Jumaat, April 02, 2010

Che Hussain Dilantik Pengarah Pelajaran Kelantan Yang Baru



Warga pendidik Kelantan menerima Pengarah Pelajaran Negeri yang baru bermula 25 Mac yang lalu apabila bekas Timbalan Pengarah Dasar, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran, Che Hussain Awang dilantik sebagai Pengarah Pelajaran Negeri yang baru menggantikan Datuk Mohd. Ghazali Ab. Rahman,yang akan berkhidmat di Kementerian Pelajaran, Putrajaya bermula 5 April ini.

"Saya pernah bertugas di sini dan saya faham apa yang diperlukan oleh warga pendidik dan pelajar di negeri ini.

"Saya juga telah berikrar hari ini untuk meneruskan kejayaan yang telah dilakar dan dicipta sebelum ini terutama sekali dalam bidang akademik," katanya ketika ditemui dalam upacara ringkas penyerahan tugas antara beliau dengan Mohd. Ghazali di sini hari ini.

Menurut Che Hussin, beliau akan meneruskan Pelan Pembangunan Pendidikan Kelantan yang akan berakhir tahun ini tanpa melakukan sebarang perubahan kerana ia telah terbukti berkesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan