Ahad, Disember 26, 2010

Malaysia Selangkah Menggengam Kejuaraan Piala AFF Suzuki 2010



Rasa bangga penulis sebagai rakyat Malaysia yang cintakan bola sepak apabila pasukan Malaysia selangkah lagi untuk menggengam piala AFF Suzuki apabila berjaya menjinakkan pasukan Indonesia 3-0 pada final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil. Gol pertama dan kedua negara yang dijaringkan oleh Safee Sali dan Ashaari Shamsuddin hasil lorongan bijak pemain Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha. Walaupun Shahrul Idlan tidak menjaringkan gol pada perlawanan ini, namun kelibatnya memecahkan keampuhan benteng Indonesia bagi membolehkan 2 gol awal terhasil cukup mempersonakan. Gol ketiga Malaysia sekali lagi hadir menerusi penyudah hebat penyerang Selangor, Safee Sali. 29 Disember adalah detik yang ditunggu-tunggu oleh 27 juta rakyat Malaysia, di mana final kedua bakal dilangsungkan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.Apakah bekalan 3 gol yang dibawa ke sana sudah memadai untuk kita menjulang kejuaraan buat kali pertama. Sama-samalah kita saksikan nanti. Ayuh rakyat Malaysia, berikan sokongan anda kepada wira-wira negara ini. Semoga kejuaraan menjadi milik Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Komen