Jumaat, Disember 31, 2010

Fenomena Tsufahmi



Selepas kejayaan pasukan Malaysia merangkul piala AFF Suzuki, nama penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat terus menjadi bualan seluruh negara. Walaupun kejayaan negara hasil daripada semua pemain dan pengurusan pasukan, namun sumbangan Khairul Fahmi Che Mat dianggap pencetus kepada kejayaan pasukan negara. Ketangkasan beliau menyelamatkan sepakan penalti ketua pasukan Indonesia di awal permainan selain sumbangannya sepanjang kejohanan pemangkin kepada kejayaan pasukan Malaysia.

Ironinya, sebelum ini tiada siapa mempedulikan bakat anak muda dari Kampung Dusun Raja, Kota Bharu ini. Bermula sebagai penjaga gol ketiga Kelantan di awal musim, beliau lantas menunjukkan kecekapan selaku benteng terakhir pasukan Kelantan setelah diberi kepercayaan menggalas tugas penjaga gawang utama akibat kecederaan yang menimpa Halim Napi dan kemerosotan prestasi Syed Adney. Kesabaran beliau duduk di bangku simpanan selama ini akhirnya berbaloi apabila diberi peluang bermain akhirnya dan seterusnya memastikan gawang Kelantan menjadi miliknya.

Justeru itu, walaupun usianya masih muda dan mempunyai banyak masa lagi di persada bolasepak Kelantan dan Malaysia, penulis mengganggap beliau adalah ikon bolasepak Negara dan Kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan