Khamis, Mei 06, 2010

Pak Isa Serunai

Serunai merupakan pelengkap kepada peralatan muzik tradisional. Encik Isa bin Samad yang lebih mesra dengan panggilan Pak Isa di antara pemain dan pembuat serunai yang disegani terutama oleh masyarakat setempat. Dilahirkan pada tahun 1943, di Kampong Kebakat, Wakaf Baru, Kota Bharu, Kelantan. Selain daripada perlu menghasilkan tiupan yang merdu, Pak Isa menitikberatkan penampilan sesebuah serunai yang bakal ditiupnya. Beliau mewarisi kebolehan bermain dan membuat serunai daripada ayahnya.

Kepakaran yang dimiliki oleh Pak Isa ini telah melayakkan belia memenangi pertandingan serunai anjuran Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia pada tahun 1994 dan 1997 dan pertandingan budaya peringkat negeri anjuran Tan Sri Mubin Sheppard pada tahun 1979. Beliau turut menerima gelaran kebudayaan Sri Setia daripada yang di Pertuan Agong pada tahun 1971. Bagi menghargai bakat dan kemahirannya, Kraftangan Malaysia melantik beliau sebagai ADIGURU KRAF SERUNAI pada tahun 1997.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan