang Insurgensi Komunis ataupun Darurat Kedua dari tahun 1967-1989, menyebabkan pembinaan lebuh raya ini memakan masa yang sangat panjang. Malah, semasa lebuh raya ini dibuka pun pihak tentera mengawal ketat lebuh raya ini dan pemandu hanya boleh menggunakan lebuh raya ini pada waktu siang sahaja dan perlu melapor diri setiap kali menggunakannya.

Sistem kawalan keselamatan yang ketat dimansuhkan setelah pihak komunis menyerah diri sepenuhnya pada tahun 1989. Sebuah tugu peringatan dibina oleh Jabatan Kerja Raya di Pulau Banding bagi menghormati para pekerja yang terkorban akibat serangan hendap komunis sepanjang pembinaan Lebuhraya Timur-Barat.