Selasa, Ogos 18, 2009

H1N1 : Kelantan Anjur Solat Hajat Jam Empat Pagi


Kerajaan Kelantan akan menganjurkan solat hajat pada 1 Ramadhan bermula pukul 4 pagi iaitu ( sebelum sahur ) bagi menangani kes selsema babi (H1N1)yang kini menggerunkan rakyat di seluruh negara.Solat Hajat ini akan diadakan di Padang Perdana.

Sehubungan itu, orang ramai diminta menghadiri program berkenaan lebih awal agar tidak ketinggalan daripada menunaikan solat hajat berkenaan.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, majlis berkenaan akan diadakan di Padang Perdana sebagai permulaan menyambut kedatangan Ramadhan.

Menurutnya kerajaan negeri turut terpanggil untuk berusaha menangani masalah yang kini semakin menular di negara ini melalui solat hajat.

"Saya pohon pada semua rakyat Kelantan keluar beramai-ramai untuk menunaikan solat hajat berkenaan bagi memohon pertolongan dari Allah S.W.T supaya melindungi diri kita daripada penyakit yang bahaya itu".

Rakyat diingatkan hadir dengan membawa sendiri makanan untuk bersahur selain sejadah kerana pihak penganjur akan hanya menyediakan minuman sahaja.

Nik Aziz yakin dengan sikap prihatin rakyat Kelantan yang sensitif dalaam segala hal, mereka akan keluar beramai-ramai menunaikan solat berkenaan.

Selain berikhtiar dengan cara perubatan kita juga perlu memohon pertolongan daripada Allah dengan menunaikan solat hajat dan berdoa kerana penyakit berkenan sebenarnya bala Allah terhadap semua manusia ekoran perlakuan mereka yang menyimpang dari kehendaknya.

p/s Tidak kedengaran lagi Menteri Besar negeri lain mengajak rakyatnya solat hajat memohon perlindungan daripada penyakit H1N1. Rakyat kelantan ayuh beramai-ramai ke Padang Perdana 1 Ramadhan nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan