Khamis, November 05, 2009

Musim Tengkujuh Menggamit Pantai Timur


Hujan di Kelantan, Terengganu dijangka berterusan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran bahawa hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu dijangka berterusan sehingga Ahad ini.

Antara kawasan di Kelantan yang terbabit ialah daerah Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Bachok, Kota Bharu, Pasir Puteh, Machang dan Kuala Krai manakala di Terengganu ialah di Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan Dungun.

"Keadaan itu dijangka menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan rendah di tebing sungai," menurut kenyataan jabatan itu di sini hari ini.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora dijangka berterusan sehingga esok di kawasan perairan Samul, Condore, Reef North dan Layang-Layang.

Keadaan itu menyebabkan angin kencang dari arah timur laut sehingga mencecah 50-60 kilometer sejam dengan ombak mencapai 4.5 meter. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan