Khamis, November 05, 2009

Musim Tengkujuh Menggamit Pantai Timur


Hujan di Kelantan, Terengganu dijangka berterusan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran bahawa hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu dijangka berterusan sehingga Ahad ini.

Antara kawasan di Kelantan yang terbabit ialah daerah Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Bachok, Kota Bharu, Pasir Puteh, Machang dan Kuala Krai manakala di Terengganu ialah di Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan Dungun.

"Keadaan itu dijangka menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan rendah di tebing sungai," menurut kenyataan jabatan itu di sini hari ini.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora dijangka berterusan sehingga esok di kawasan perairan Samul, Condore, Reef North dan Layang-Layang.

Keadaan itu menyebabkan angin kencang dari arah timur laut sehingga mencecah 50-60 kilometer sejam dengan ombak mencapai 4.5 meter. - Bernama

Jersi Kelantan 2009

Rabu, November 04, 2009

Kelantan umum cuti peristiwa Ahad ini


Kerajaan Kelantan mengumumkan cuti peristiwa untuk seluruh negeri Ahad ini sempena kejayaan pasukan bola sepak Kelantan memasuki final Piala Malaysia Sabtu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan, dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa, berkata keputusan itu sebagai menghargai dan menjaga keselamatan peminat yang akan ke ibu negara menyaksikan perlawanan akhir itu.

"Pemain dan pegawai pasukan bola sepak Kelantan juga akan menerima ganjaran pakej umrah dan wang saku secukupnya sebagai menghargai kejayaan melayakkan diri ke final," katanya pada sidang media di sini sebentar tadi

Isnin, November 02, 2009

Sabtu, Oktober 31, 2009

Tahniah Red Warrior



Tahniah!! Red Warrior mara ke perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2009

Kelantan mara hasil kemenangan agregat 5-1.

Jumaat, Oktober 30, 2009

TM Piala Malaysia 2009 : Perlis Lawan Kelantan ( Semi Final 2 )



Pada malam ini akan berlangsung perlawanan Semi Final ke 2 TM Piala Malaysia 2009 antara Perlis dan Kelantan. Kelantan hadir ke Kangar berbekalkan kelebihan dua gol hasil kemenangan 2-0 pada 27 Oktober yang lalu. Laluan Kelantan ke pentas final nampak selesa namun begitu kelebihan 2 gol bukan jaminan. Justeru diharap pemain kelantan berjuanglah berhabis-habisan untuk menempah aksi final di Bukit Jalil 7 November nanti.

Rabu, Oktober 28, 2009

Demam Bolasepak Melanda Kelantan

Terharu rasanya melihat MB Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengenepikan perbezaan politik demi bersama memberi sokongan kepada pasukan Kelantan dalam kempen Piala Malaysia. MB Kelantan dan Semua ADUN Kelantan menerima jemputan khas daripada Tan Sri Annuar Musa untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama bolasepak Piala Malaysia antara Kelantan dan Perlis Di Stadium Sultan Muhammad Ke IV. Sehubungan dengan kehadiran Beliau , MB Kelantan menghulurkan RM 5 Ribu kepada Tan Sri Annuar Musa sebagai insentif kepada pemain dan pegawai pasukan dan mengumumkan Kerajaan negeri akan memberi imbuhan lagi sekiranya pasukan Kelantan berjaya mara ke perlawanan akhir dan seterusnya menjulang Piala Malaysia buat pertama kali.









Loghat Ore Putih Di Kelantan

Di Kelantan, biasanya orang-orang tua mahir berbahasa Inggeris. Terbukti melalui sebutan seperti Kala bagi Colour, Opih bagi Office, Loyar bagi Lawyer dan sebagainya


Opih @ Pejabat


Market @ Pasar


Loyar @ Peguam


Konar @ Belok


Kala @ Warna


Segerik @ Rokok