Isnin, Mei 10, 2010

Mat Yaacob Rebana


Mat Yaacob Bin Awang Besar
Adiguru Aneka Kraf (2006)










En. Mat Yaacob mula menceburi sejak kecil dengan mengikut bapa dan juga bapa saudaranya yang aktif membuat dan memainkan rebana ubi. Datuk moyang tokoh dan Kampung Baru Pupuk sememangnya masyhur dengan seni rebana ubi sejak dahulu lagi. Tokoh mula bermain rebana ubi sejak 56 tahun yang lalu iaitu ketika beliau berumur 12 tahun. Kini, selain daripada mengusahakan pembuatan rebana ubi, tokoh juga bekerja sebagai pesawah dan penoreh getah.



Pelapis Kraf

Tiada seorang pun daripada empat orang anak tokoh yang berminat untuk menjadi generasi pelapis dalam kemahiran pembuatan dan permainan rebana ubi. Namun begitu, sehingga kini hanya ada seorang anak muridnya yang mampu menguasai kemahiran ini dengan baik iaitu Shafawi b. Tahir. Shafawi yang lebih mesra dengan panggilan Pak Wi merupakan anak jati Kg. Baru Pupuk dan menjadi harapan kepada En. Mat Yaacob biarpun telah berusia 52 tahun.

Menurut tokoh, selain Kraftangan Malaysia, beliau tidak menerima sebarang bantuan atau insentif dari badan atau jabatan kerajaan yang lain. Namun begitu, tokoh sering menerima jemputan demonstrasi dan pertandingan di seluruh Malaysia.

Antara persembahan demonstrasi yang pernah disertai ialah Demonstrasi Hari Kraf Kebangsaan (2002), Persembahan Kebudayaan di Dataran Merdeka (2002) serta Persembahan Kebudayaan di Putrajaya (2005) manakala pertandingan yang pernah dimenangi ialah sebagai Johan Pertandingan Rebana Peringkat Negeri. Selain daripada itu, tokoh juga pernah mendapat liputan media dari RTM, TV3 dan pelbagai stesen televisyen yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Komen